Surah Al-Fatihah.
Surah yang dibaca minimum 17 hari sehari.
Persoalannya, sejauh manakah penghayatan anda terhadap makna dan kehebatan surah ini?
Kebiasaannya, setiap kali saya mentadabbur surah al-Fatihah ini, pasti akan ada sahaja ilmu-ilmu baru yang dipelajari. Subhanallah, kalam Allah yang Maha Agung.
Di sini saya bukanlah ingin berkongsi tentang fadilat dan rahsia-rahsia membaca Al-Fatihah. Tak, Bukan. Yang nak kongsikan adalah penghayatan dan lintasan hati saya ketika membaca surah ini.
Surah Al-Fatihah sering dilazimi di dalam solat kita. Dibaca pada setiap rakaat. Sehingga kita kadang-kala lebih focus kepada surah seterusnya. Lebih-lebih lagi apabila menjadi imam solat Maghrib, Isya dan Subuh. Pasti cuak kemain memikirkan surah apakah yang akan dibaca selepas surah Al-Fatihah?
Sehinggakan kita membaca surah Al-Fatihah ini sambil lewa sahaja.
Sedangkan ini adalah surah yang lengkap, dan melengkapi. Sesuai menjadi surah pembukaan kepada Al-Quran yang agung itu.
Sedangkan Al-Fatihah adalah benda yang wajib, dan surah seterusnya adalah benda yang sunat.
Err.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
Apabila Allah meminta hambaNya memujinya, Allah tidak mengatakan " Pujilah aku!"
Sebaliknya Allah mengajarkan kepada manusia bagaimanakah caranya,
Iaitu dengan menyebut Alhamdulillahi rabbil Alamin..
Inilah cara Allah mengajarkan hamba-hambaNya.
Begitu juga para Daie sekalian,
Apabila kita mengajarkan Islam kepada sesiapa pun, bukan mengajarkan teori semata-mata, tetapi ajarkannya secara praktikal.
Contohnya bila mengajar perkara berkaitan solat, bukan katakan kepadanya, " Solat la. Nanti kalau tak solat masuk neraka!"
Sebaliknya, ajarkannya mengambil wudhu, bentangkan sejadah kepadanya dan ajarkan bacaan-bacaan dan gerakan di dalam solat itu kepadanya.
Dakwah bil hal.
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Beruntunglah kita, orang muslim kerana mempunyai Allah yang sentiasa mendengar segala pengaduan kita. Yang menyediakan dirinya untuk membantu hamba-hambaNya. Yang sentiasa di sisi kita mendengarkan segala-galanya.
Ironinya, dalam kehidupan seharian kita, jika ada masalah yang mendatang. First of all, kepada siapa kita adukan masalah itu?
Sejauh mana kita betul-betul menyakini ayat di atas? Sejauh mana kita benar-benar bergantung kepada Allah? Sejauh mana kita benar-benar yakin yang Allah akan membantu kita?
(T______T)
* potong bawang*
Bersangka baik dengan Tuhanmu~ |
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Jalan yang lurus
Apakah jalan lurus yang dipinta ini?
Inilah jalan Islam. Jalan manusia yang telah dikurniakan hidayah kepadanya, Alhamdulillah.
6 perkara yang menjamin kita berada di atas jalan yang lurus ini:
1- Mengenal kebenaran
2- Mahu dan inginkannya
3- Beramal kepadanya
4- Thabat (istiqamah) di atasnya
5- Berdakwah kepadanya
6- Sabar diatasnya
Danjika kita memiliki 6 perkara ini, Biiznillah kita akan tetap berada di atas jalan hidayah ini.
Kebenaran perlu dicari, ia takkan datang bergolek ke kaki.
Even Rasulullah SAW sendiri sentiasa tercari-cari kebenaran. Ketika Baginda merasa bingung dengan jahiliah di sekelilingnya - manusia sibuk meyembah berhala, mengamalkan kepercayaan karut, Baginda selalu mengasingkan dirinya untuk beribadah di Gua Hira'. Dan, atas kesabaran dan kesungguhan Baginda, maka Allah mengurniakan wahyu kepadanya dengan kedatangan Jibril di Gua Hira'.
Kata kuncinya ialah sentiasa merasa tercari-cari.
Tercari-cari di dalam semua perkara.
Jika kita dapati diri kita jahil di dalam sesuatu perkara, maka rajin-rajinkan diri kita untuk mencari ilmu dan info berkaitan dengannya.
Bukan hanya duduk bertongkat tangan menunggu disuap.
عالم vs فقيه vs مثقفة
Apakah perbezaan 3 perkataan di atas?
Alim?
Muthaqafah?
Faqih?
......
Alim bererti mengetahui.
Muthaqafah bererti berpengetahuan.
Faqih bererti menguasai.
Seorang manusia, Daie khususnya perlu memiliki kesemua sifat-sifat di atas.
Dia perlu mengetahui dan menguasai every single things di dalam sesuatu ilmu di dalam bidangnya.
Contohnya seorang doktor harus menguasai dan mengetahui semua perkara yang berkaitan dengan penyakit yang dirawatnya.
Seorang peguam perlu mengetahui semua selok belok yang berkaitan dengan kes client nya.
Seorang ustazah harus menguasai segala ilmu yang berkaitan dengan ilmu hadis yang dipelajarinya.
Dan pada waktu yang sama, seorang daie itu perlu memiliki ilmu pengetahuan yang luas mengenai ilmu-ilmu lain yang berada di luar bidang kepakarannya.
Seperti ilmu ekonomi, politik, kemasyarakatan, kereta, financial dan sebagainya.
Tak perlu dikuasai semua ilmu berkaitan bidang-bidang lain, tetapi cukuplah jika dia memiliki minimum ilmu mengenainya.
Inilah tujuan tarbiah, bagi melahirkan seseorang yang berpengetahuan luas disamping menguasai ilmu di dalam bidang kepakarannya.
Tugas daie bukanlah mengajarkan semua ilmu, tetapi dia perlu meransang mad'u nya untuk merasa tercari-cari untuk melengkapkan ilmu di dada.
Kata kuncinya adalah sikap tercari-cari itu!
***
As-Shahid Hasan al-Banna dalam risalahnya - Mukadimah fi at-Tafsir - berkata :
Tiada syak siapa yang tadabbur al-Fatihah yang mulia ini pasti dapat melihat kayanya makna dan keindahannya serta keserasiannya, antara lain dapat dilimpahi cahaya pada hatinya.
As-Shahid Syed Qutb dalam tafsirnya - Fi Zilal al-Quran antara lain berkata :
Sesungguhnya surah ini mengandungi inti pati akidah Islamiyah tasawwur Islami, perasaan dan harapan doa kepada Ilahi yang diisyaratkan daripada hikmah pemilihan surah ini pada setiap rakaat solat.
As-Syeikh Abdul Rahman Habannakah al-Midani di dalam kitabnya Ma`arij at-Tafakkur membahagikan inti pati al-Fatihah kepada empat :
1. Asas iman yang wajib diimani hamba-hamba Allah yang diujinya ketika berkelana di dunia secara mesti.
2. Tuntutan Allah terhadap hamba-Nya beribadat dan bergantung kepada-Nya tanpa sekatan dengan yang lain.
3. Agama pilihan Allah bagi hamba-hamba-Nya yang diuji, hanya sirat al-mustaqim yang dapat kemenangan yang disuruh pohon hidayah kepada-Nya.
4. Dua masa ujian, ujian di dunia dalam kehidupan semenjak lahir dan hingga kiamat terhadap tuntutan Allah.
Justeru dinamakan surah ini Um al-Quran kerana rangkuman segala inti pati al-Quran
*Copy paste*
p/s: bila tengok last post, it was a month ago.. Writer block syndrome sedang menyerang. Mohon maaf lama sangat tak update blog plus bahasa mcm ape tah~ =.=
May Allah bless people~
MHZ,
Beyt SQ,
Madinah Nasr, Kaherah,
3.45pm
No comments:
Post a Comment