Pages

Thursday, January 2, 2014

Tirai 2014


Ahlan wasahlan ya 2014

2013

Tahun yang memberi seribu satu makna.
Kehidupan saya berputar seperti Roller Coster. Turun naik itu memang lumrah kan?

Alhamdulilah, tirai 2013 saya dibuka dengan sebuah hadiah dari Allah, Alhamdulillah bersama-sama trip A2G12 ke Gaza, kami banyak belajar dari bumi cinta itu.

Melihat anak-anak di sana yang sungguh menghargai kehidupan ini, walaupun mereka tahu yang kematian itu bakal menjemput bila-bila sahaja. Kerana mereka yakin, kematian dan syahid, antara jalan yang akan mengumpulkan mereka sekeluarga di akhirat sana, di syurga.

Gaza dan penduduknya, masih terngiang kata-kata seorang mujahid,

" Kami tiada apa-apa di Gaza ini, yang kami ada hanyalah diri kami sendiri. The only human resourse that we have is ourself!" katanya dengan sangat bangga.

Allahu!

Sedangkan rakyat di negara sendiri, diri sendiri pun entah ke mana! Mungkin kerana kita melihat dunia masih aman, maka kita merasakan kita selamat? entahlah.

Peluang dapat tidur semalaman di rumah seorang penduduk Gaza, masih saya ingati hingga saat ini. Kami dapat bercerita panjang dengan mereka. Sangat terasa hangatnya ukhwah itu, walaupun mereka terkial-kial untuk memahami bahasa Arab yang kami tuturkan.

Seorang nenek menceritakan bahawa dia selalu solat dan menziarahi Masjid Al-Aqsa ketika zaman mudanya, tetapi kini tidak. tetapi katanya, Masjid itu sangat-sangat indah, dan tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Allahu!

Pakcik yang menjaga kumpulan kami berkata, " Tiada lagi A2G, Aqsa to Gaza selepas ini, InsyaAllah selepas ini A2A, Aqsa To Aqsa."

Ameen. InsyaAllah, kita akan solat dan membebaskan masjid Aqsa selepas ini! Ameen.



Wajah suci anak-anak Gaza


Kemudian 2013 terus memecut laju, dengan pelbagai aktiviti dan program-program tarbiah yang sangat menarik. Kehidupan seperti warna-warni yang tercorak di langit selepas hujan, cantik indah.

Tetapi, pertengahan 2013 menyaksikan saat yang saya hampir-hampir tewas dalam perjuangan medic saya. Tak sangka, begitu susah ingin meneruskan langkah dalam bidang perubatan ini, sehingga saya mempersoal kembali kenapa saya berada di Mesir dan mengambil medic? Kerana harapan ibubapa?

Ah, klise sungguh jawapan itu. Hati saya memberontak. Langkah kaki ke hospital setiap hari bagai dipaksa-paksa.

Sehingga Allah memberikan jawapan kepada persoalan di hati saya dengan hadiah Ramadhan yang paling berharga, iaitu Ramadhan tahun ini dengan peristiwa Rabaah.

Dengan mata saya sendiri, saya menyaksikan keikhlasan perjuangan mereka, menuntut hak kebebasan. Menegakkan semula hak demokrasi yang telah dicabul. Demi Allah, saya merasai aura jihad mereka, menyelubungi seluruh perjuangan mereka, sehingga saya malu sendiri dengan diri sendiri,

" Apalah nak dibandingkan perjuangan aku dibanding dengan perjuangan mereka menuntut keadilan di bumi tanah tumpahnya darah mereka sendiri?"

Saya melihat di hadapan mata, tarbiah yang sangat susah untuk menegakkan keadilan. Kebatilan bermaharajalela seperti tiada Allah di dalam dada. Keadilan dipijak-pijak diludah begitu sahaja.

Dan demi Allah, hanya kerana adanya pemuda-pemuda yang ikhlas ini, maka peristiwa ini dapat membuka mata dunia tentang apa sebenarnya yang berlaku di Mesir.

Dan saya sangat yakin bahawa kebenaran akan tertegak semula di bumi anbia ini, InsyaAllah.

" Jangan sesekali kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, sebenarnya mereka itu hidup di sisi Tuhannya mendapat rezeki. 

Mereka bergembira dengan kurniaan yang diberikan Allah kepadanya, dan bergirang hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati" (Al-Imran: 169-170)

Sungguh, Allah mengajar saya bahawa perjuangan ini sangat lurus dan hanya orang yang ikhlas sahaja yang tidak akan merasa takut menegakkan kebenaran walaupun seluruh penduduk bumi membencinya.

Tunggu aku, wahai penghuni syurga sekalian!

Serangan 14 Ogos

Perbezaan Tamarrud dan Tajarrud


Solat zohor di Masjid Rabaah


Ucapan macho Presiden Morsy


dan akhirnya, tirai 2013 ditutup dengan jaulah ke UK.

MasyaAllah. melihat kesungguhan akhwat di sana berubah, buat saya rasa mujahadah mereka sangat besar di mata Allah, dibandingkan dengan mujahadah saya setiap hari.

Ada yang sebelum ini free hair, rambut diwarnakan, skinny jeans, baby T dan sekarang Alhamdulillah sudah manis bertudung litup blause dengan skirt menutup diri.

Bumi UK, bumi yang mana Islam dan Jahiliah itu jelas kelihatan. boleh dinilai sendiri dengan mata hati.

Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.
(HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)



dan Saya melihat akhwat di sana sangat mujahadah untuk mengamalkan islam itu sendiri. dengan Izzah (bangga), tanpa segan mereka mampu untuk solat di bawah tangga, di dalam fitting room, dan di mana-mana sahaja hanya semata-mata untuk tidak ketinggalan waktu solat.

Tiada azan yang kedengaran di sana, hanya IMAN yang menentukan bahawa kita akan solat atau tidak. Hanya IMAN yang menentukan kita akan menutup aurat atau tidak. kerana tiada sesiapa yang akan kisah jika kita tidak solat atau tidak menutup aurat. Semuanya hanya antara diri sendiri dan Allah.

Tetapi, masih ada yang mampu bertudung labuh di sana, MasyaAllah.

Masih ada yang tidak segan menjadi Asing. Maka beruntunglah mereka.

dan saya sangat bersyukur Allah tamatkan jaulah saya dengan perjumpaan bersama sisters-sisters di program-program, sekaligus membetulkan semula niat saya berjalan ke sana.

Alhamdulillah atas semuanya..

Green Park, London




Cool gile diorang buat FlashMob Syria depan National Gallery of London

Harrods

PMS 2013, Suffolk


Ouh, apa-apa pun, saya ingin mengajak semua pembaca, untuk melihat semula dan muhasabah:

- Apakah amalan kita selama ini sudah mencukupi?
- Apakah azam baru yang ingin kita laksanakan bersempena tahun baru ini?
- Adakah kita sudah berpuas hati dengan kejayaan kita hari ini? Maksud saya, adakah kejayaan kita hari ini akan memberi keuntungan kepada ummah?

atau... Adakah tahun baru tidak membawa apa-apa erti dalam hidup anda? =.=


Semoga Allah mengurniakan kematian yang menghidupkan kepada kita semua.

Semoga Allah menerima setiap amalan seharian kita dan semoga Allah memilih kita untuk mati di dalam khusnul khatimah, Ameen.

Umat islam itu, hari ini lebih baik dari semalam, dan esok insyaAllah lebih baik dari hari ini.

Mari kita semua mencorakkan 2014 kita dengan celupan-celupan Allah. Semoga tahun 2014 akan menyaksikan tertegaknya semula khilafah Islam di muka bumi ini, insyaAllah! Ameen..

Mari semua, kita sumbangkan tenaga kita kepada ummah. InsyaAllah, semuanya bermula dari diri sendiri!



MHZ,
Salam 2014,
Salam Perjuangan,
Road to Ustaziatul Alam.

1 Januari 2014.
8.15pm,
Beyt SQ, Kaherah

No comments:

Post a Comment