Sunday, January 19, 2014

From Cairo to UK with Love 2

Bismillahirrahmanirrahim..

Suatu pagi yang indah di Suffolk, England

Assalamualaikum wbt,

Daripada post yang lepas, apakah kaitannya antara dont judge a book by its cover dengan jaulah saya ke UK?

 Kerana...

 Personally, sayalah antara kategori manusia yang suka menghukum orang tu.. *face palm*

 Sepanjang hidup saya, alhamdulillah saya dibesarkan dalam surrounding yang baik-baik belaka. Mami ayah sangat menitik beratkan tentang ajaran agama. Daripada umur 6 tahun lagi, saya di sekolahkan di tadika amal. Tadika islam dan kemudian menyambung pengajian di sekorah rendah Islam Al-Amin, SMK Sungai Pusu (cuma 3 bulan), kemudian transfer ke Smka Kuala Lumpur sehingga tamat tingkatan 5.

Memang mami dan ayah yang merancang dengan baik setiap perjalanan persekolahan saya. Sekurang-kurangnya saya sudah mempunyai asas-asas agama, fikir mereka.

Kemudian saya ke Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) selama 3 bulan sebelum terbang ke Mesir pada 2008 sehingga sekarang.

Sejujurnya, saya memiliki rakan-rakan yang baik di sisi, even mereka nakal. Tapi mereka tetap seorang muslim yang baik (ie: masih menjaga batas2 sebagai seorang muslimah, solat penuh waktu, menutup aurat etc)

 Dan saya mengalami kejutan budaya yang dahsyat ketika di Matrikulasi, dan lebih malang lagi, saya mula menggemari gaya hidup yang bercanggah dengan islam itu.

Saya seronok apabila dapat keluar dari rutin yang perlu ke surau setiap kali solat fardhu.
Saya merasa bebas dapat mengecikkan saiz tudung saya.
Saya rasa lebih yakin apabila dapat meluaskan jaringan persahabatan saya dengan berkawan perempuan lelaki melebihi batasan.

Sebenarnya, saya lah yang menjerat diri sendiri. T___T

 Tetapi, ternyata Allah lebih menyayangi saya dengan memilih untuk menghantar saya ke Mesir walaupun sebenarnya saya tidak mahu dan rebel.

" Kenapa kena sambung dekat Mesir? Tak boleh ke tempat yang takda bahasa Arab?"
" Haissh.. dah elok-elok belajar dekat Matrik tu, kenapa kena sambung dekat Mesir pula??"

Inilah antara jeritan hati saya. hati yang ak bersyukur dengan nikmat Allah.

Tetapi rahmat Allah itu sangat luas, Dia telah memasukkan saya daripada kegelapan kepada cahaya hidayah yang terang benderang, iaitu jalan dakwah dan tarbiah yang menerangi jalan hidup saya sehingga sekarang, walaupun pada awalnya banyak juga drama rebel2 bla bla..

Dan, jalan dakwah tarbiah ini telah menemukan saya dengan ramai akhwat yang sungguh Osem. yang sangat baik hati, tulus ikhlas, penyayang dan segala-galanya yang baik.

Sehingga saya lupa saya sebenarnya berada di alam yang direka oleh kami. Alam yang kami reka, untuk membentuk biah (suasana) di sekililing kami, supaya dapat sama-sama berubah dan terus bermujahadah menuju redhaNya.

Tanpa disedari, persekitaran yang baik ini telah membentuk pemikiran saya. Sehingga saya sangat cepat jugde orang pada pandangan pertama.

Kalau nampak orang yang warnakan rambut, saya boleh buat muka cool. Tapi dalam hati mungkin dah terkutuk beliau.

Kalau nampak orang yang stok  huha-huha kecoh kepoh, saya akan memandang pelik dalam hati. Lagi la kalau dia buat kecoh dekat tempat awam. Bagi saya dia sangat tak menghormati orang lain.

Kalau nampak orang merokok, ouh memang saya benci. Sebab mereka inilah manusia yang akan menyusahkan doktor bila dah jatuh sakit nanti.

And the list will go on.. (saya tak sanggup nak tulis lagi).

Padahal, suatu masa dahulu saya mungkin tergolong dalam manusia yang sebegitu, malah mungkin lebih teruk lagi. *facepalm. Tak sedar diri betul *

Tapi, Allah telah memberi pengajaran yang sangat besar di bumi UK ini.

Bila mana melihat mamat-mamat yang merokok, mereka lah yang menawarkan diri untuk menolong saya mengangkat beg kargo yang berat menaiki tangga-tangga yang tinggi di stesen tube.

Minah-minah yang pakai baju sendat tiba-tiba masuk ke dalam masjid dan berkejar untuk solat. (Sebab saya dah tahu sangat betapa susah dan mujahadahnya mereka di Uk ini ingin menjaga waktu solat. Kalau jumpa mereka yang masing menjaga solat dan tak hanyut dengan budaya moden mat salih ni dah cukup baik ).

Awek yang warnakan rambut, sebenarnya pakai tudung. Maybe dia warnakan rambutnya dengan inai. Lebih haru dia yang tolong buka kan pintu rumah ketika saya sedang kesejukan menggigil di luar rumah. Kalau tak maybe saya dah mati beku.. (Sebab time tu tengah hujan with 5 degree celcius. Sejuuuuk gile!!)

Dan melihat akhwat di sini, walaupun tudung mereka lebih pendek daripada saya, tetapi penghayatan mereka terhadap islam lebih baik dari saya. Malah mereka tak segan langsung hendak solat di tengah-tengah taman, changing room etc.

Walaupun mereka membaca al-quran tergagap-gagap, tapi effort mereka untuk mengaji itu buat saya malu besar. Terserlah keikhlasan mereka dalam setiap huruf yang dieja.

Dan kadang-kadang saya acuh tak acuh sahaja melayan tetamu yang bertandang di rumah saya di Mesir, lebih-lebih lagi sebelum ini saya buzy exam final, tetapi akhwat UK yang tak pernah mengenali saya selama ini, baru berkenalan melalui FB, boleh menerima saya dengan hati terbuka, juadah terhidang dan diberi penginapan percuma di rumah mereka.

Walaupun secara logicnya saya ini bukan sesiapa pun dalam hidup mereka yang perlu mereka layan dengan ukhwah yang hangat. Tapi inilah kemanisan Islam yang mempersaudarakan kami (Al-Anfaal: 63)

 Seriusly, sebenarnya mereka lebih menghayati islam ini walaupun sekeliling mereka dipenuhi oleh Mat salleh.  Walaupun zahirnya mereka kelihatan biasa-biasa sahaja, tetapi sebenarnya mereka sangat bermujahadah dalam amalan seharian mereka.

Malah ada akhwat yang mengambil kelas bahasa arab untuk lebih memahami Al-quran. (Which is saya menggunakan alasan buzy, sehingga dah lama pause kelas bahasa Arab saya. T______T.)

DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER.

Saya  berharap anda semua mengambil pengajaran daripada kisah hidup ini.

Jangan cepat menghukum orang.

Kerana mungkin sekarang Alhamdulillah kita diberi rahmat Allah dapat terus bertahan atas jalan Islam ini. Tapi kita tak tahu bagaimana penghujung hidup kita.  

Saya sangat berharap kita semua sempat bertaubat sebelum meninggal dan dipilih Allah untuk mati sebagai syahid dan mendapat khusbul khatinah.

Yang paling saya takuti, mereka yang teruk pada pandangan mata kasar kita, tetapi akhirnya mendapat hidayah Allah dan mati dalam khusnul khatimah, dan saya yang konon-konon so called baik ni tersungkur di pintu syurga. Nauzubillah min zalik. T_____T.

Readers, tolong doakan saya diberikan keikhlasan dalam setiap amalan. Dan dipelihara dari riak dan takabbur. Ameen.

  InsyaAllah, kita akan menjadi menusia yang lebih positif dan memandang jauh dalam setiap perkara.

 Seperti yang saya pernah tuliskan,

Biarlah sesiapa pun mad'u kita, jangan cepat menghukum dan teruslah berdakwah dengan hikmah, cool dan bergaya.

 Kerana TARBIAH itu milik semua.   

Dan kerana semua orang layak mendapatkan SYURGA.    
   

MHZ,
28 dis 2013
 10.32pm
Menulis ketika di dalam train pulang ke London.

1 comment:

  1. Eh, kau pnah ade rasa xnak pegi mesir? Asal aku xtau.

    Aku pun macam kau. Kdg2 terpandang slack kat mereka yg macam tu. Tp, cepat2 istigfar. Sbnrnye kita, bnyk aib yg Allah selindungkan. So, jgn anggap diri kita baik sgt.

    Seronoknya dpt g UK! Jelesss

    ReplyDelete