Monday, February 3, 2014

Pergi



Pagi semalam saya mendengar dua khabar duka. Berita kematian orang yang rapat dengan saya.

Pagi itu sebelum subuh, saya mendapat berita kematian seorang mujahidah. Kak Mumtazah Maridi.
Sejujurnya saya tak pernah berjumpa beliau, tetapi khabarnya jasa dan sumbangan beliau kepada kami akhwat Ikram Mesir sangat tak dapat dibalas dengan wang ringgit.

Akak ini yang menghabiskan masa, wang, duit minyaknya untuk menyantuni adik-adik yang bakal fly ke Mesir.

Saya melihat kebanyakan akhwat merasakan kehilangan beliau.
sangat tabah dia dan suaminya, menghadapi saat-saat akhir kematian beliau.
ditambah lagi, kak Mum pergi dengan meninggalkan suami dan seorang bayi perempuannya yang masih kecil.

Lebih mengharukan, saya sangat tersentuh dengan penyaksian suami beliau, bahawa akh tersebut bersaksi bahawa kak Mum telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaiknya sebelum kak Mum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

 "Salam ikhwah. Juz nak maklumkn zaujah ana baru dipanggil mengadap ilahi sebentar td. Doakan kesudahan yg baik bg dia. Ana bersaksi demi allah dia dah tunaikn hak2 allah keatasnya. 
Semoga allah kurniakan jannah tertinggi. Aminnn" 


Ini SMS suami beliau, saat mengkhabarkan berita kematian isterinya kepada ikhwah.

Begitulah, hidupnya seorang daie di muka bumi ini untuk menjadi mata rantai yang menghubungkan dakwah ar-Rasul SAW kepada manusia.

Daie lah yang menjadi ummatan wasatan. Umat pertengahan.


A143
Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pertengahan, supaya kamu layak menjadi saksi atas perbuatan umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan agar Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi saksi atas kebenaran perbuatan kamu. 


Sesungguhnya saya juga menjadi saksi, beliau telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaiknya.

Moga Allah memberikan kekuatan kepada suami, keluarga, mutarabbi beliau, al-Fatihah.

***

3 jam kemudian, saya dikejutkan lagi dengan berita kematian ayah kepada rakan karib saya, yang mana beliau juga merupakan rakan seperjuangan saya semenjak kami menjejakkan kaki di bumi Mesir ini.

Tabahnya beliau, tiada sedikit pun air mata yang tercurah di hadapan kami.
Gagahnya beliau menerima pengkhabaran kematian bapanya hanya melalui telefon,
kerana kematian itu mengejut, dalam keadaan dia berada di bumi Mesir ini.

Malah, beberapa jam sebelum dia mendapat panggilan telefon itu, kami masih boleh bergelak ketawa, duduk sama-sama bermesyuarat untuk program yang bakal dilaksanakan beberapa hari ini lagi.

Pendapat saya, saya dapat merasakan bahawa dia sangat tenang menerima berita kematian itu kerana Allah memudahkan urusan kematian ayahnya. dan wajah ayahnya juga tenang kelihatan.

Semoga Allah menempatkan roh-roh mereka dalam kalangan orang yang beriman.

Persoalannya, apabila kita mati kelak, ada ke orang yang akan bersaksi atas tanggungjawab yang kita dah lakukan di muka bumi ini??

T____T


Teringat sebuat kata-kata dari seorang murabbiah saya,

" Our existence in this world, must be matter! "

" Kewujudan kita di muka bumi ini, mestilah disedari oleh warga bumi.

Bagaimana pula?

Dengan melaksanakan kebaikan sebanyak-banyaknya. Erti hidup pada MEMBERI.
Dengan melaksanakan Dakwah Islamiah ini.

Jangan SOMBONG.
Jangan buat dunia ni macam ayah kita yang punya.
Jangan buat hidup di muka bumi ini selama-lamanya.
Jangan sakiti hati orang lain dengan lagak-lagak gedik kita.



Wallahua'lam.

Kematian sebuah peringatan. Muhasabah untuk melembutkan hati.


MHZ,
beyt SQ,
1.21pm

No comments:

Post a Comment