Sunday, February 6, 2011

Jurnal Revolusi Mesir 2011

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah 3x..Allah masih bagi kesempatan utk aku menghirup udara nya..masih dipinjamkan nyawa utk beribadah kepadanya...

dan alhamdulillah Allah masih sayangkan aku, hambanya yg xde ape2 pun...

ok..jurnal ni aku tuliskan..utk tatapan semua...semoga boleh diambil iktibar dan cuba merasai ape yang aku alami..insyaAllah...

Revolusi Mesir ni merupakan rusuhan yang dibangkitkan oleh rakyat2 mesir lebih2 lagi org muda...yang tercetus daripada kebangkitan Tunisia baru-baru ni..
Soo.. orang2 Mesir amek la contoh daripada tu utk bangkit beramai2 menggulingkan presiden mereka, Husni Mubarak. Husni dah memerintah mesir lebih kurang 30 tahun..lame kot..aku pon x lahir lagi mase tue..sedangkan lepas aku lahir pun Malaysia dah berubah 3 Perdana Menteri sampai sekarang ni.

Pemerintahan Husni kuku besi. sgt menzalimi rakyat Mesir. Bayangkan, kerajaan sangatlah kaya tetapi rakyat2 ramai je yang merempat,mengemis dan homeless. Pembangunan apelah sangat, padahal cukai dibayar je setiap tahun. wahlal, semakin kaya lagi kerajaan, tetapi semakin miskin rakyat. sedangkan gaji seorang doktor di Mesir pun, boleh jadi lagi murah daripada biasiswa pelajar Malaysia di Mesir. mungkin LE1500 je sebulan yg lebih kurang RM 700. Macam gaji seorang pekerja Mc'D lepasan SPM je kan?? Apelah sgt nilainya. See, tu baru doktor...soo, semua boleh la bayangkan lagi lain2 kan??

Oleh sebab itulah, x hairan lah kalau rakyat2 bangkit beramai2 menentang kerajaan yg diktator.

Mereka start membuat rusuhan pada 25 januari 2011.
waktu ni aku masih lagi dlm peperiksaan utk paper terakhir. x sedar sgt pon ape yang berlaku. Just dengar2 berita mcm tue je la. tak amek pot pon ape yg berlaku di sekeliling sebab dlm otak serabut pikir pasal parasitology. Tapi dengar cerita METRO (train) yang melalui kawasan rusuhan x berhenti di stesen nye. Takut ape2 yg buruk terjadi.

26 jan 2011
hidup seperti biase. Rusuhan hanya terlihat di television. takde ape2 yang bahaya.

27 jan 2011
hari terakhir periksa utk sem ni. Sgt lega. Dah abes buku nak kene baca.
Petang tu ade kelas sirah di Sayeda. Sejam jugak nak pergi Sayeda ni dari umah aku. and plus Sayeda tue lebih dekat dengan kawasan rusuhan, Tahrir Square. So, lepas habes paper, terus amek tremco ke ramsis dan naik tren ke Sayeda. Sampai di Sayeda pukul 3.30 ptg. Sempat makan lunch dengan Anisa Farihin dan lepas asar tue terus ke kelas sirah oleh ust mahmud.

9 mlm
kelas tamat. dengan rase tepu (sebab kelas dlm bahasa Arab, penat otak bekerja utk translate dari bahasa arab ke bahasa melayu.huu) aku singgah di rumah Anfaal utk solat sekejap sebelum pulang ke rumah. Dekat sana la terdengar ura-ura pasal harga barang maybe akan naik. Rusuhan maybe akan melarat dan mungkin Mesir akan mengalami Darurat. Barulah kat sini aku tahu kisah sebenar kebangkitan rakyat Mesir ni yang selama ni aku dengar2 je org cakap.

10.30 mLm
masih di rumah Anfaal. tapi kami digemparkan dengan berita..."Facebook dah disekat!!! sebab ura-ura mengatakan rusuhan ni bermula dari FB".. x boleh dah nak access ke FB. aku menarik nafas. dalam hati lega, nasib naik aku x kisah sgt pasal FB ni.huu..tapi hati terdetik utk call parents di Malaysia since dah semingu lebih x call mereka.
tapi niat terpaksa ditangguhkan kerana kesuntukan masa. Lepas ni nak berkejar balik rumah pulak. maybe call dkt rumah je la.

11 mlm
aku pun keluar dari Anfaal utk pulang ke rumah. seminit kemudian aku ternampak segerombolan pemuda2 Mesir berarak beramai2 sambil bawak api, parang dan kayu sambil jerit2. tapi aku x paham ape yg mereka jeritkan tu. Seram jugak la. X sangka depan mata nampak sendiri benda2 macam ni. Aku dan rakan2 terus mempercepatkan langkah. guna jalan lain utk ke stesen METRO utk balik ke rumah.

12 mlm
Alhamdulillah sampai selamat di rumah. teringat utk call mak ayah. Tapi sebab ngantuk sgt, terus pengsan atas katil smpai la ke subuh.


[bersambung...]

3 comments:

  1. Assalamualaikum syg...nice sharing ttn jurnal tu...rindu...doakan kami kat Jeddah ni ye...

    ReplyDelete
  2. time kat cairo x nk bgtau ada blog,.. org dah dok jauh br nk gtau_baim

    ReplyDelete
  3. nadrah:insyaAllah..always pray 4 u guys...
    take care anyway..t kalo dah smpai mesia terus lapor diri tau..i still use da same number :)

    baim: ala...ade je blog..takkan la nk gtau satu dunia aku ade..huu..:P

    ReplyDelete