Thursday, May 23, 2013

Tun M

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Apa khabar iman dan amal? Moga sentiasa melonjak-lonjak dan mencanak naik InsyaAllah :)

Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki saya untuk dapat menghadiri satu majlis bersama Tun Mahathir. Mewakili IKRAMMESIR.

maaf, pencahayaan kurang 

Majlis Pelancaran Perdana Global Peace Foundation Club(PGPF)  Egypt and Gaza Chapter oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad.

Majlis dilaksanakan di Fairmont Heliopolis and Towers Hotel, semalam. Ramai tetamu Kenamaan yang hadir termasuk isteri beliau sendiri dan Duta Malaysia ke Mesir. 

Ramai juga kenalan baru yang saya jumpa. Kebanyakan yang hadir mewakili mana-mana persatuan di Mesir ini. So, banyak ragam manusia yang saya jumpa. Tak sangka. Saya rasa speechless. Sebab selama ni saya hidup di dalam zone dan territory saya sendiri. Hidup dalam environment yang saya corakkan sendiri. Rupa-rupanya di Mesir ni ramai lagi golongan manusia yang pelbagai. Rakyat Malaysia mencipta suasana Mesir seperti suasana di Malaysia.

Ringkasnya, yang boleh saya simpulkan adalah, banyak lagi tugas aku ni. Banyak lagi kerja dakwah yang nak kena buat ke atas 12 ribu rakyat Malaysia di Mesir ni...=.=

Ok, bukan ini yang saya nak bebel panjang, saya nak share sikit berkaitan ucapan Tun Mahathir sebelum merasmikan majlis.


“Somehow there is contradiction here, when one hand killed one person, is a crime. But when killing a million people is not a crime. There is something wrong with our thinking.”


Dunia akhir zaman ni, salah faham besar ini terjadi di mana-mana sahaja. Contohnya, apabila seseorang dibunuh, kecoh satu negara dengan kematiannya. Tetapi, tajuk peperangan di berita tak pula menjadi isu besar dan mengetuk pintu hati, sedangkan jumlah kematian berpuluh-puluh, malah mungkin ratusan atau ribuan. 

Ada masalah besar dengan pemikiran kita bilamana membunuh di dalam peperangan tidak dianggap sebagai satu jenayah. Sedangkan sebenarnya membunuh adalah satu kesalahan jenayah tidak kira dalam situasi apa sekalipun.

“War is a crime”

Peperangan adalah satu jenayah.

Kita melihat beberapa buah negara besar dan berkuasa mengisytiharkan peperangan ke atas negara-negara yang lemah. Mereka membunuh ramai orang tetapi masih boleh menjalani kehidupan seharian seperti biasa, tanpa rasa bersalah walaupun selepas menikmati beberapa siri pembunuhan. 

Hurmm.. biasa kedengaran kan?

Negara besar itu? Saya rasa hampir semua orang maklum siapakah mereka itu. Tetapi sekejam-kejam mereka masih lagi menjadi pujaan remaja sekarang, hai saya masih tak faham konsep ini.

Amerika sewenang-wenangnya melancarkan peperangan ke atas Syria
Tapi pada waktu yang sama artis-artis mereka masih menjadi pujaan.

Begitu juga dengan Korea. Peperangan antara Korea selatan-Utara bila-bila masa sahaja akan meletus. Tetapi trend K-Pop masih lagi meletop di mana-mana ceruk Malaysia sekarang.



Kita mesti menghukum mereka dan membetulkan pemikiran masyarakat mengenai isu ini. 

Kita mesti bersungguh-sungguh membuktikan bahawa peperangan merupakan satu jenayah.

Peperangan akan menyebabkan kemusnahan, kehilangan nyawa, pembaziran harta dan perlu dibayar dengan nilai yang tinggi.

“The human race is not much civilized as they still kill each other. So we must educate the people that war is a crime. War is not being good for them in America as the soldiers that involved in the war may suffer from the radiation and other bad effect and no one will survive. 

I hope that student particularly will support this club because as we know wars are fought 
by young people while old people sit safely at home and direct the young people to war and be killed.”

Launching this club to make war a crime. 

Tegas Tun Mahatir di akhir ucapan beliau.

****

Personal view saya.

Saya melihat setiap orang memiliki 2 peribadi. Dari satu sisi, dia seorang yang sangat baik, pemurah, sentiasa tersenyum, baik hati dan sewaktu dengannya.

Tapi dari satu sisi lain, beliau merupakan thinker dan planner yang licik. Apabila kuasa, dengki dan marah menguasai hati, semua benda boleh diredah sahaja untuk mencapai matlamat.

Saya mengenali Tun Mahathir sewaktu beliau masih memegang tampuk pemerintahan di Malaysia. Ketika itu, berselang seli berita mengenai beliau yang sampai di telinga saya. Baik yang baik-baik mahupun yang sebaliknya.

Kecoh isu Anwar Ibrahim dipenjara dan isu ISA, yang berkait dengan Tun. Kebetulan ada pakcik merangkap kawan ayah saya yang ditangkap tanpa bicara di bawah akta ISA. Lama juga beliau meringkuk di penjara Kamunting tu, dan ayah saya pernah melawat beliau di sana 2-3 kali.

Masih terpatri memori itu di minda saya.

Pada waktu yang sama, saya tak nafikan yang Tun antara orang yang bertanggungjawab mengetengahkan isu Palestine di PBB dan OIC. dan semua orang pun maklum akan jasa beliau memodenkan Malaysia, menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara hebat yang lain.

Sehinggakan semua orang tahu KLCC tu letaknya di Malaysia.

Erm, bukannya saya nak menghukum Tun itu dan ini, tetapi pengajaran yang saya ambil di sini, setiap orang di sisi kita mungkin akan mengingati setiap apa yang kita lakukan kepada beliau. Sama ada baik atau buruk. Kita tend untuk recall semula keburukan orang lain daripada mengingati kebaikan orang lain. Ini lumrah manusia.

Bukan tidak boleh mengingati keburukan orang, tetapi sebaiknya ingatkah kebaikan dirinya. Dan ambil pengajaran daripada keburukan nya supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Kita juga harus selalu muhasabah dan meminta maaf daripada orang di sekeliling kita, kerana dosa-dosa kita dengan Allah boleh diampunkan oleh Allah dengan taubat dan istighfar. Tetapi dosa-dosa kita sesama manusia hanya akan diampunkan oleh orang itu sahaja.

Kan banyak kisah anak derhaka yang tak dapat mati dengan baik, kerana ibu beliau tidak mengampunkan dosa anaknya. Ingat kisah si Tenggang?

So, saya disini..errr, nak meminta maaf, tulus dari hati jika ada sebarang kekasaran bahasa, terbaik suara, ter mengumpat anda, ter marah-marah anda semua.. readers dan kawan-kawan, saya minta maaf sangat-sangat.

Minta maaf juga atas mana-mana hak-hak yang tak tertunai. I'm sorry for everything.

ok, take care people~ May Allah bless, here and hereafter :)


# PGPF merupakan langkah resolusi pertama menghala ke arah keamanan sejagat, menuju 
matlamat tunggal dalam usaha meletakkan titik noktah terhadap peperangan. Ia ditubuhkan oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad,bapa pemodenan Malaysia.

Agenda ini turut disokong oleh barisan profesional dunia yang terkenal, cendekiawan, 
penulis, dan negarawan . Bersama-sama, mereka telah menandatangani Kuala Lumpur 
Initiative to Criminalise War.


P/s: say no to war! ouh I miss Gaza. a lot~ :(

counting for Ramadhan~ 47 days to go! * exciting*



MHZ,  
My Harmonica Zine

Bait SQ,
10.50 am
13 Rejab 1434H

No comments:

Post a Comment