Pages

Wednesday, May 29, 2013

Hadith Thulasa'


Selesai tusyen jam 6 petang tadi. Aku langsung berehat di bilik seorang ukhti. Niat di hati nak pergi Hadith Thulasa', program yang diinspirasikan daripada As-Syahid Imam Hassan Al-Banna ketika zaman hidupnya, salah satu kegiatan yang menarik perhatian ribuan orang untuk mendengar Hadist Thulasa' (Perbincangan Hari Selasa). Kali ini akan diadakan di masjid Rabaah.


Banner tentang Hadoth Thulasa'. Kredit utk cik Mai
Elok-elok sahaja tusyen aku habis sebelum maghrib, alang-alang memang sudah berada di Rabaah, boleh aku berjalan kaki sahaja ke Masjid Rabaah.

Selesai solat maghrib, aku dan kak tiqah bergegas ke sana.

Masjid Rabaah. Hurm. Banyak memori dan kenangan dengannya. Lebih-lebih lagi kenangan Ramadhan 2 tahun lepas berputar-putar di fikiran. Waktu itu rumah sewaku berhampiran dengan Masjid Rabaah. So senang sahaja untuk ke sana. Rindu menggamit. Tak sabarnya nak tunggu Ramadhan kali ni, pertama kali aku tak balik Malaysia untuk sebulan penuh Ramadhan di Mesir ini, InsyaAllah.

Sementara menunggu azan Isya, aku duduk di satu sudut dan membelek-belek majalah JOM 10. Entah kenapa minggu ni terasa nak khatam kan beberapa edisi JOM yang dok jadi koleksi je selama ni. Betul la kata seorang uhti tu, " Majalah JOM ni, yang istiqamah bacanya orang biasa. Akhawat-akhawat ni semua pakat dok beli je, baca nya entah bila. "

Haha. Serius aku terasa!

"AllahuAkbar AllahuAkbar..."

Azan kedengaran. Dan semua jemaah pun bersiap-siap untuk menunaikan Solat Isya' berjemaah.


Selepas bilal iqamah, Imam mula mengambil tempat. Sebelum Imam mengangkat takbir, imam memesan sesuatu. Tapi waktu tu aku tengah ralit merapatkan saf sampai tak sempat nak dengar baik-baik. Tapi satu ayat yang menyentap tangkai hati aku.

" Saf... Rapatkan saf..............Hadapkan diri kepada Allah dan tinggalkanlah perkara dunia ini di belakangmu"

Sapppp!!! Sentap habis.

Peringatan yang sungguh tepat pada waktunya. Walaupun setiap kali waktu solat kita menunaikan solat, tetapi sejauh mana kita benar-benar khusyuk dalam solat kita?

Perkara dunia tetap bermain-main di fikiran. Kan?


Aku mula mem 'focus' selepas sentapan tadi. Tidak mahu kalah kali ini.

Imam mula mengangkat takbiratul ihram. Dan makmum-makmum pun beramai-ramai mengikutinya. Aku mencari khusyuk. Solat dimulakan.


 A029

"Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghadapkan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu (untuk mendengarnya)!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran."

Aik. Macam familiar je ayat ni. Surah Al-Ahqaf. Bacaan Imam untuk rakaat pertama.


A030
Mereka berkata: "Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi, memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus (agama Islam).


A031
"Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Imam menyambung lagi. Lancar.


A032
"Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka ia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja ia melarikan diri) di bumi, dan ia tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata".


Allah!! T_______T

Peringatan apakah ini? Hati rasa tersentap-sentap.


Ayat tadi bermain-main di fikiran. Ayat yang menceritakan tentang segerombolan Jin yang melaksanakan tanggungjawab Syahadatul Haq mereka. Mereka Jin tertarik dengan bacaan Al-quran yang dibacakan oleh Rasulullah SAW.

Pertama kali Jin mendengarkannya terus tanpa bertangguh mengajak kaumnya untuk sama-sama beriman dengan ajaran islam. 

Allah...T__________T


Refleks besar. Muhasabah diri. Sudah banyak mana alasan yang aku berikan untuk tak menyampaikan dakwah.

" Segan la aku, nanti orang kata aku dah jadi ustazah"

" Biar betul aku nak berdakwah? Dulu nakal rock bukan main sekarang nak cakap pasal islam? Haish, tak layak laaa "

" Diorang yang tudung labuh tu mesti dah baik punya. Tak payah la aku nak dakwah-dakwah lagi. Aku ni, seluar jeans pun melekat lagi dekat kaki ni"


dan entah apa-apa lagi alasan yang direka-reka. Semuanya untuk menutup rasa malas dan segan untuk berdakwah.


Rakaat kedua, imam menyambung bacaan nya, mengakhiri surah Al-Ahqaf dengan merdu sekali.

A033
Masihkah mereka ingkar dan tidak mahu memikir serta mengetahui bahawa sesungguhnya Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dengan tidak mengalami kesukaran dalam menciptakannya - berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati? Sudah tentu berkuasa! Sesungguhnya Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


A034
Dan (ingatlah) hari orang-orang yang kafir didedahkan kepada neraka, (lalu dikatakan kepada mereka): "Bukankah (azab) neraka ini benar?" Mereka menjawab: "Ya, benar, demi Tuhan kami!" (Setelah itu) dikatakan lagi (kepada mereka): "Maka sekarang rasalah azab seksa dengan sebab kamu kufur ingkar di dunia dahulu. "


A035
Maka bersabarlah engkau (Muhammad) sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik - derhaka.


Complete set!! Rasa bernanah hati dek tusukan ayat Al-quran yang berbisa itu. Benarlah, ayat Al-quran ini sedang berbicara dengan kita. Tapi kalau la setiap kali bukak Al-quran niat nak habis baca dan setakat nak penuhkan mutabaah amal, memang takkan dapat la apa-apa ibrah daripadanya.

Selesai solat isya'. Terdengar satu pengumuman. Tapi sebab masalah aku sendiri, aku tak faham apa yang dikatakannya. Tak pelah. Abaikan je.


15 minit selesai solat Isya. Aku melihat kiri kanan. Aik, mana semua jemaah ni? Bukan ada program ke dekat sini. Kak tiqah dengan rajinnya bertanyakan makcik arab di belakang kami.

Rupa-rupanya pengumuman tadi memberitahu bahawa Hadith Thulasa' malam ini dibatalkan.


Truely said, tarbiah dari Allah itu ada di mana-mana. Walaupun aku tak dapat dengar Hadith Thulasa' tu, tapi pakej tarbiah yang Allah dah bagi dekat aku sepanjang berada di masjid tadi cukup untuk memuhasabah semula hidup aku.

Alhamdulillah, thank you Allah untuk semua tarbiah ini. Jangan Engkau tinggalkan aku walaupun sesaat Ya Allah.


T________________T  


p/s: Bitaufik wannajah untuk semua yang sedang imtihan sekarang. Rabbuna ma3na. Tajdid niat selalu.

Take care people~

MHZ,
My Harmonica Zine

bait SQ,
10.33 pm
19 Rejab 1434H

No comments:

Post a Comment