Tuesday, September 3, 2013

Semangat Infiru


(At-Taubah: 41)

Saya adalah jenis manusia yang suka melihat ragam manusia. Saya suka memerhati dan berfikir. dan saya selalu tertanya-tanya,

"Kenapa ramai akhawat yang saya kenali menjadi super women selepas menyertai gerabak dakwah dan tarbiah?"

Kerana saya melihat mereka yang berduit, tak kisah untuk menginfak kannya ke tabung-tabung Palestine. Tidak lokek membelanja rakan-rakan akhawat. Malah, mungkin boleh membelikan handphone baru untuk akhwat yang kecurian handphone nya.

Saya melihat akhawat yang tidak sihat, sanggup melupakan rehat di atas katil. Sama-sama turun padang berdaurah, berprogram bersama-sama. Paling tidak pun menolong AJK program dengan kerja-kerja ringan.

Saya memerhati akhwat terlalu baik sehingga tidak pernah berkata TIDAK apabila akhwat lain memerlukan pertolongan. Muka sentiasa tersenyum walaupun keletihan merangkul dirinya. Ajaib sungguh!

Saya melihat akhwat yang sudah berkeluarga, dan yang sedang mengandung malah sudah mempunyai anak, boleh cool dan bergaya menguruskan kehidupan rumahtangga mereka, masak awal-awal, basuh baju siap-siap supaya dapat bersama-sama akhwat yang yang lain bermesyuarat, berdaurah, malah berjaulah bersama-sama. Anak kecik dibawa ke sana ke sini tanpa rasa terbeban.

Saya selalu terfikir, apakah formula sehingga mereka ini boleh mejadi super women?

Adakah mereka mengambil supplement tambahan? Atau ada pil Kuat yang sangat menakjubkan? Atau sebenarnya mereka ini bukan manusia? Mereka ini adalah robot tanpa penat?

Akhirnya saya dapati, jawapannya hanya satu. SEMANGAT INFIRU!


Allah berfirman,

A041
Berangkatlah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. ( At-taubah: 41)


Saya menyaksikan sendiri kesan Infiru ini.

Alhamdulillah, bilamana Allah mentakdirkan saya untuk stay di Mesir sepanjang Ramadhan lepas, mengizinkan saya merasai dan melihat sendiri perjuangan ikhwanul muslimin dan rakyat-rakyat mesir yang berkampung di Rabaah untuk mengembalikan semula demokrasi yang dicabul.

Saya merasakan kuatnya sumpahan semangat Infiru itu menyelubungi mereka semua.

Tidak kira tua, muda, kanak-kanak, bayi, perempuan dan lelaki, kaya atau miskin, semuanya turun padang bagi menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Bayangkan ada yang datang jauh-jauh dari seluruh pelosok Mesir untuk bersama-sama berkumpul di Rabaah. Bersusah-payah menaiki kereta api, bas, tremco dari Alexandria, Aswan, Mansuro, berjam-jam perjalanan untuk sampai ke Kaherah. Kemudian apabila sampai di Rabaah, bukannya ada hotel mewah yang menyambut mereka, hanya disediakan khemah-khemah sahaja di dataran itu. Tidak kira kaya atau miskin, semuanya duduk dan baring di lantai yang sama. Tiada sofa dan katil empuk tersedia.

Hendak mandi, berhadas semuanya di masjid-masjid di sekeliling Rabaah. Selalu sahaja saya terserempak dengan makcik-makcik yang sedang membasuh baju di tandas di Masjid Fatimah Zahra, berdekatan dengan medan Rabaah.

Tetapi, ada mereka kisah dan mengeluh? Dah sebab mereka faham apa tujuan mereka ke sana. Untuk menegakkan al-haq dan menumpaskan kebatilan. Bukannya datang bercuti makan angin. Untuk menegakkan kebenaran, perlu ada bayarannya, perlu ada maharnya.

Malah, ada yang siangnya bekerja, petangnya selepas tamat sahaja bekerja, terus sahaja bergegas ke Medan Rabaah. Untuk berbuka puasa, menunaikan solat terawih, qiamullail bersama-sama ikhwah akhawat di sana. Keesokan harinya, pagi-pagi lagi sudah bergegas ke tempat kerja semula.

Subhanallah..

Terkelu saya saat terserempak dengan mereka di pagi hari ketika bas yang saya naiki untuk ke hospital berhenti di tepi medan itu, dan berpusu-pusu lelaki menaikinya. Paling menginsafkan pabila melihat Al-quran kemas tersisip di tangan masing-masing.

Kerana apa mereka sanggup melupakan empuknya katil di rumah mereka? Selesanya tandas di rumah mereka? Dinginnya aircond di kediaman mereka? Dan bersusah payah berhimpit-himpit berkumpul di Medan Rabaah ini?

kerana mereka memiliki Semangat INFIRU ini..

terfikir tak, ramai-ramai macam ni, agak2 macam mana la mereka berwudhu dan berhadas?

Malu saya dengan mereka ini. Saya yang tinggal di rumah yang selesa, tak perlu berebut-rebut tandas, boleh mnggosok baju setiap hari (ini concern besar utk seorang perempuan okay?) pun setiap hari masih membebel jika terpaksa ke hospital, sedangkan rakan-rakan batch lain sudah menikmati cuti masing-masing.

Ahh, sikit sangat semangat infiru saya dibandingkan dengan mereka. Mungkin, sikit sangat saya bersyukur jika dibandingkan dengan mereka.

T___________T *nanges laju-laju*


INFIRU!! Berangkatlah!!

Mahupun ringan atau berat.

Saya tahu, setiap orang ada punya mujahadah masing-masing.

Bagi yang berada, untuk menginfa' kan duit ke tabung-tabung adalah ringan baginya, tetapi berat untuk mereka yang wangnya cukup-cukup makan.

Bagi yang punya kereta, untuk ke tempat program/ keluar berdakwah mudah baginya dibandingkan dengan orang yang terpaksa bersusah payah mengangkut beg, menahan bas/ public transport untuk ke program (**Even sekarang harga minyak dah mahal, rasanye berat jugak. Err ~)

Bagi yang bujang, ringan baginya untuk ke program, dibandingkan dengan yang sudah bekeluarga, lagikan pula sudah beranak-pinak. Mana mahu diuruskan anak-anak ketika keluar berbulatan gembira/ berprogram/ berdakwah.

Mereka yang sikit tanggungjawabnya ringan untuk menawarkan tenaganya untuk jalan dakwah ini dibandingkan dengan mereka yang punya banyak tanggungjawab, harus difikirkan banyak perkara terlebih dahulu.

Yang sudah berumur mesti la sangat berat untuk bergiat aktif dibandingkan dengan yang muda bergetah. (Err, tapi saya tengok ramai je pakcik makcik yang fizikalnya nampak tua, tapi semangat mereka masih muda dan mantap, bahkan mengalahkan orang muda.. =,=)

Mereka yang lelaki, huishh senang betul kalau nak keluar rumah, tetapi beraaaat betul ibubapa nak izinkan anak perempuan keluar rumah.

Itulah, masing-masing punya keringanan dan keberatan.

Jika kita menyingkap sejarah para sahabat, mereka juga punya mujahadah masing-masing.

Contoh yang paling simple, ketika seruan jihad Perang Tabuk, mengapa Kaab Bin Malik begitu payah untuk menyertainya? Berlengah-lengah persiapannya sehingga akhirnya beliau ketinggalan?

Kerana Allah sedang mengujinya dengan hasil tanaman yang menjadi, masak ranum dan musim panas yang sangat terik ketika itu.

Lihatlah, sedangkan ahli badar yang keislaman mereka tidak diragui lagi juga diuji dengan kesenangan dunia, apatah lagi kita yang marhaen ini.


Jika tidak mampu, mari jadi yang begini

Allah juga berfirman,


Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia. (Al-Anfaal: 74)


Jika kita tidak mampu menjadi orang Muhajirin yang berhijrah dan mengorbankan harta ke jalan Allah, tak apa kerana Allah sangat penyanyang dan memahami hambaNya.

Mari kita menjadi Ansar yang menyambut Muhajirin dengan penuh kesyukuran dan membantu dengan penuh keikhlasan.

Kaum Ansar menawarkan rumah, harta malah isteri kesayangan mereka kepada kaum Muhajirin. Subhanallah.

Bagaimana mereka boleh membuat keputusan tak masuk akal ni? Hebat sangat nak korbankan Isteri tersayang dekat saudara yang baru sampai ke Madinah, saudara seislam yang tak pernah dikenali sebelum ini.

Ini kerana mereka betul-betul beriman dengan ayat INFIRU ini.

Jika kita tak mampu untuk keluar berdakwah, mari kit sumbangkan harta kita.
Jika kta tak mampu ke Palestine, Syria dan Mesir, mari kita terus menderma dan sumbangkan doa kita untuk umat islam di sana.
Jika kita terlalu buzy dengan kerjaya, dan betul2 tiada pilihan lain, tak apa. Mari kita sedekahkan sebanyak mana harta kita untuk anak-anak yatim atau masjid-masjid.

Buatlah apa sahaja yang anda mampu. Mainkan peranan anda di setiap ceruk sudut yang anda mampu celahi.

Kerana Allah menghitung usaha kita, bukan Natijahnya.



Mari serap semangat Infiru ini!


Jika kita rasa sangat malas untuk keluar berdakwah, ingatlah.. Ada lagi orang lain yang susah payah keluar berdakwah dengan hanya wang yang cukup-cukup di tangan.

Jika kita merasa lengah, ingatlah bahawa kematian tidak menunggu kita.

Jika kita merasa futur, bangkitlah, kerana iman itu perlu disemai dibaja dan jangan biarkan futur anda dihiasi.

Jika anda merasa susah, berdoalah supaya Allah memudahkannya.

Jika kita merasa sangat lemah, bangkitlah! Kuatkan diri anda!! Mantapkan mujahadah anda, kerana syurga itu memang mahal dan perlukan mujahadah.

Dan jika anda merasa sangat pahit, senyumlah! Ketahuilah memang mujahadah itu pahit, kerana SYURGA nanti sangat MANIS..



p/s: Alhamdulillah, sekarang sudah semiggu berada di Malaysia. Sebenarnya post ini paling tepat dikirimkan kepada diri sendiri, yang sepatutnya balik Malaysia untuk study leave, tp nampaknya macam dah leave the study.. T___T



p/ssss: Tolong nasihatkan saya jika saya lupa!!

Dan dah habis puasa 6 rakyat sekalian?? Take care people~ (^.^)


MHZ,
My Harmonica Zine

Sri Saujana, Gombak,
7.20 pm
27 Syawal 1434h

2 comments: