Tuesday, June 14, 2011

Kepada siapa yang kamu lihat~


Bismillahairrahmanirrahim…J

Alhamdulilah 3x..dapat lagi Allah bagi nikmat yg sgt2 banyak. saat jari menari2 atas keyboard ni pun adelah satu anugerah..yelah…ade je manusia yg muscle paralysis..then die x boleh gerakkan tgn die.x boleh gerak jari-jari dia..or ade sumthing wrong kt brain die ..sampai die tak boleh buat gerakan-gerakan kecil dan rumit ni..hurmmm…then it is how medic teach me..oh No! that is how Allah teach me J ..To be Thankful in every single things that He gave to us…(kan2??)


Ok. Wanna share one thing~

*********************************************************************

“Mushee, tolong belikan air mineral. 4 botol..kesian orang nak minum, haus…”

“ Ouh ok.beli kat kedai depan umah ni je kan??”

“Aah.depan ni je. Ermm…sekali la, roti satu. Ok thanks …”

Maka, aku pun bersiap2 la. Kebetulan memang dah siap pakai baju lengan panjang yg menutup aurat.

Mata aku melilau2 di sekitar ruang tersebut, haa, nampak pun tudung. Terus aku capai tudung, sarungkan ke kepala..

Kaki melangkah ke meja hadapan untuk mencapai sejumlah wang.

“ok, duit dah ada.Jom!!”

“eyh2. Mane stokin ko mushe???”

Tiba2 terdengar satu suara makhluk Allah. Pantas aku menoleh. Tersengih-sengih. Hehe…

“Erm…ala…nak pergi kedai depan umah ni je. Aku rasa takde laki kot nampak. Lagipun dah malam ni. Tak pe je kot tak pakai stokin..”

Ujar aku pantas.

“huu… penah dengar satu cerita tak??”

“Cerita apa pulak ni???”

“Satu hari. Rasulullah penah tegur Saidatina Aisyah. Pasal Aurat. Ade seorang buta datang bertamu ke rumah Rasulullah. Pastu Aisyah pun datang menghidang makanan, tapi tanpa memakai purdah nye. Rasulullah pelik dan bertanya..

“Aisyah, kenapa tidak memakai purdahmu??”

“ Wahai Rasullullah, bukankah dia tidak dapat melihat??” (means..kalau die x tutup aurat or x pakai purdah pun, tetamu tersebut tidak dapat melihat auratnya)

Wahai Aisyah, Tutuplah auratmu bukan kepada siapa yang melihat kamu, Tapi kepada siapa yang kamu lihat”

Pesan rasulullah….”


Gulp…aku tersentak…

Heyh.macam kene perli je.tapi perlian ni halus dan menarik.

Allah kan dah jadikan kita sebaik-baik ciptaan. Maka akurlah dengan apa2 yang diperintahkan. Sebab semua benda tu ada sebabnya. Bukan saja-saja Allah cipta. Kan2???

Lagipun Allah dah bagi kita macam2. Takkan la kita takmo jadi org yang bersyukur kan??? Ermm.even aku rasa. as sense of human being pun….kita akan be thankful kpd org yang dah berjasa kpd kita. Sombong la orang tu kalau taknak berterima kasih kan???

Then apa taraf Allah yang dah bagi macam2 dekat kita selama kita dah hidup lama-lama dekat mukabumi ciptaan-Nya ni??


Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah, dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia menjadi kikir...(Al-maarij: 19-21)


dan Allah pun cakap dalam Al-Quran...

"....dan sedikit sahaja hambaku yang bersyukur" (al-Mulk:23)

argh..sentap..

(o.O)


p/s: alhamdulillah.paper pharma dh settle...here we go..MICROB!! (sayechentamicrob..~)


bait ansar,

10.21 am,

14 june 2011

1 comment:

  1. wah dah tukar nama..hehe
    bila nak announce wahai shbt2 ku?
    ^_^
    btw,sgt2 menarik post ni..n mcm dh dgr je cite ni,kan mushe?hehe

    bittaufiq wannajah syg~

    ReplyDelete