Pages

Friday, October 26, 2012

Eid Adha 1433H


Assalamualaikum wbt,
Salam eidul Adha..

Orang arab akan cakap,
kullu sanah wa antum tayyibin :)

Apa perasaan raya esok hari? Pasti di malam hari, kaum perempuan sudah sibuk menyinsing lengan di dapur. Untuk kami yang beraya di perantauan ini, mahu atau tak,haruslah menyediakan juadah sendiri. Bulan september lepas, saya baru sahaja berpindah masuk ke rumah sewa baru. Namanya Bait Saifuddin Qutuz, sempena nama tokoh yang membebaskan Mesir darpada kekuasaan Monggol suatu masa dahulu.

Bersama saya 10 orang bidadari. Masing-masing sedang sibuk di dapur. Ada juga yang sedang menggosok baju. Ada juga yang baru hendak menjahit baju raya. Dari dapur, bunyi lagaan kuali dan senduk kedengaran. Turut memeriahkan suara-suara daripada hef-chef yang bertungkus lumus menyiapkan juadah nasi impit, kuah kacang dan rendang ayam . Buat sarapan esok hari selepas pulang dari solat hari raya. Meriah rasanya mempunyai keluarga besar di perantauan ini. Alhamdulillah~

Ini baru satu gambaran typical di malam raya. Mesti orang lain pun lebih kurang juga. Mungkin masih ada yang keluar membeli belah di malam raya ini. Yang pastinya di sini jalan raya sudah lenggang. Orang-orang Arab semuanya sudah pulang ke kampung masing-masing. Yang tinggal hanya mereka yang akan beraya di kota kaherah ini.

"Anis, macam ni la kot suasana malam raya di KL. KLCC penuh dengan orang asing. Penuh dengan orang bangla dan Indonesia. Macam kita sekarang ni la~", ujarku kepada teman rapat di sebelah.

"Tu la, kita pulak yang macam yang jadi orang asing sekarang", balasnya.

Pembaca sekalian,
Saya ingin bawakan kepada anda semua. Apakah erti sebenar Hari Raya Korban ini? Yang lebih dikenali dengan hari . Adakah saban tahun kita merayakannya hanya sebagai ritual?? Tanpa membekas sedikit pun di dalam hati??

Semua maklum tentang besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim AS mengorbankan anaknya Nabi Ismail untuk disembelihkan. Dan dengan rahmat Allah, digantikannya dengan kibas.

Saya pasti semua sudah maklum akan kisah ini.

Tapi itu daripada lipatan sejarah, bagaimana pula dengan kita semua?? Apakah ertinya pengorbanan dalam diri kita?

Pengorbanan. Berkorban. Perit untuk didefinasikan. Perit di tekak untuk menggambarkan perbuatan ini.

Untuk menjadi doktor, harus mengorbankan masa-masa senang.
Untuk menjadi cemerlang, harus mengorbankan hampir separuh kehidupannya. Disiplin dalam mengatur khidupan. Silap-silap masa libur pun harus digadaikan.
Untuk menjadi ibu yang mantap di depan anak-anaknya, harus mengorbankan diri dan menstabilkan karier dan keluarga.
Untuk menjadi apa-apa sekali pun, hatta hanyalah pembantu rumah di dapur, ternyata tetap perlukan pengorbanan.

Dan, Surga itu adalah perkara yang paling mahal nilai dan harganya. Maka, untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai tinggi, haruslah pengorbanan yang Maha hebat. 

Mana mungkin dapat masuk ke syurga, jika jadual harian kita penuh dengan hiburan?
Mana mungkin dapat duduk di sisi Rasulullah kelak, jika harta sangat susah untuk didermakan?
Mana mungkin untuk dapat berjumpa para anbia, jika perkara kebaikan sangat allergik untuk kita rapati?
Mana mungkin kesenangan akan berhimpun pada satu masa.

Pepatah melayu pun menyokong perkara ini. "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian"

Bersusah payah dahulu di dunia. Bersenang lenang kelak di akhirat. InsyaAllah~
Ataupun bersenang-senang di dunia, bersusah-susah di akhirat?? Nauzubillahminzalik.

Korbankanlah sebanyak mana masa untuk kebaikan. Untuk memberi manfaat kepada sejagat. Kurangkanlah masa rehatmu, lebihkanlah masa berjumpa Tuhanmu. (dengan beribadah, majlis-majlis ilmu, usrah dan sebagainya)

Hartamu jangan disimpan. Gunakanlah untuk kebaikan. Kelak kita juga yang akan mendapat manfaatnya.



Kata seseorang, " bergembiralah kerana terpilih untuk berada di gerabak tarbiah dan dakwah ini. Kita semua maklum yang jalan ini tidak ditaburi carpet merah dan bunga-bunga. Apatah lagi pujian manusia. Tetapi, memang sunnatullah jalan ini, perlukan pengorbanan. Tanpa nilai ini, dakwah ini akan hilang rohnya. Berkurangan nilainya. Apa yang membuatkan kita akan tetap berada di jalan ini, selagi mana kita bertahan dalam pengorbanan kita (pengorbanan masa, tenaga, masa, fikiran, harta dan mungkin nyawa)"

Ya Allah, tetapkanlah kakiku dan rakan-rakan seperjuanganku di atas jalan ini. Semoga kami semua akan bertemu di surgaMu kelak. Ameen~

Dan bagaimana dengan pengorbanan saudara-daudara kita di Palestine waktu ini? Adakah kita cakna dengan isu ini? Juga perihal boikot barangan Israel, kita sudah sertai 'gerabak' ini ?

Selamat hari raya semua, kullu sanah wa antum tayyibin~


p/s: Esok hari jumaat tau, sakan raya pun, jangan lupa baca al-Kahfi ye! :)


bait SQ,
12.38 am
10 Zulhijjah 1433H


No comments:

Post a Comment