Tuesday, January 25, 2011

BaiK dan HaLaL perlu seiring


Daripada Abu Hurairah katanya: "Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah itu baik, Dia tidak menerima kecuali yang baik. Sesungguhnya Allah telah memerintahkan muslimin dengan apa yang Dia perintahkan kepada para Rasul. Kemudian baginda menyebut tentang seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut-masai dan berdebu rambutnya, menadahkan tangannya ke langit sambil berdoa "wahai Tuhanku, Wahai Tuhanku! sedangkan makanan,minuman dan pakaiannya adalah haram dan dia diberi makan dengan benda-benda yang
haram, maka bagaimanakah dikabulkan permintaannya..." (riwayat Muslim)


Firman Allah swt: "wahai para Rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik dan beramalah dengan dengan amalan salih. (al-mukminin:51).

Allah swt juga berfirman: "wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami kurniakan kepada kamu"(Al-Baqarah:172)


Ermm...sebenarnya dah lama nak share hadis ni..mengenai Baik dan halal..

dan tadi tiba-tiba, seseorang bertanyakan saya..."kalau seorang anak makan benda haram, ilmu
susah nak masuk eyh??"

terus saye teringatkan hadis ni...

Its TRUE>>Allah tu Baik dan sukakan benda2 yang baik...

kalau kita makan dari sumber yang haram atau pakai apa2 dari sumber yang haram...

macam mana Allah nak terima amalan kita??
macam mana Allah nak perkenankan doa kita??
macam mana Allah nak bagi ilmu masuk ke dalam hati kita??
macam mana Allah nak berkati rezeki kita??

"Daripada Ibnu Abbas RA: Allah takkan menerima sembahyang seseorang yang di dalam rongganya (perut) terdapat benda yang haram"

cuba fikir2 kan balik...

dan kalau kita beli makanan dkt luar pon..cuba selidik balik..orang yang membuat tu..
adakah semuanya Halal..dan adakah orang itu menunaikan suruhan Allah (spt solat, puasa etc)

Ade satu perumpamaan..
"makanan yang dimasak/ dibuat oleh orang yang Tidak Solat lebih teruk
daripada kencing anjing hitam"

nauzubillahminzalik...moga kita terpelihara drpd nya insyaAllah..

Dan makna hadis tadi..Kemudian baginda menyebut tentang seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut-masai dan berdebu rambutnya, menadahkan tangannya ke langit sambil berdoa "wahai Tuhanku, Wahai Tuhanku! sedangkan makanan,minuman dan pakaiannya adalah haram dan dia diberi makan dengan benda-benda yang haram, maka bagaimanakah dikabulkan permintaannya...

makna berdebu itu adalah debu-debu yang telah menukarkan warna rambutnya lantaran jauh
perjalanan untuk melakukan ketaatan seperti haji dan jihad, merayu-rayu memohon kepada Allah tetapi dari pintu manakah doanya akan diterima bagi mereka yg tidak menjaga halal-haram makanan nya??

Tetapi ketahuilah bahawa..."Allah itu sangat Pemalu lagi Amat Pemurah. Sekiranya seseorang lelaki mengangkat kedua-dua tangan kepadanya, Allah SWT sangat malu untuk menolk kedua-duanya dalam keadaan kosong dan kecewa.."

Cuba fikir balik, sape yang betul2 sygkan kita kalau x Allah kan??

See..SWEET nya ALLAH..pemurah sangat..sayangnya Allah dkt kita..kalau fikirkan balik, kita as manusia...lagi manusia mintak byk2 kali, mesti kita jemu dan malas nak layan kan..TAPI beza sangat dgn ALLAH, ALLAH sgt sukakan hambanya yang meminta kepadanya dan Allah akan cuba perkenankan pintanya..insyaAllah..:)



p/s: Parasit, here I came..(last paper..yeay :P )

No comments:

Post a Comment