Pages

Friday, May 9, 2014

Banyak yang hilang dari diri kita




“ I think I am remembering you about the past.Just like I’m am coming from the future”, lawak seorang guruku seperti terngiang-ngiang di telingaku.

Dr Omar Baraka, seorang surgeon yang sangat happy go lucky. Walaupun dia seorang surgeon, ironinya, dia sangat meminati subjek Anatomy melebihi subjek Surgery, malah dia membuat kelas-kelas tambahan untuk mengajarkan subjek anatomy kepada pelajar-pelajar Malaysia, especially tahun 1, dan 2 perubatan.

Kami mengenali beliau sejak 6 tahun yang lalu, sewaktu  itu dia mengajarkan kami kelas tambahan Anatomy, ketika itu kami masih di tahun 1. Walau bagaimanapun, saya hanya menyertai kelas itu cuma sekejap.

“ I still remember your happy face 6 years ago. That time, you are still enjoying your life. Your face is always cheer and happy. But after 6 years, you’re become tired with life, and busy with study and your face become like this. Mask face and have no expression. What inside your mind is, Doktor, please hurry up. We’re sleepy right now and we want to finish early”, dia meyambung lawaknya.

Kami melepaskan ketawa. Namun di sebalik ketawa tersebut, Aduuuh. Sentap sungguh.

Aku melihat sekeliling, jelas kelihatan kepenatan pada wajah rakan-rakan kuliahku. Kerut-kerut di dahi kelihatan. Senyuman di bibir seolah-olah mahal untuk dilemparkan. Masing-masing kelihatan irritable dan exhausted.

Aduh, ternyata. Kami semua gagal menjadikan kehidupan ini indah seperti taman-taman syurga.

Hurm, terselit perasaan kagum dengan Dr Omar. Bagaimana dia masih boleh sentiasa tersenyum, membuat lawak, menceriakan kami, mengajar dengan telus dalam keadaan kehidupan sehariannya yang pasti lebih exhausted.

Menjadi seorang surgeon yang pastinya setiap hari terpaksa berhadapan dengan pesakit yang bermacam-maca ragam, nurse, professor-professor yang masing-masing mempunyai karenah sendiri. Di tambah dengan hidup di Kaherah ini yang pastinya tidak sunyi daripada kesibukan kota, jalan raya yang sentiasa jem dan karenah rakyat tempatan yang kadang kala boleh menaikkan amarah.

Sungguh, aku kagum dan cemburu dengan kegembiraan beliau.

***

Begitulah, manusia ini kebanyakannya dilahirkan cepat bosan dan berputus asa. Lebih-lebih lagi, generasi Y yang nature nya cepat jemu dengan sesuatu perkara yang menjadi rutin. Apatah lagi apabila rutin hariannya itu adalah sesuatu yang bukannya datang dari sudut hatinya. Contohnya seperti terpaksa mengambil jurusan bussiness disebabkan oleh harapan tinggi ibubapa yang memiliki perniagaan yang akan diwariskan kepada anaknya kelak.

Lazimnya, seorang pelajar pasti akan mula bosan apabila menjengah bulan Julai. Kerana semangatnya untuk ke sekolah sudah pudar. Namun, langkah-langkah kakinya untuk ke sekolah menjadi gagah kembali apabila difikirkan bahawa rakan-rakannya di sekolah sedang menantinya untuk bermain bola. Err.

Seorang cleaner turut akan menzahirkan kepenatan di wajahnya apabila saban hari terpaksa melihat sikap manusia yang suka membuang sampah merata-rata dengan mind set bahawa akan ada cleaner yang akan menyapunya kelak.

Seorang guru  akan cuba menggagahkan dirinya untuk melemparkan senyuman manis kepada anak-anak muridnya selepas saban hari terpaksa menghadapi kenakalan anak muridnya di dalam kelas, dan ditambah lagi dengan sikap sebahagian pelajar yang suka tidur di dalam kelas.

Seorang doctor turut akan cuba sentiasa memperbaharui niatnya untuk merawat masyarakat dalam kesibukannya seharian terpaksa merawat beratus-ratus jenis penyakit yang datang kepadanya. Lebih-lebih lagi apabila dia terpaksa on-call pada malam harinya.

Dan begitu juga dengan seorang Daie.

Kadang kala semangat seorang daie itu bermusim. Apabila tiba musim mad’u nya bersemangat, maka semangat daie akan berganda-ganda. Banyak perancangan dakwah yang dibincangkan. Banyak daurah-daurah dan pengisian yang mampu diberikannya. Namun apabila tiba musim mad’u-mad’unya sedang futur dan sibuk dengan kehidupan dunianya, daie itu pun akan larut di dalam futurnya.

Sering kali ukhti-ukhti saya melahirkan perasaannya yang sedang lesu dan dia merindui semangatnya yang berkobar-kobar suatu ketika dahulu.

Muhammad Lili Nur Aulia menulis di dalam bukunya,

“ Membandingkan antara kita hari ini dan masa-masa lalu, akan terasa bahawa ada banyak hal yang hilang dari diri kita. Kita dahulu yang mungkin baru memiliki ilmu dan pengetahuan yang sedikit, tapi banyak beramal dan mempraktikkan ilmu yang sedikit itu.

Kita dahulu yang barangkali belum banyak membaca dan mendapat keterangan tentang Allah, tentang Rasulullah SAW, tentang Islam, tapi terasa begitu kuat keyakinan dan banyak amal soleh yang dikerjakan. Kita yang dahulu yang belum banyak mendengarkan nasihat, diskusi, arahan para guru dalam menjalankan agama, tapi seperti merasakan kedamaian kerana kita melakukan apa yang kita ketahui itu. Meskipun sedikit.

Saudaraku,

Perhatikanlah apa saja yang hilang dari diri kita selama ini?

Barangkali kita termasuk di dalam ungkapan Hassan Al-Basri Rahimullah yang mengatakan,

“ Aku pernah bertemu suatu kaum yang mereka dahulunya adalah orang-orang yang memerintahkan yang makruf dan paling melaksanakan apa yang diserukannya. Mereka juga orang yang paling melarang kemungkaran dan mereka sekaligus orang yang paling menjauhi kemungkaran itu. Tapi kini kita ada di tengah-tengah kaum yang memerintahkan pada yang makruf sementara mereka adalah orang yang paling jauh dari apa yang diserukan. Dan yang paling banyak melarang kemungkaran, sedangkan mereka adalah orang yang paling dekat melaksanakan kemungkaran itu. Bagaimana kita bisa hidup dengan orang seperti mereka?”

T_____T  * Hangus terbakar*



Syed Qutub turut menulis di dalam Fi Zilaal Al-Qurannya,

“ Kata-kata itu, bisa mati. Kata-kata juga akan menjadi beku, meskipun ditulis dengan lirik yang indah dan semangat. Kata – kata akan menjadi seperti itu bila tidak muncul dari hati orang yang kuat meyakini apa yang dikatakannya.  Dan seseorang mustahil memiliki keyakina kuat terhadap apa yang dikatakannya, kecuali jika ia menterjemahkan apa yang ia katakana dalam dirinya sendiri, menjadi visualisasi nyata apa yang ia katakan”.

TT_____TT * Double hangus*


Saudaraku,

Berhati-hatilah. Musuh-musuh Islam akan sentiasa mencari peluang untuk melalaikan kita. Apatah lagi syaitan yang sentiasa licik mencari peluang untuk melemahkan jiwa para hamba dan Daie.

Jika banyak yang baik-baik telah hilang dari diri kita, maka mari kita muhasabahi diri sebelum beramal. Mari kita lihat semula niat-niat dan tujuan di sebalik semua amal-amal kita selama ini. Boleh jadi apabila sesuatu perkara itu kerap dilakukan, ia hanya  menjadi rutin seharian dan refleks, tanpa keinginan hati yang kuat untuk melaksanakannya.


“ Sesungguhnya iman yang benar adalah apabila ia kukuh di dalam hati dan terlihat bekasnya dalam perilaku. Islam adalah aqidah yang bergerak dinamis dan tidak membawa yang negative. “ 

Tulis Syed Qutub lagi.

Saudaraku, mari kita lihat semula, banyak yang telah hilang dari diri kita~
Mari, kita cari kembali sebahagian diri kita yang telah hilang itu~
Mari kita kembalikan semula semangat kita.

kerana kelesuan seorang daie, merupakan kerugian kepada ummah.!

Semoga Allah mengurniakan mujahadah kepada kita dalam bersabar melaksanakan ketaatan kepadaNya. Ameen..




MHZ
beyt SQ,
2.10 pm
9 rejab 1435H

Tuesday, May 6, 2014

Contengan Kehidupan 2# [Alhamdulillah]




Alhamdulillah di atas semua perkara.

Hanya satu perkataan yang boleh menyimpulkan status kehidupanku hari ini.

5 Mei 2014
7.35 am

Pagi itu, seperti biasa aku menunggu bas merah untuk ke Hospital Zahra'. Kebiasaannya akan ada 1 bas yang tiba jam 7.30 am. Tetapi nampak gayanya seperti aku kelewatan 5 minit. Di dalam hati, aku panjatkan doa moga aku tidak ketinggalan bas tersebut. Alhamdulillah, 5 minit kemudian, bas yang dinanti tiba. Tanpa berlengah aku menahan bas dan menaikinya.

Kebiasaanya jarak daripada rumahku untuk ke hospital akan memakan hampir 30 minit. Oleh itu, rutin harianku ini dimanfaatkan dengan bacaan ayat-ayat Al-quran, menghabiskan ODOJ ku.

Namun pagi itu, aku ralit membaca mesej-mesej Whatsup yang tidak sempat ku balas malam tadi. Hampir 10 minit juga aku ralit membaca mesej-mesej WhatsUp itu. Sehingga sudah separuh perjalanan, kemudian aku menyimpan handset ku dan mengeluarkan Al-quran daripada beg. Bacaan Al-quran dimulakan.

Sedang aku asyik membaca, tiba-tiba bahuku dicuit. Aku menoleh ke belakang. Kelihatan seorang pemuda 30-an, sedang tersenyum kepadaku sambil menghulurkan duit LE20 kepadaku. Aku memandangnya polos. Sambil-sambil mindaku berfikir, " LE20 mana tu? Tercicir daripada beg sekolahku?"

Sedang aku masih memikirkan tentang Le20 tersebut, bersungguh-sungguh pakcik tersebut meminta aku mengambil wang itu. Tanganku dihulurkan kepadanya kemudian wang itu bertukar milik.

dan aku menyambung semula bacaan Al-quranku, sambil mindaku masih lagi ligat mencerna situasi yang baru terjadi tadi.

7 minit kemudian, bas yang ku naiki sudah semakin menghampiri hospital, baru aku teringat akan peristiwa yang sama pernah terjadi kepada rakanku. Khabarnya, orang Arab ni sangat mudah tersentuh dengan sesiapa yang mengamalkan Islam. Contohnya seperti aku yang dikira Foreigner tetapi kelihatan bersungguh-sungguh membaca Al-quran di dalam bas. Mungkin bagi mereka ini adalah sesuatu yang baik, maka dia memberikan sumbangan kepadaku untuk menggalakkan aku meneruskan kebaikan itu. Wallahua'lam.

Ini kesimpulan yang dapat aku simpulkan sebelum aku turun daripada bas.

Namun, selepas aku menuruni bas dan melangkah ke hospital, mindaku berfikir sesuatu yang lain,

" Agaknya ini satu teguran untuk awak. Bayangkan mula-mula tu awak bukannya mengaji pun, Sibuk ralit main henfon. Then baru buka Al-quran 2 -3 mukasurat, tiba-tiba ada orang hulur duit. Musyirah, awak tak rasa ke itu satu teguran daripada Allah untuk awak lebih serius dengan Al-quran?"

T_____T

Speechless!!!

** Le20= Rm10

****

10.00am
Surgery Department
End Round Surgery Examination


" Student number 15!" satu suara kedengaran memanggil angka giliranku. Rasanya Adrenaline sudah menguasaiku. Berdebar-debar sungguh.

" Yes, its me." Aku menyahut, tidak yakin. Tidak bersedia sebenarnya untuk menduduki peperiksaan hari ini.

" Okay, follow me.." Seorang Professor ku memintaku mengikutinya berjalan menuju ke arah wad perempuan. Kemudian kami berhenti di sisi sebuah katil. Di atasnya kelihatan seorang wanita 30-an sedang berbaring. Wajahnya seperti menahan kesakitan.

" Take her sheet. Just a short history. She is in post-operative day Appendectomy. Then I'll ask you a few questions regarding acute abdomen, appendicitis etc," Professorku memberikan arahan.

Aku terdiam.

" But doktor, actually we have'nt take any appendicitis patient previously", aku memberikan sejuta alasan. Sejujurnya aku sangat tidak bersedia dengan kes ini. Kami tidak pernah mempelajari tentang kes ini di dalam clinical round dan lecture, maka apa pula yang akan saya bentangkan?

" Okay, you may start. I'll come later" Suara muktamad daripada Professorku. Dan dia berjalan meninggalkanku sendirian.

Aku termangu. Ku pandang wanita itu. Air liur ku telan dalam kepayahan. lambat-lambat aku menghampiri katil tersebut.

" Assalamualaikum, ana Musyirah. Mumkin akut hikayah kissah marid 'indaki? ( Assalamualaikum , saya Musyirah. boleh ke saya nak amek sedikit history berkaitan dengan penyakit awak?) ," aku memberanikan diriku memulakan perbualan.

Wanita itu memandangku sekilas. Kelihatan tidak berminat.

" Enti isma' eyh? ( Siapa nama awak?)," Aku memulakan soalanku.

" Maalish. 'Indi ghathayan, wa waga'. Mish adir kalam kathir'" ( Minta maaf, aku tengah mual sekarang. dan aku dalam kesakitan, tak mungkin aku dapat bercakap banyak)" wanita itu menjawab.

Aduh. aku rasakan seperti jantungku hilang degupan.

"Alamak, dapat patient tak co-operate, Macam mana ni, dah la tengah exam", monolog hatiku.

Hatiku cuak. Rasanya perlu diadukan masalah ini kepada doktor. Tanpa berlengah aku terus meninggalkan pesakit itu dan mencari Professorku.

" Doktor, I'm sorry but the patient is not co-operate. She is in the pain", aku mengadukan hal itu kepadanya.

" Okay never mind, You may take this patient", Professorku kemudiannya memberikan seorang pesakit lain kepadaku.

Seorang perempuan buta yang ditemani oleh anak perempuannya.

Aku melemparkan senyuman kepada mereka. Dan memulakan perbualanku dengan mereka.
Oleh kerana bahasa Arab aku yang tidak lancar, terdapat beberapa perkataan arab yang tak dapat ku fahami dengan baik. Tetapi overall masih boleh dikawal.

"Okay, You can present your case now",  masa sudah tamat dan professorku memintaku membentangkan sheetku.

" Female patient, 'Alam Shakir Bahkan, 52 years old, born and living in Cairo. Married and have 2 children. She is a housewife, passive smoker and admitted since yesterday", aku memulakan sheet ku dengan yakin.

" Why she is blind? Is is recent or from birth? " Soalan pertama daripada Professor.

Alamak. Benda ni pun kene tanya ke? Tak pernah tahu pulak. Monolog hatiku.

" errr, I don't ask her Doktor", aku menjawab jujur.

" Then ask her now"  dia mengarahkanku.

" Errr, but how to ask in arabic?" aku bertanyakan kembali. Jujur aku seperti kehilangan kata-kata.

Dan tak memasal doktorku yang menanyakan pesakit itu.

" She is blinded since 4 years ago, maybe as complication of Glaucoma," Professorku memberikan data.

Aku menyalinnya laju. Dan aku menyambung pembentanganku.

" She is complaining of a swelling , at left side of the neck, gradual onset, progressive in course, in 4 years duration".

" Okay, examine this swelling", arahan seterusnya.

Aku memulakan clinical examinationku.. bermula dengan Inspection dan diikuti dengan Palpation.


" There is a single swelling, at the muscular triangle of neck, 3x3cm, regular surface, well defined edge, smooth in consistency, superficial mass, mobile and not attach to the skin" aku menjawab.

" So, what is your diagnosis?" 

Sekali lagi. Otak aku seperti tidak dapat berfungsi dengan baik.

" errr, I don't know" aku menjawab yakin. Terbeliak mata professorku. Terkejut dengan jawapanku barangkali.

" It is a lipoma", dia menjawab sendiri soalannya.

Aku terkejut. " Haa, why it is lipoma doktor?" Aku pula yang menanyakan soalan.

" Because you say that is is soft, at the common site of lipoma, mobile, not attach to skin".

Aku mengangguk laju. Terlupa pula sebenarnya aku di dalam peperiksaan. dan nampak gayanya seperti doktor yang banyak menjawab sendiri soalan yang dikemukankannya kepadaku, berbanding aku sendiri. Aduhai, siapa sebenarnya yang sedang exam?


" Okay, you can go now" Ayat terakhir yang melegakan hati. Tanpa berlengah, aku terus mengucapkan syukran kepada pesakit dan doktor. Terus aku menangkat beg dan berlalu pergi.

Biar apa pun markahnya, yang penting peperiksaan sudah tamat dan dibandingkan dengan persiapanku yang last minit, ternyata Allah banyak membantuku. Alhamdulillah.

Lipoma itu lebih kurang seperti ini, tetapi kecil sdikit dan berada di sebelah kiri.


***

2.30pm
Beyt SQ

Aku mendengarkan daurah online. Tajuk yang dibahaskan adalah buku Muntalaq bab 6.
Bukan aku tidak pernah membaca bab berkenaan, tetapi itu sudah lama dan mungkin aku sendiri sudah melupakannya. Maka sekali sekala mendengar semula taujihat-taujihat yang membasahkan hati ini perlu juga.

Namun, semangat berkobar-kobar untuk mendengar daurah ini tergendala oleh kerana line internet yang lambat dan tersangkut-sangkut. Aku cuba menahan sabar dan mendengarkan pengisian itu sedikit demi sedikit.

Tiba-tiba masuk satu bahagian yang paling menyentap,

"InsyaAllah semua akan memasuki syurga, tetapi samakah org yg dlm rombongan pertama yg memasukinya dgn golongan yg memasukinya hanya setelah bertahun-tahun menunggu di padang mahsyar?" T______T *hangus*

"Sesungguhnya kerja mengembangkan dakwah adalah tauhid dr Allah. DimudahkanNya bg sesiapa yg ada Kebaikan dlm Hatinya. Tugas ini satu penghormatan, dan bukannya bebanan"



errr. buat kali yang ketiga, Alhamdulillah.

Terima kasih Allah untuk semua teguran pada hari ini. Terima kasih kerana Kau masih memilih untuk memberikan teguran kepadaku. Untuk terus 'memanggil' diriku daripada hanyut dek kesibukan kehidupan duniaku.

Terima kasih Allah, Alhamdulillah.


MHZ,
Beyt SQ,
6 rejab 1435H
11.50pm

Monday, April 28, 2014

Mari Kita Kukuhkan Benteng Itu..



A016
Iblis berkata: 
"Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
A017
"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".

Ya. sumpahan Iblis itu sudah menjadi kenyataan!

Iblis dan syaitan pasti akan menggoda kita dari pelbagai arah, dari kanan, kiri, depan, belakang kecuali atas dan bawah.

Ia tidak dapat datang dari atas dan bawah kerana terdapat pertalian doa dan sujud yang mengikat seseorang hamba itu dengan Tuhannya dari 2 arah berkenaan.

Muhammad Lili Nur Aulia berkata di dalam bukunya,

" Aku perhatikan keimanan itu bak sebuah benteng yang melindungiku dari syaitan. 
Tapi pada dinding benteng itu terdapat lubang-lubang yang bisa dijadikan sela untuk masuknya syaitan. 
Lubang itu di antaranya adalah kesombongan yang mempunyai rongga-rongga yang nyaris tak terlihat.
 Seorang mukmin harus berwaspada terus menerus untuk menjaga bentengnya. 
Menutup semua lubang itu dengan teliti agar terlindungi dari datangnya syaitan."

T___T

Iblis merupakan makhluk yang sangt berpengalaman. Bayangkan dia sudah menggoda manusia dari keturunan Nabi Adam lagi, sehingga kepada cucu cicit Nabi Muhammad.

dan syaitan sangat mengerti bahawa, dia takkan mampu merobohkan benteng itu dengan mudah.

Mana mungkin dia menggoda orang beriman supaya meninggalkan solat?
Mana mungkin dia menggoda wanita beriman untuk menanggalkan tudungnya?
Mana mungkin dia menggoda pemuda beriman agar menderhakai orang tuanya?

Tetapi, berbisanya godaan syaitan, dia mampu membuatkan pemuda beriman meninggalkan khusyuk solatnya. Beerti, seseorang itu menunaikan solat, tetapi hanya sekadar untuk menggugurkan kewajipan, namun tidak hadir sebarang nikmat beribadah!

" Hati-hatilah kalian daripada kekhusyukan yang nifaq. 
Yakni bila tubuh seseorang secara lahir terlihat khusyu' tetapi hatinya tidak khusyu' " 
( Khuzaimah ibnu Yaman RA)

Juga bahayanya godaan syaitan, dia bisa membuatkan wanita beriman meinggalkan zikir hariannya, hanya kerana ingin menyelesaikan beberapa perkara duniawi.

Juga hebatnya penangan godaan syaitan, dia bisa membuatkan orang mukmin melupakan taubatnya kepada Allah dengan menganggap kehidupan sehariannya bersih dari dosa!

Nauzubillahmin zalik. Semoga Allah menjauhkan kita semua daripada godaan bisikan syaitan yang merosakkan.


Marah.

Ia juga merupakan salah satu perkara yang menjadi rongga-rongga yang merobohkan benteng itu.
Apabila marah menguasai diri, fikiran tidak mampu berfikir panjang lagi. Pasti akan terhambur kata-kata kasar yang bisa menyakitkan hati sesiapa yang mendengarnya.

Kemudian, persengketaan akan terjadi dan syaitan akan terus meniupkan bisikan-bisikan yang menghangatkan prsengketaan itu.

Nauzubillahmin zalik. Semoga Allah menjauhkan kita semua daripada godaan bisikan syaitan yang merosakkan.

Mahalkan marahmu. T_____T
Mari, kita kukuhkan benteng keimanan kita. 
Mari kita perbaiki dan sempurnakan solat kita.
Mari kita maknai setiap sujud-sujud kita.
Mari, kita benamkan kesombongan di hati-hati kita.
Mari, kita mahalkan harga kemarahan kita.

kerana,

" Makruh hukumnya bila seseorang mendirikan solat dalam keadaan malas" ( Ibnu Abbas RA)

T_____T

Maka, selamat bermujahadah semua!


Mari jadi kuat!
MHZ,
Beyt SQ,
9.45 pm

Tuesday, April 22, 2014

[Repost] Penulis Yang Disayang Tuhan



Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah dengan rahmatNya, masih lagi kita dapat meneruskan kehidupan di muka bumi ini, menghirup nafas dengan bebasnya, Alhamdulillah.

dan Alhamdulilah juga, saya baru sahaja selesai menghadiri Forum Pena Daie.
MasyaAllah, kagum dengan semangat penulis-penulis semua. Suatu masa dahulu, saya juga pernah berada di tempat kalian. Namun ketika itu, peluang untuk berbengkel/ berbicara mengenai penulisan sangat terhad. Selepas saya sudah menulis mengarut2, baru lah saya menyertai beberapa bengkel penulisan yang ada untuk memperbaiki mutu penulisan saya. Beruntunglah kalian!

dan di bawah ini saya re-post semula beberapa perkara yang saya pelajari di bengkel penulisan suatu masa dahulu, sebenarnya kebanyakan point-point di bawah ini sudah dikongsikan di dalam forum tadi, errr, tapi tak ape, semoga membantu dan selamat menulis!!

Mari, kita jadi Penulis yang disayang Tuhan :) Moga Allah memberkati setiap usaha kita, ameen.

***

Jika tentera di sempadan, bersenjatakan  M-16 di sisi,
Doktor di hospital bersama sthatescope dan picagarinya,
Guru di sekolah beserta marker dan kapurnya,
Penulis pula bersenjatakan pena dan dakwatnya..

Untuk memberikan kebaikan kepada umah sejagat...

Siapa kata menulis ini perkara remeh? Perkara yang dilakukan pabila ada waktu lapang?

Kerana bisanya pena ini, hingga membawa Syed Qutb ke tali gantung. Betapa berbisanya kesan penulisan beliau kepada masyarakat, sehingga menakutkan pihak musuh!

Lihat kesannya!

Pesan Pak Latib, "Penulis harus sentiasa fikirkan apakah faedah yang diperolehi oleh pembaca-pembaca daripada penulisannya!"

Menulis bukan kerana suka-suka. Bukan hanya untuk kepuasan penulis. Bukan setakat meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman. Bukan setakat itu! Bukan!

 Dunia ini, dengan penulisan, dakwah dapat disampaikan dengan meluas. Malah mungkin akan bertahan bertahun-tahun lamanya. Seperti tulisan Hamka, kitab-kitab sejarah dan falsafah. Boleh bayangkan dengan usaha yang sedikit ini, pahala akan mengalir hingga ke kubur, walaupun penulis sudah meninggal dunia.

" Ya Allah, dari manakah datangnya pahala ini?"

" Daripada usaha yang kamu kerjakan di dunia ketika hidupmu"

Boleh bayangkan tenang dan gembiranya sang penulis di dalam liang lahad beliau? Tapi, itu jika menulis perkara kebaikan. Boleh bayangkan pula jika penulisan itu berunsur keburukan? Mungkin sampai ke kubur dosa-dosa akan mengekorinya! Nauzubillahminzalik..

Jadi, jika kita hanya menulis untuk kepuasan penulis. Untuk diabadikan sebagai catatan hidup, penulisan tidak akan ke mana-mana. Pahala tidak akan diganda. Berbeza jika kita cuba  untuk menulis, dan mengajak orang lain membacanya, siapa tahu dengan usaha kecil ini akan menyantun hatinya? InsyaAllah~ :)

Sasterawan vs Sasterawang

Sasterawang, istilah yang pertama kali saya dengari dari mulut Cik Puan Azzah AR ketika bengkel penulisan tempoh hari.

Pernah saya terfikir, kenapa menulis harus berkira tentang duit? Kenapa penulisan harus dibukukan? Jika dibukukan, buku-buku bestseller pantas sahaja kehabisan stok. Sehinggakan saya terpaksa fotostat untuk membacanya. Fikir saya ilmu harus disampaikan, tak perlu berkira sangat jika ada sesiapa yang ingin mencetaknya. Tapi sekarang saya mengerti, dunia kini, tanpa duit kita takkan ke mana-mana.

Dakwah perlukan duit. Bukan hanya untuk meneruskan hidup perlukan duit, tapi untuk tidak membiarkan dakwah terus berkubur, perlukan dana yang besar! Malah, penulis juga punya keluarga untuk disara, perlukan makanan untuk dimakan, perlukan pakaian dan barang keperluan. Malah, perlukan duit untuk membayar tol, cukai, dan duit kereta. *dunia sekarang nak buang air pun kene bayar. Huuu*

Oleh itu, nampak sangat keperluan WANG dalam penyebaran dakwah. Dengan wang, boleh diadakan program-program kebaikan, majlis-majlis ilmu, konsert amal Palestine, dan lain-lain.

*Tips dari Cik Puan Azzah, lagi tebal sesuatu buku, lagi tinggi royalti yang akan diperolehi.huu*

Bahasa Melayu Tinggi vs Bahasa Melayu Rendah

Biasa kita dengar pasal bahasa arab tinggi kan? BMT bukanlah bahasa melankolik yang berbunga-bunga. BMT hanyalah bahasa Melayu yang kita belajar di sekolah. BM yang betul tatabahasa dan penggunaannya.

Ramai orang termasuk saya berfikir, jika menulis dengan BMT, penulisan akan menjadi skema dan bosan serta tidak 'basah' dan tidak sampai ke hati, tapi ini sebenarnya hanya akan berlaku jika penulis tidak pandai menggunakannya dengan baik.

Kenapa mesti menulis dengan BMT?

Kerana BMT akan kekal lama dan pasarannya meluas.

Bayangkan jika kita menulis dengan BMT, penulisan kita masih akan difahami sehingga berpuluh tahun akan datang. Tapi jika kita menulis dengan bahasa kelantan, maka hanya orang kelantan sahaja yang akan memahami penulisan kita. Bahasa kelantan pun barangkali tidak akan bertahan lama.

BMT juga senang diterjemah ke bahasa lain. Sebagai contoh, buku Umar Al-Khattab tulisan Pak Latib sudah diterjemah kepada bahasa Inggeris dan boleh dibaca oleh lebih ramai lapisan masyarakat. Lihat, bukankah dengan cara ini dakwah akan lebih tersebar luas? :)

Contohnya, perkataan kekasih. Jika zaman P. Ramlee dahulu menggelarnya mata air. Kemudian, dekad seterusnya menggelar kekasih sebagai makwe. Dunia berlalu lagi dan menggelarnya awek. Sekarang apa pula? Pelajar-pelajar di sekolah memanggil kekasih mereka cikaro. Baiklah, jika saya menulis dengan membahasakan kekasih sebagai awek. Sekarang kita semua tahu maknanya. Tetapi barangkali 20-40 tahun akan datang, perkataan awek sudah lapuk dek zaman! Mungkin tidak punya maksud lagi. Berlainan jika saya menulis menggunakan perkataan 'kekasih'. 50 tahun dahulu sehingga sekarang dan 50 tahun akan datang pasti semua orang faham akan maksudnya.  Jelas bukan?

Seorang penulis harus mempunyai jiwa sensitif. Seperti dai juga. Sensitif dengan pembaca dan persekitarannya. Dengan penulisan akan memandaikan bangsa. Jika masyarakat membaca tulisan yang tidak proper, mereka akan terikut-ikut untuk mengguna bahasa itu. Silap-silap tulisan SMS pun boleh ditulis dalam karangan SPM Bahasa Melayu. Mana la tak pening guru-guru di sekolah. Tanggungjawab penulis untuk memandaikan bangsa.

Dan sastera Islam itu, apabila pembaca membaca penulisannya, akan membawa dekat kepada TuhanNya, dan bukan sebaliknya.

Bagaimana Izzatul Islam (IZIS) dapat memanfaatkan bakat menyanyi mereka utk menyebarkan dakwah dan menaikkan hammasah (semangat) berjuang, seharusnya begitulah penulis-penulis harus memanfaatkan bakat dan tenaga mereka untuk menyebarkan kebaikan.

Kerana IZIS menyanyi bukan setakat dengan suara, tapi mereka menyanyi dengan dakwah dan cinta,
maka penulis sekalian, seharusnya bukan setakat menulis dengan pena, tetapi menulis dengan semangat jihad! Biiznillah~

Mari, kita kukuhkan hubungan kita dengan Tuhan.

Mari kita ambil cinta dari langit, dan sebarkan kebaikan kepada penduduk bumi.

Kuatkan hubunganmu, jaga solatmu, ikhlaskan niatmu, InsyaAllah Dia akan sentiasa disisimu, dan Dia akan memudahkan gerakan-gerakan tanganmu menulis berkarya untuk menyentuh hati-hati di luar sana, InsyaAllah! :)

**

Di sini saya sertakan beberapa laman web yang boleh dijadikan rujukan.
- untuk melihat tafsir Al-Quran, boleh refer http://www.islamgrid.gov.my/quran/terjemahan_ayat1.php
- untuk melihat keshahihah sesuatu hadith, boleh rujuk http://www.searchtruth.com/ , www.islamweb.net. 
atau boleh bertanya panel fiqh di http://www.alahkam.net/
-untuk mencari perkataan bahasa Melayu or mungkin nak tengok ejaan, boleh pulak pergi ke website:


p/s: Jika ada salah silap sepanjang penulisan saya, harap dimaafkan. Dan jika ada sebarang komen, sangat-sangat dipersilakan! :)

May Allah bless you all people!


MHZ,
bait SQ,
7.42pm

Saturday, March 29, 2014

Babai Inche Jahiliah


Mendaki ke arah redha Allah dengan membawa jahiliah yang banyak,
Heh, susah woo..


Usai pengisan Sayonara Jahiliah semalam.

Sayonara = Babai.. (selamat tinggal yang betul-betul takkan jumpa dah)
Jahiliah = al-Hawa (apa-apa sahaja yang bukan Islam)

Bismillah,

Ternyata melihat ketelusan wajah adik-adik itu, begitu meruntun hatiku. Betapa suatu masa dahulu, aku juga pernah berada di posisi yang sama seperti mereka. Ya, sama-sama  duduk bersila di bawah, sambil khusyuk mendengar dan menyalin nota.

Ya, berada di posisi yang sama seperti mereka, merasa sangat susah untuk membuang tabiat suka menonton/ marathon movie korea.


Jahiliah itu adalah apa-apa sahaja di sekelilingmu, atau yang berada di dalam dirimu yang bukan Islam.

Tinggalkan ia, kerana ia hanya menjadi beban.

Payah? Ye saya tahu ianya sangat payah. Kerna ia sudah mendarah daging, sebati dengan jiwa kita. Mana mungkin dapat ditinggalkan dengan mudah.

Sharing dari seorang ukhti,

"Apabila masih ada dalam diri kita, ibaratnya macam kita sedang mendaki bukit, tetapi membawa beg yang penuh muatan. Muatan barang-barang yang tidak diperlukan. Kita mendaki, tetapi dengan penuh kepayahan.

dan kita melihat, semua kawan-kawan kita sedang mendaki dengan riangnya, kerana beg mereka ringan tanpa muatan-muatan yang tak diperlukan.."

" Kita taknak, dalam kita tengah susah-payah mendaki bukit itu, rakan-rakan kita sudah sampai di puncak. Sudah sampai di syurga, sedang kita masih bertatih di bawah"

T_____T

Hangus.


" Jahiliah itu akan terus mengekori kita. Walaupun satu jahiliah sudah berjaya kita tinggalkan, ketahuilah bahawa akan datang Jahiliah Baru yang bakal menyerang kita"

Begitulah kehidupan ini. Kerana sunnatullahnya, hidup adalah satu perjuangan. Dan perjuangan ini hanya selesai tika kita sudah tidak bernafas lagi.

****

" Nama pena awak tak sedap la. Guna nama awak lagi sedap"

" Alaa kak, tapi susah nak jaga hati"

" Tukar nama pun tak semestinya dapat menjaga hati. Disebabkan itu awal amalan kita adalah ikhlas kepada Allah. Hanya ikhlas yang menyelamatkan, bukannya dengan menukar nama"


Adusshh!! Double hangus.


Ikhlas.

Lawannya Riak.

Itulah jahiliah baru yang sedang bertandang dan akan terus bertandang. Jika saya adalah seorang jutawan, ada 2 perkara yang ingin dibeli, biarlah ianya mahal sekalipun, iaitu ubat IKHLAS & SABAR.

Sesiapa yang tahu ada farmasi yang menjual ubat ini, sila pm saya ;P * Ini serius*



Ruaim bin Ahmad berkata,
" Ikhlas adalah engkau tidak menengok apa yang telah engkau kerjakan"

Abdullah bin Mubarak berkata:
" Kita fasih dalam berkata-kata, tetapi tidak fasih dalam berbuat"

Adeeyh.. Triple hangus.

(T_____T)


Hauna,
Beyt SQ,
2.45am
27 jamadil awal 1435H
29 Mac 2014

Friday, March 21, 2014

[Diari] Titipan Khas Buat Mereka


Honestly, saya tak reti nak ungkapkan dengan lisan,
my verb is with my writing..


Bangun dari tidur pagi tadi, tangan rajin nak scroll Fb. Tengok apa-apa update dari rakan-rakan mukabuku.

Banyak status mereka, cinta-cinta hati yang saya stalk. Masing-masing melaporkan tentang keadaan terkini masing-masing. Ada yang masih tidak percaya bahawa mereka sudah bergelar doktor.

Tak sangka tiba juga waktu yang suatu masa dahulu aku cukup takut ianya hadir.

Saat di mana tiada lagi kakak-kakak yang berada di bumi Mesir ini.


Minta maaf kakak-kakak sekalian, saya tak dapat nak hantar antum di airport. takpe, InsyAllah jika jodoh kita panjang, akan ketemu lagi di Malaysia. InsyaAllah.

Teringat perbualan dengan ukhti semalam, 

" Kita tak dapat nak tahan air mata. Tak sangka akan menangis juga masa hantar kakak-kakak tu dekat airport", ukhti itu mengadu kepadaku.

" Ouh. saya dah menangis semasa kakak-kakak ni naik pentas graduasi dulu. Cukup la. Saya dah berjaya immune kan hati saya sekarang. Tak tahu kenapa, tapi saya just rasa macam kakak-kakak ni balik Malaysia macam cuti summer je. balik sekejap je.." aku membalas.

Aku cuba korek jauh di dalam hati. yang kutemui adalah Rindu dan Kagum dengan mereka. Sesiapa yang mengenali mereka pasti akan tahu, betapa banyaknya masa dan harta yang telah mereka korbankan untuk menanam dan menyemai benih-benih tarbiah di muka bumi ini. Semoga Allah mengganjarinya dengan sebaik-baik pahala. 

Entah la. Tak tahu apa perasaan sekarang dah jadi 'kakak sulung' di Mesir ini. Moga Allah permudahkan semuanya, ameen.


Buat kakak-kakak RJ sekalian, 

Selamat menjadi doktor yang merawat ummat dengan kasih sayang. Semoga terus thabat menapaki jalan ini yang pasti urus di Malaysia mesti lagi deras. Terus mendoakan kami di sini. Terus mendoakan kesejahteraan Mesir dan seisinya.

Sejujurnya, saya sangat mencintai kalian kerana Allah, dan moga kelak kita dapat reunion di SyurgaNya, bergelak ketawa mengimbau kembali kenangan kita di bumi perjuangan ini.

Pasti, waktu itu akan tiba insyaAllah. Uhubbuki fillah. Terima kasih dan minta maaf untuk semuanya. Terima kasih kerana telah memaksa saya menjadi matang dalam hidup ni.. huuu..


Oh ye, nak bagi hadiah ni dekat semua, which is antum mesti akan ingat lagu ni sampai bila-bila kan?

It touch my heart, deeply. Moga terus saling berpesan di atas kebenaran dan kesabaran, ameen. 


"Tanya sama iman
Apa tanda sayang
Nanti jawab iman
Saling berpesan
Pesan kebenaran, penuh kesabaran
Jaga perasaan kerana Tuhan

Tanya pada hati, apa tanda iman
Nanti jawab hati, jaga pergaulan
Tundukkan pandangan, jeling-jeling jangan
Mahalkan senyuman kerana Tuhan

Tanya sama akal, apa erti malu
Nanti jawab akal, jaga auratmu
Labuhkan pakaian, jangan jarang2
Warna jangan terang, kerana Tuhan

Tanya sama hati, pernahkah merindu
Tiap kali doa, siapa disebutmu, 
Masa berjauhan akhawat dikenang
Bila difahamkan, itulah sayang "


Basal wa Thum, 2013


Sorry tak semua ada dalam gambar. Huk


Fi amanillah.

Love fillah, 
budak nakal, Mushe <3 o:p="">


beyt SQ,
11.00 am
21 mac 2014



Sunday, March 9, 2014

Pray For MH370



Alhamdulilllah Allah masih menyayangi kita semua.
dapat dibangkitkan dari tidur dalam keadaan yang sihat-sihat belaka. Oh mungkin ada yang selsema, batuk, kepenatan dll. Tapi takpe, kecil sahaja tu nak dibandingkan dengan saudara-saudara kita di Syira, Gaza yang entah menderita pelbagai jenis kesakitan.

Hari ini masuk hari kedua, Malaysia digemparkan dengan berita kehilangan MH370 Boieng 777.

Saya sendiri, speechless dengan apa yang berlaku.

Selama ini, saya selalu menaiki kapal terbang. Sampaikan mungkin dah boleh hafal item-item yang akan dibentangkan ketika taklimat keselamatan sebelum penerbangan.

Tetapi, Allah itu Maha Mengatur segala-galanya.

Pagi tadi, bangun dari tidur, terbaca whats app daripada group rakan-rakan sekolah. Salah seorang daripada mereka sedang mengambil Lesen Mechanical aviation di UK.

dan dia banyak bercerita tentang Mechanical Crew etc etc. Saya sejujurnya pertama kali mengetahui tentang ilmu baru ini. Selama ini selalu dok tengok cerita di televisyen sahaja, tetapi ternyata sekarang Allah menampakkannya di hadapan mata.

Khabarnya, pesawat boieng 777 itu antara kapal yang highly recommended dari segi ketahanan dan reliability dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang sangat lengkap. Dan jika berlaku apa-apa masalah, sepatutnya akan ada back-up power yang cover. Tak mungkin akan terhempas begitu sahaja.

Persoalan seterusnya, bagaimana MH370 boleh terus hilang signal tanpa first red alert (kebiasaannya jika ada apa-apa perkara buruk yang berlaku, kapal kekurangan tenaga etc, sepatutnya akan ada first red alert)


Dan sehingga sekarang, pelbagai spekulasi yang kedengaran.

Apabila saya berjalan-jalan di FB, terjumpa pelbagai berita tentang kejadian ini. Tetapi ada 1 perkara yang betul-betul menarik perhatian saya,


A065
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah memudahkan apa yang ada di bumi untuk kegunaan kamu, dan (demikian juga) kapal-kapal yang belayar di laut dengan perintahNya? Dan Ia pula menahan langit daripada runtuh menimpa bumi, kecuali dengan izinNya; sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihanNya dan rahmatNya kepada umat manusia.


Indeed! Allah yang menahan apa yg di langit daripada jatuh.

Tak kira Sama ada burung yang sedang terbang. Kapal terbang yang meluncur laju membelah awan atau pun sekadar layang-layang kanak-kanak 6 tahun yg berada di langit. 

Semua itu dlm pengawasan Allah. 

Pengawasan Allah.

Itulah yang utama.

Rupa-rupanya selama saya menaiki kapal terbang sebelum ini, hanya Allah yang menjaga supaya selamat pergi-balik dari mana-mana destinasi.

dan Pengawasan Allah itu ada di mana-mana sahaja.

Di tempat kerja, Office, hospital, taman permainan hatta di rumah atau di dalam bilik air.

Kerana banyak juga kes mereka yang cedera kerana tergelincir di dalam bilik air.

Muraqabah Allah. itu yang utama.

Rasakanlah bahawa Allah sentiasa mengawasi kita di setiap sudut. baik di hadapan, belakang, atas, bawah, kanan, dan kiri kita.

Sweet nya Allah. Rahmat Allah. Masih menjadikan kita, hambaNya yang lemah ini sentiasa dapat hidup sihat menjalani kehidupan seharian.

dan kemudian, tanyakan diri sendiri. apakah kita membalas rahmat Allah ini dengan sebaiknya? Membalasnya dengan menjadi hamba yang taat kepada arahanNya. Buat semua suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

InsyaAllah. Moga kita semua tergolong dalam kalangan mereka yang thabat di dalam ketaatan dan beramal di atas jalan ini. Ameen.

 Moga apa yang berlaku menjadi iktibar kepada kita semua.


#PrayForMH370


MHZ,
Beyt SQ,
10.35am.