Pages

Saturday, November 13, 2010

MRH zulkarnain

Aku menekan break di kaki. Kemudian handbreak ditarik. Aku melihat ke kiri. Mataku melilau-lilau mencari seseorang. Kelihatan seorang budak sedang berlari-lari sambil dikejar oleh rakannya. Wajahku berubah. Aku melambai-lambai kearah budak itu dan lambaian ku di sedarinya.

Budak itu berhenti berlari dan terus menuju ke sebuah pondok untuk mengambil beg nya. Dengan berlari-lari anak, budak itu menghampiri keretaku. Pintu sebelah kiriku dibuka dan budak itu menghenyakkan badannya di kerusi di sebelahku.

Tanpa melengahkan masa, aku terus menurunkan handbreak dan memulakan perjalanan.

“Kenapa tak tunggu angah dekat pondok je?? Nasib baik angah nampak hakim lari-lari tadi, kalau tak, angah tinggal je,” marahku kepadanya.

“Akim dah tengok, tapi takde pon angah. Akem pon main-main la dengan kawan akim,” budak itu memberikan alasan. Aku mengerling jam di sisi, sudah pukul 4 petang.

“Oh, patutlah. Aku dah terlambat rupanya” gumamku dalam hati.


“Macam mane sekolah tadi?? Best??” soalku lagi.

“Bolehlah..”jawabnya malas.

“Akem, angah ade satu surprise ni” ujarku . Kata-kataku menarik perhatiannya. Dia berpaling kepadaku.

“Apa dia??”

“Adelah. Nanti nak sampai rumah angah bagitahu”

**************************************************************************

Kereta CRV yang ku pandu ini masuk ke dalam garaj. Enjin kereta ku matikan lalu aku berpaling ke arah budak itu.

“Haa..dah sampai rumah. Nak tahu tak surprise tu ape??”

“Cepatlah. Ape dia??”

“Sebenarnya, angah dah tukar password laptop angah tadi. So, hakim tak boleh la buka kalau nak main game”

Muka di hadapanku berubah. Kelat.Sungguh kelat. Lantas budak itu terus turun dari kereta dan menghempas pintu. Langkahnya dilarikan ke arah pintu rumah.

“Amboiii..marah nampak” .

Perlianku dibalas dengan kerlingan tajam.

“Haha,” gelakku di dalam hati. Lalu aku bukakan pintu rumah supaya budak itu dapat masuk dan melepaskan perasaan nya di dalam rumah.

*****************************************************************************

Sekilas, detik-detik itu bermain-main di fikiranku saat aku melihat kearah calendar di depan meja belajarku. Kerana budak itu aku terpaksa berdisiplin menghantarnya ke sekolah dan mengambilnya setiap hari. Bak kata ayahku, Budak ni kalau tak main game sehari, tak hidup lah namenye tu. Haha...hantu game betul. Esok 14 november. Besdey budak itu. Besdey Hakim. Dah besar rupanya budak manja ni.

gambar before nak pegi sekolah. tapi skrg dah x comel macam ni.dah nakal..=)

Kepada budak itu…merangkap adik kesayanganku...

Angah ucapkan Selamat hari Jadi. Semoga Allah sentiasa merahmati mu. Jangan nakal2 tau. Tolong jagakan mami dan ayah dekat rumah. Angah jauh ni, tak mampu nak tolong2 mami atau ayah. Sementara akem dekat rumah tu, tolong2 la mane2 yang patut. You are getting older now. Please, be matured and jangan manja2 sgt dan rajin2 belajar ok?? Akem pandai, tapi cuma malas je. Ok, tahun depan nak UPSR, sooo…belajar rajin2 tau biar dpt result cemerlang.

LOVE u sooooo much!! Miss u badly!!


gambar along n adek tersayang. Mase dua2 kanak2..


p/s 1: huu..cuti raye haji dah start.hopefully dapat manfaatkan baek2..ouh cuti...

p/s 2: kepada sahabat2 seperjuangan di anfaal...korg, jgn down..moga Ujian Allah ni akan menambahkan lagi keimanan n thabat kite atas jalan ni..ameen...


(^.^)

No comments:

Post a Comment