Sunday, December 23, 2012

Nak dapatkan Chenta Allah?



Dari Abu Abbas, Sahil bin Saad As-Sa'idd r.a, berkata : " Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan bertanya : ' Ya Rasulullah, tunjukkan aku suatu amalan, sekiranya aku buat, nescaya aku dicintai oleh Allah dan orang ramai. ' Maka dijawab Nabi : ' Hendaklah zuhud di dunia, nescaya engkau dicintai oleh Allah dan engkau zuhud pada apa yang ada di sisi manusia, maka nescaya engkau dicintai oleh orang ramai. ' 

Zuhud akan teruji apabila kita dibentangkan dengan macam-macam nikmat dunia, harta, jawatan, rumah, kereta dll, tetapi kita masih memilih untuk menjadi 'tidak sama'. Zuhud membezakan mukmin sejati dan mukmin awam.

Bila ditanya apakah makna zuhud??

Rata-rata akan menjawab:

"bersederhana.."

" Cukup dengan apa yang ada.."

" tidak cintakan dunia.."

dan lain-lain. Saya memenag tidak menafikan kesemua jawapan tersebut betul, tetapi kurang tepat.

Di dalam Surat Chenta Allah, Al-Quranul Karim, boleh didapati banyak tafsiran makna zuhud:

" Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah senda gurau, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warna kuningnya kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu." (Al-hadid:20)

Juga boleh selak (Luqman :33), (Al-Kahfi 45-46), (Al-Ankabut: 64), (At-takasur: 1-5), (Muhammad: 36), (Nisa:77), (Al-a'la: 16), (Ar-ra'du: 26)

Lepas dah tengok ayat-ayat berikut, apa yang boleh kita simpulkan??

Maknanya,  dunia ni yang kita rasa best sangat, yang kita rasa tak puas nak kumpul kejayaan, yang setiap hari kita kumpul duit untuk boleh pergi bercuti, hari-hari update di internet i-phone baru, teknologi yang makin hari makin memudahkan dan haibat, dunia yang makanannya pelbagai..dan dunia yang kita rasa syok sangat ni, sebenarnya hanyalah permainan, senda gurau, hiasan..dan di mata Allah dunia ni tiada nilainya langsung. 

Tapi ini pun kita terlepas pandang dan lalai. T____T

dan bila Allah mention dalam al-quran, banyak ayat yang berkaitan, bermakna perkara ni penting. Ya, sangat penting! 

Sunnatullah, apabila Allah mencintai kita, manusia turut akan mencintakan kita. Macam mana nak dapatkan chenta Allah? kata kuncinya ialah ZUHUD!


"Zuhud pada dunia bukan mengharamkan perkara yang halal. Bukan membuang harta benda, tapi kamu yakin apa yang di sisi Allah lebih baik dari yang ada di sisi kita" (Imam Ahmad)

"Dan tidak satu pun makhluk bernyawa di bumi melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya...Semua (tertulis) dalam kitab yg nyata (Lauh Mahfuz) ", (Hud, ayat 6)

dan apabila ditimpa musibah, kita mengharapkan ganjaran Allah dan akhirat.kerana kita yakin apa yang Allah nak bagi tu, pasti itu yg terbaik, dan terselit hikmahnya.

Zuhud ni bukan pada anggota, tp pada hati.


Abu al-kailani berkata:
 Kamu jangan katakan seseorang itu zuhud, kerana zuhud terletaknya pada hati.


Makna zuhud terbahagi kepada 3:

1- Seseorang yakin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang ada di sisinya. (Hud: 6)


2. Apabila seseorang ditimpa musibah dunia, dia lebih mengharapkn pahala, daripada kekalnya dunia ini ditangannya.

Dia lebih mengharapkan redha Allah, drpd nikmat dunia ini kekal padanya.

Contohnya Aminah baru je membeli Samsung Galaxy Note, mahal. Yang terbaik! dan selepas tu Aminah asyik sangat dengan Galaxy Note barunya. Sampaikan bila ibunya menyuruh ke kedai membeli santan, pun akan diberikan alasan "Buzy la mami, suruh adik laaa.."

Ditakdirkan Allah, Samsung Galaxy Note kesayangannya dicuri sedang dia tertidur di dalam bas. 

Jika Aminah zuhud orangnya, dia akan segera mengerti, bahawa Allah mengambil semula Galaxy Note itu, kerana aminah terlalu 'sibuk' dengannya, sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai muslimah, anak dan pelajar. 

3. Pujian atau celaan tidak mendatangkn kesan pun kepadanya.

Yakin ialah kamu tidak berusaha utk dapatkan redha manusia, sehingga mendapat murka Allah.


Jeritan di wall FB seorang rakan saya:


Pakai macam kampung tapi tutup aurat lagi better dari pakai bergaya dan up to date untuk mata orang tapi tak mendapat keredhaan dari Allah.


ouch! T____T



Tahapan zuhud terbahagi kepada 3:

1. Zuhud orang awam: meninggalkan perkara-perkara haram (eg: cakap bohong, caci org, arak, menipu etc)

2. Zuhud orang alim: meninggalkan berlebihan dalam perkara-perkara halal. (Eg: makan, sembang, study, shopping- semua ni halal dan tidak ditegah oleh Islam, tetapi jika sampai tahap berlebihan, shooping nak rak sampai lewatkan solat, tak elok dan makruh la cik adik ooiii..)

3. Zuhud orang yang mengenal Allah: meninggalkan sesuatu yg menyibukkan diri dia daripada mengingati Allah (eg: perniagaan yang takut rugi, still buka kedai walaupun dah masuk waktu solat, study melampau sampai tak menyahut bila mak panggil, dan apa2 perkara yang boleh menjebak kepada lalai mengingati Allah )

So, kita yg mana satu?


Perkara2 yg boleh membawa kepada zuhud:

1- Ingat dan bayangkan suasana akhirat- (syurga, neraka, titian sirat etc).
Cuba datangkan perasaan takut dan fikirkan suasana ni tiap-tiap kali kita nak buat kejahatan.


Harithah berkata: 
aku memalingkan diriku dr dunia. Bagiku mutiara dan tanah itu sama. Aku seolah-olah melihat arasy tuhan dgn jelas, aku seolah-olah melihat orang-orang di syurga sedang sibuk menikmati kenikmatan, manakala oranag-orang di neraka sedang diseksa.

kalau kita boleh bayangkan kita yang berada di dalam neraka tu, nauzubillah min zalik, takkan la kita tergamak nak buat kejahatan kan?? T_T

2. Sedar keseronokan dunia boleh melalaikan hati kita (at-takasur:8)


Nikmat-nikmat yang banyak  Allah kurniakan ni nnt akan ditanya di akhirat kelak! T___T 
So, lagi banyak nikmat, lagi lama la masa diperlukan untuk menghisab kita.sebab Allah count on every single things. 

T_T

So, bila kita dapat satu nikmat, be zuhud dan gunakan sebaiknya untuk Islam dan untuk dakwah. At least kita ada reason bila Allah tanya kita di akhirat kelak.

3. Sedar nikmat dunia hanyalah sementara.

4. Sedar dunia ini dilaknat, kecuali ilmu-ilmu yang bermanfaat.

makna dilaknat di sini: Dunia ni akan menjauhkan kita dari Allah kecuali ilmu-ilmu yang bermanfaat yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah.

So, ambil la pengajaran-pengajaran daripada ayat-ayat Al-quran dan sirah ar-Rasul SAW dan para sahabat supaya kita sentiasa berhati-hati dan tidak tertipu di dunia yang sementara ni. 


# zuhud adalah tangan mengenggam dunia, tetapi hati memandang akhirat.

# Bukan zuhud jika membuang dunia dan mengurungkan diri di dalam masjid semata-mata, kerana islam bukan terhad di dalam masjid sahaja, islam adalah cara hidup. Buat apa-apa mesti niatkan kerana Allah.

# Analogi zuhud macam kita sedang menjinjing 2 baldi penuh air, satu baldi diletakkan di atas kepala, dan satu lagi dijinjing di tangan. apabila kita rasakan baldi di atas kepala hampir jatuh, lepaskan baldi yang ada di tangan. (Baldi di kepala: perkara-perkara akhirat), (baldi di tangan: perkara-perkara dunia)

# Zuhud cukuplah sederhana dan sekadar mencukupi

Cinta apa lagi yang mahu kita tagih selain cinta Allah??
 Jom muhasabah diri dan jadi lagi baik?? (^.^)v

Wallahua`lam. Saya rasa sangat skema bila menulis post ni. Ala-ala menulis tazkirah pagi. ehe. 

May Allah bless, people~

bait SQ, 
11.02 pm

2 comments:

  1. terima kasih shen.

    yup, kdg2 aku rasa, Allah ajarkan aku utk merasa ssh supaya kita sdr xsemua yg ada di tgn kita akan kekal selamanya. :)

    ReplyDelete
  2. Betul..if kita rasa dunia ni best sgt, mesti kita takut akan kehilangannya.. Mesti kita akan letakkan dunia di hati, dan bukannya di tangan :(

    Byk hikmah Allah sembunyikan tok kita..

    ReplyDelete