Tuesday, October 23, 2012

Diari: With Pak Latib


" Penulis ni Allah dah kurniakan bakat menulis kepada kita, So, kita kene laksanakan tanggungjawab kita dgn baik.."

Terkesan sungguh saya pabila terdengar kata-kata ini. Tak pernah disangka yang menulis ni satu tanggungjawab. Saya fikir ini hanya minat dan mahu mencuba-cuba.


Monolog saya, 'Boleh jadi esok lusa Allah akan persoalkan balik anugerah ini. Kita buat untuk kebaikan atau tak? kan?'


Tapi selepas menghadiri bengkel penulisan, mata saya terbuka luas. Tak pernah saya terfikir untuk menulis secara serius. Apatah lagi untuk menghasilkan buku.

Niat saya menyertai bengkel untuk membetulkan gaya penulisan saya disamping berkongsi pengalaman dengan orang lama dalam arena penulisan ini, Ahmad Latib Talib yang hanya membahasakan dirinya Pak Latib.

***
Speechless! Kagum dengan semangat beliau. Pak Latib sebelum ini pernah menulis beberapa novel kanak-kanak, dan remaja. Malah pernah memenangi anugerah sayembara cerpen, tapi malangnya buku yang dicetak 3000 buah sampai sekarang tidak habis dijual.

Kemudian, bermula tahun 2005, Pak Latib mula berkecimpung dalam penulisan novel pahlawan islam. Alhamdulillah, tuah Pak Latib di sini rupanya, hikmah Allah yang tersembunyi. Sampai sekarang, hampir 32 buah buku yang terhasil. Dan baru-baru ni, buku Umar al-Khattab sudah diterjemahkan ke bahasa Inggeris. *Saya tak sabar nak tunggu buku Sheikh Hassan Al-Banna siap ditulis. Barangkali dalam bulan 12 InsyaAllah*

Dan sehingga sekarang, rezki Pak Latib melimpah ruah. Kata Pak Latib, "Doakan satu hari nanti Pak Latib dapat bina Yayasan Pak Latib. Untuk membantu orang yang menuntut ilmu dan lain-lain"

Kata Pak Latib, "Pak Latib rasa, daripada anak-anak kita kenal robot kucing (doraemon), Ultraman, baik la mereka kenal Salahuddin Al-ayubi, Khalid al-walid, Umar al-khattab"

Betul! Saya setuju sangat. Kalau kita tanyakan anak-anak generasi ini, berapa ramai pahlawan islam yang mereka kenal, boleh kira dengan jari beberapa nama yang disenaraikan. Tapi kalau tanya berapa ramai Hero dalam movie dan kartun? Berjela-jela Hero yang boleh mereka senaraikan. Silap-silap Hero dalam Geng Bas Sekolah pun masuk senarai..!

Boleh bayangkan jawapan untuk beberapa tahun akan datang? Sedih bila memikirkan kecilnya skop pemikiran anak-anak kita. Saya tak salahkan mereka seratus peratus. Ibubapa sangat memainkan peranan dalam hal ini, selain guru dan persekitaran.

***
Kongsi Pak Latib, "Daripada pemerhatian Pak Latib, saya nampak wali-wali Allah ni, mereka hidup di dunia ni, ada tanggungjawab masing-masing. Dan mereka takkan mati sebelum selesainya tanggungjawab ni. Macam Rasulullah, selepas dah turun semua ayat Al-quran, selepas semua wahyu dah turun baru beliau wafat. Walaupun sebelum tu banyak cubaan untuk membunuh beliau.

Macam tu juga Sheikh Badiuzzaman Syed Nusi, beliau pernah diracun 19 kali. Tapi Allah masih pelihara nyawanya, hingga lepas lahirnya Risalah Nur di Turki, barulah beliau wafat."

Saya terfikir, berapa lama lagikah saya akan hidup di muka bumi ini? Maknanya adakah saya akan pergi sebelum atau selepas saya laksanakan tanggungjawab saya? Atau pun tanggungjawab yang ada melebihi masa yang Allah pinjamkan?? T_____T Nauzubillah, harapnya sempat la saya seberkan sebanyak mungkin kebaikan sebelum Allah panggil semula bertemuNya. Ameen~

Pesan Pak Latib, " Setiap hari mesti menulis walaupun hanya 1 mukasurat. Cukup setahun nanti dapat la 350 mukasurat. Dah siap satu buku"

Err..Hurmm. Baiklah. Pesanan yang memberi semangat positif untuk menulis. Satu mukasurat InsyaAllah boleh diusahakan.

"Cari ilham. Cari idea. Bukannya menunggu ilham datang. Macam nelayan, setiap hari nelayan yang pergi mencari ikan, bukannya menunggu ikan datang ke pantai"

Pergh..Memang terbaik. Lagi-lagi selepas sudah belajar Teknik menjana idea, memang dah takde alasan la untuk tidak menulis.Huu..

Banyak lagi pengalaman yang dikongsikan. Pengalaman beliau melawat beberapa buah negara untuk mencari bahan-bahan penulisan. Menulis novel sejarah, nama, peristiwa, latar masa, latar tempat, dan faktanya harus benar. Tidak boleh direka-reka. Kelak Allah akan persoalkan, ibarat menipu la juga~

Sejujurnya, perkara yang paling saya terkesan melihat betapa humble nya Pak Latib. Walaupun sudah popular. Beliau sangat sporting dan merendah diri. Bagaimana beliau sentiasa membetulkan niat. Jika kita menulis kerana Allah, Allah akan bantu dan kemudian popular, duit dan lain-lain akan datang kepada kita. Bukan kita yang mengejar dunia~

 InsyaAllah, semoga Allah mudahkan semua urusan beliau. Dan Allah kurniakan kesihatan yang baik. Nak menulis ni kesihatan yang paling penting, selain duit, idea dan lain-lain.

ps: Ikut resmi padi, semakin tinggi semakin tunduk. Moga Allah bantu aku menyebarkan dakwah dengan penulisan. Ameen

p/ss: JAngan lupa puasa pada hari arafah nanti!

bait falah,
7.56 pm
6 Zulhijjah 1433H

2 comments:

  1. salam musyi, ak baru terbce cerite ni kat group smakl. citer la cmne dapat makan dengan pak latib..;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. hehe..
      xde la..rezeki tercampak org kata.

      aritu masa ak join bengkel penulisan, ada tanye satu soalam dkt Pak Latib, tanya macam mana Pak LAtib boleh istiqamah menjaga hati bila dah popular ni? tp Pak LAtib salah faham, dia ingat aku tegur dia supaya jgn riak..(katanya , mungkin Allah nak tegur saya melalui peserta ni)

      So, ak rasa bersalah sangat, dan ak hantar msg dkt FB Pak Latib, jelaskan balik salah faham ni. DAn Pak Latib kata nak belanja aku makan..(even ak rasa x layak patutnya)

      REzki x terduga~ :) Alhamdulillah~

      Delete