Bismillahirrahmanirahim,
Assalamualaikum wbt,
InsyaAllah esok kita akan memasuki 10 hari yang disebutkan di
dalam al-Quran.
Menyebut tentang Zulhijjah, apa yang terbayangkan di dalam fikiran
kalian?
Raya eid adha?
Korban kambing?
Hari Arafah?
Teringat dialog dengan seorang sahabat,
"Nak puasa tak esok?"
"Puasa sunat khamis ke?
Dia tersenyum. "Dua dalam satu. Puasa sunat khamis dan puasa zulhijjah".
***
Kita sering diwar-warkan tentang kelebihan berpuasa dan beramal
kebaikan pada bulan ramadhan, lebih-lebih lagi pada 10 akhir ramadhan. Maka
kita tidak melepaskan peluang keemasan itu.
Kemudian, apabila bulan Muharam bakal menjelang, di sana-sini
terdapat tazkirah tentang fadilat berbuat kebajikan pada 10 awal Muharram.
Namun, pertama sekali saya mendengar tentang kehebatan 10 awal Zulhijjah adalah apabila saya tiba di Mesir!
Tak sangka, rupa-rupanya di sebalik bulan Zulhijjah yang famous dengan Eid Adha, Allah swt turut menyediakan ganjaran
yang tidak ternilai bagi kita.
Allah bersumpah dalam Surah Al-Fajr:
وَالْفَجْرِ . وَلَيَالٍ عَشْرٍ . وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ
“Demi fajar. Dan
malam yang sepuluh. Dan yang genap dan yang ganjil”. (Al-Fajr: 1-3)
Sesetengah tafsir mengatakan bahawa sepuluh malam tersebut adalah
10 akhir Ramadhan. Ada yang mengatakan 10 awal Muharam. Dan ada juga yang
mengatakan 10 awal Zulhijjah.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh
Bukhari,
Nabi SAW telah bersabda :
ما من أيام العمل الصالح
فيها أحب إلى الله من هذه الأيام (يعني العشر)، قالوا: “يا رسول الله، ولا الجهاد
في سبيل الله؟” قال -صلى الله عليه وسلم-: “ولا الجهاد في سبيل الله، إلا رجل خرج
بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك بشيء”.
Yang bermaksud :
Tidak ada amalan soleh yang lebih disukai oleh Allah SWT lebih
daripada (amalan) pada hari-hari ini (iaitu sepuluh hari bulan
zulhijjah).
Para sahabat
bertanya : Wahai Rasulullah, sekalipun dengan jihad di jalan Allah?”.
Rasulullah SAW menjawab, ”Sekalipun dengan jihad. Kecuali jika seseorang keluar
dengan dirinya dan hartanya dan tidak kembali lagi (mati syahid)”
Ada pendapat yang mengatakan bahawa 10
awal Zulhijjah lebih disukai Allah daripada 10 akhir ramadhan. Wallahua’lam.
1- Mungkin kerana bulan Zulhijjah
merupakan antara bulan-bulan haram.
2- Pada bulan Zulhijjah, tiada biah (environment)
yang menggalakkan umat Islam untuk berpuasa dan beribadah. Sangat berbeza dengan
suasana di akhir ramadhan, di mana kebanyakan orang merebut Fastabiqul khairat
( berlumba-lumba membuat kebaikan).
Malah, untuk mengerjakan Solat tahajud
sungguh mudah. Alang-alang nak bangun sahur tu, boleh terus menunaikan 2 rakaat
solat sunat. Budaya bersedekah juga tidak asing sepanjang bulan ramadhan.
Sejujurnya, dapatkah kita temui suasana
fastabiqul khairat tersebut ketika ini?
Selepas Allah menghadiahkan kita bulan
Ramadhan bulan yang berkat, Allah mendatangkan bulan Syawal dan Zulkaedah untuk
kita berehat seketika.
Kerana Allah sangat mengetahui akan
kepenatan kita.
Kemudian, selepas kita terleka dengan
rehat yang panjang ini, Allah menyediakan pula awal zulhijjah ini untuk kita
mengecas semula rohani kita. Untuk kita tanamkan semula semangat fastabiqul
khairat di dalam diri kita!
Namun, tak semua benda dapat diraih
tanpa mujahadah.
Tika ini, saya melihat ramai orang yang sudah kepenatan.
Penat berulang-alik ke kuliah, mengejar kuliah yang baru bermula.
Program-program semakin rancak. Kelas-kelas tambahan membuka tirai. Peperiksaan
dan ujian sedang menanti, kerja di pejabat yang tidak pernah selesai dan
sebagainya.
Keringat seperti diperah-perah.
Penat.
Tiba-tiba ingin berpuasa 10 hari?
Alamak..memang cabaran besar lerr.. =.=
Daripada Ibnu Abbas
telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
Tiada
daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya
lebih disukai Allah daripada hari-hari sepuluh ini (1 - 10 Zulhijjah). Maka
perbanyakkanlah tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil,
bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai
puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda. (HR Al-Baihaqi)
Tup tup, rupa-rupanya Allah sangat mendengar bisikan hati
kita.
Sweetnya Allah.
Dia sayangkan kita semua, dan Dia tak mahu meninggalkan
kita terkapai-kapai macam tu sahaja. Dalam kita penat mengharungi kehidupan,
Dia datangkan kembali bekalan untuk kita. Bekalan ibadah dan bekalan cintaNya.
Indahnya hidup menjadi orang muslim, buat apa-apa sahaja sudah
mendapat pahala.
(^.^)
***
Apakah amalan-amalan yang digalakkan?
Solat
Thauban RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda
(maksudnya): “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap
kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan
dihapuskan kesalahanmu.” [HR Muslim].
Puasa
Dari Hunaidah bin Khalid, dari
isterinya, dari setengah isteri-isteri Rasulullah r berkata: “Rasulullah
berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan
tiga hari pada setiap bulan.” [HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei]
Kata Imam An-Nawawi :: Berpuasa pada
hari-hari sepuluh adalah sunat yang sangat digalakkan.
Banyakkan berselawat, takbir, tahmid,
dan tahlil
Ibnu Umar yang di atas
mengatakan: “Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil
(mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar)
dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).”
Antara lafaz-lafaz takbir yang diriwayatkan oleh para sahabat dan
tabiin:
الله أَكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر
كَبِيْراً.
الله أكْبَر. الله أكْبَر. لا إِلهَ إِلا الله
وَالله أكْبَر.
الله أكْبَر. وَلِلّهِ الْحَمْد.
الله أكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر.
لا إِلهَ إلا الله وَالله أكْبَر.
الله أكْبَر. الله أكْبَر . وَلله الْحَمْد.
Bersedekah
(^.^)
Dan Mana-mana amalan soleh yang kita lakukan ketika Ramadhan spt qiamullail, tilawah al-Quran, bersedekah dan sebagainya
Dan Mana-mana amalan soleh yang kita lakukan ketika Ramadhan spt qiamullail, tilawah al-Quran, bersedekah dan sebagainya
Maka, yang tinggal sekarang hanyalah persiapan
diri.
Tidaklah sesuatu ilmu itu berguna jika tiada amal
yang berbuah daripadanya.
Maka, mari kita menyiapkan diri dengan:
- Bertaubat
Taubat nasuha di atas dosa-dosa yang lalu.
Bayangkan anda ingin memberikan hadiah baju yang cantik kepada
rakan anda, sayangnya baju itu kotor kerana terjatuh di atas air teh.
Tetapi selepas anda membasuh baju tersebut, ditambah pula dengan
bau yang wangi, takkan la rakan anda akan menolak pemberian ikhlas itu?
Begitu juga Allah. Allah takkan bertindak zalim menolak doa-doa
hamba-hambaNya yang ikhlas bertaubat!
- 2- Berniat
Seeloknya, berniat dahulu untuk menambah kebaikan di awal 10
Zulhijjah ini. Jika sudah berniat, maka keazaman untuk melakukannya lebih
tinggi.
- 3- Merancang
Tiada guna hanya niat tanpa perancangan. Jangan hangat-hangat tahi
ayam sahaja. Jangan jadi seperti Mat Jenin. Hanya berangan-angan tanpa usaha.
Amek pen dan tuliskan perancangan anda sekarang.
Jangan bertangguh untuk merancang ibadah anda sesmart yang
boleh!
- 4- Mujahadah
Mujahadah bekal kejayaan. Selepas berniat, merancang. Janganlah pula
dibiarkan perancangan anda berkubur tanpa usaha. Mujahadah kunci kekuatan.
Anda tahu kan syurga itu mahal harganya?
- 5- Bertawakal dan terus berdoa
Semoga Allah menerima amalan kita dan memberikan kebaikan
sebaik-baiknya di atas amalan-amalan yang telah kita usahakan.
Semoga Allah memberkati umur kita, panjang umur dan sentiasa berada
di dalam ketaatan.
Ameen.
Selamat berusaha semua, Kullu sanah wa antum
bikhair~ (^.^)
MHZ
beyt SQ, kaherah
10.45pm. 1 zulhijjah 1435H
No comments:
Post a Comment