Pages

Thursday, April 11, 2013

Kau Kena Kuat. Okay?




Ring..Ring...

Talian di sebelah bersambut.

" Salam. Sam. Kau free ke sekarang? Boleh aku spill something dekat kau? Please..aku tak jumpa lagi orang lain yang aku percaya selain kau," bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Farid.

"Sila la. Aku boleh bayang kusutnya muka kau dekat sana", Sam menjawab selamba.

"Thanks. Kau selalu macam ni kan?"

Farid tersenyum. Kelat. Mata melirik ke arah jam di dinding. 2.35 petang.

" Eyh, kau tengah buat apa tu? Sori main kacau je"

"Ermm, dekat kafe. Aku tengah makan. Aku lapar sangat sampai tak focus dalam kuliah"

"Then kau boleh bantai makan dekat kafe sekarang? Time orang lain dalam bilik kuliah? Haha..Kau memang hebat"

" Haish, tak payah nak perli sangat. Haaa, ape masalahnya sampai tak menyempat-nyempat ni?"

" Entah lah, aku tak tau kenapa. Tapi aku ingat aku dah cukup kuat untuk hadapi cabaran ni. Dulu Allah pernah uji aku dan aku tak sangka aku akan diuji lagi"

"Wait, jangan la macam tu. Ujian besar apa ni yang melanda kau?"

"Ujian HATI."

"....." 

Sam terdiam. Ujian hati ternyata memang antara ujian yang berat untuk di selesaikan. Tapi itu tidak mustahil. Kerana empunya hati sahaja yang merasainya. Dan penyelesaian perlu datang dari empunya diri yang mujahadah.

" Sakitnya hati ni. Susahnya nak jaga hati. Lately aku perasan yang hati aku dah tak terjaga, plus aku perasan je yang banyak pandangan mata aku yang khianat"

"ermmm..ok, then?"

" Syaitan tu jahat sangat. Dia tahu mana point yang aku lemah, dan dia attack dekat situ. Lelah aku nak hadapi semua ni"

" Sabar lah. bila jadi macam ni, sepatutnya kau kena lagi kuat. Kau kan dah pernah kena uji dulu. Sekarang ni lah masanya kita nak melawan syaitan dengan cool dan macho nya. Kita buktikan yang pisang takkan berbuah dua kali. Kau kena buktikan yang kau takkan tewas kali ni." 

" Kau cakap senang la Sam, aku yang kena uji"

"Sebab dulu kau pernah diuji la, dan kau tahu jalan keluar mana yang terbaik. Kan? "

"...."

Farid hanya terdiam.

" Aku tahu kau boleh. Aku tau kau dah pernah berjaya dulu. Dan aku yakin dengan kau"

" Tapi....sebab syaitan tahu mana lowest point aku la, aku takut aku tewas lagi"

"Kau tak cuba lagi kan? Then kau dah mengalah dulu?

"Aku...aku.... Aku takut aku kalah "

" Dah. Jangan macam ni. Buang semua pandangan negatif-negatif kau. Aku yakin dengan kau"

"........ Thanks you atas keyakinan kau. Aku cuba... Kau pun kena doakan aku selalu. "

" Sure. InsyaAllah. Even kita jarang berjumpa. Tapi InsyaAllah kita ketemu dalam doa.."

"Thanks sebab selalu ada dekat sisi aku.."

"Hey, tak payah la nak touching lebih-lebih ni. Kita kan dah kawan lama.."

Farid tersenyum lagi. Di dalam fikirannya berlegar-legar satu ayat Al-quran.

"Ok lah, Farid, kau dah ok ke? Aku nak kena masuk lecture hall balik ni.." Sam meminta izin.

"Kejap, nah hadiah untuk kau. Az-Zukhruf ayat 67. Thanks sahabat"

" No sweat. Doakan aku tak kena marah dengan lecturer aku."

"Haha.." Farid hanya tergelak.

"Ok, got to go, bye Assalamualaikum"

" Okay. All the best. Waalaikumussalam"

Talian dimatikan. Sam tersenyum sendiri. Sedar tak sedar kakinya sudah melangkah ke arah lecture hall.

"Farid...farid..dari dulu aku kenal kau, masih tak berubah. Walaupun ada masalah boleh bergelak lagi.. Aku tahu kau kuat. untuk semua ni.." monolog Sam seorang diri.

****

" Teman-teman karib itu pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, 
kecuali mereka yang bertaqwa.. " 

Az-Zukhruf: 67.

"Thanks sahabat. Aku cuba untuk kuat. Thanks sebab selalu nasihatkan aku. Aku nak reunion sama-sama dengan kau dekat syurga nanti boleh?" 

Dan Farid pun melabuhkan matanya. Melepaskan badannya di atas katil. Penat. Berperang dengan perasaan memang lelah dan menyakitkan.

"Tapi Alhamdulillah Allah masih anugerahkan aku insan yang sudi dengar semua masalah aku. Perbualan dengan kau, perbualan penuh motivasi dan santai. Dalam lawak-lawak kau pun aku boleh dapat sesuatu.  Thank you Allah"



p/s: Ini lah akibatnya bila ada banyak masa untuk ber blogging~ Tengah-tengah study pun tangan boleh menaip dekat keyboard.

This is not a good sign. *sigh*


bait SQ,
9.41 pm
# Ramadhan is coming. Allahumma balighna ramadhan. Ameen

Wednesday, April 10, 2013

They Need Your Help~




Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum wbt,

Based on Maslow’s Hierarchy Of Needs, generally to live well, people need all of these 5 basic human needs:


1- physiological (shelter, food, breathing sleep etc)

2- security
3- love
4- esteem
5- self actualization


Human basic needs


So, when seeing all of these basic things, I just want to add one more. RELIGION. 


We need religion and God to depends on. Alhamdulillah, I have Islam and Allah, throughout my life. InsyaAllah. And also Al-quran as guidance.


Okay, back to the topic, since I have the experience meeting with children in Gaza. I just want to share something, that I really want all of you to know this. 


3 signs of depression among children:


1. Night wetting (kencing malam)

2. Aggression among children- extremely violent
3. Low school achievement

and all of these things actually occurred in Gaza. Even though,  we see their children were very brave, facing the world. Facing the Israel armies, throwing stone to the tank (kereta kebal) , actually they have some depression.


Even, they afraid to go to the toilet, because they afraid when they come out from the toilet, their mother were not there. Or, they afraid if Israel bombing their house when they are in toilet.


Comparing with our children in Malaysia. We should thanks to Allah, that we have parents, family, house, even our children have their own money to buy their needs.


Children in Gaza, they don't need nothing more than that! They just want to proceed their life. In a meaningful ways.


"So, we bring the hope to children to life. They just want to have colorfulness memories. They already seen their brother and father killed in front of their eyes.


Syuhada', Allah is taking care of them.


But, we'll try our best to taking care of who is still alive."



Who is WE? 


They are Emaar Association. Amal centre. Basma Centre. for Development and Rehabilitation.


# Kebanyakan kanak-kanak di sini menjalani cochlear implantation dan sedang dalam pemulihan untuk boleh mendengar semua. Kebanyakan mereka kehilangan pendengaran ketika peperangan, mungkin disebabkan letupan kuat yang merosakkan gegendang telinga. 



kanak-kanak di Basma Centre. Namoak diorg sangat comel.
Tapi sebenarnya ada antara mereka yang bisu/ pekak.
Dan sekarang tgh menjalani speech and hearing therapy.


The Cochlear implant needs batteries to keep them working,
due to the siege these are hard to come by.
Please donate so that this child and others like him can keep hearing
Anak-anak Palestine yang cedera


Mereka yang syahid. Dalam kenangan rakan-rakan sekelas.
* Saya tak pernah terbayang benda ni akan jadi di Malaysia. Subhanallah*


Kerana rindu yang teramat, anak ini melukiskan 'badan' ibunya yg syahid,
supaya dapat dipeluk untuk tidur di malam hari.


Their children are MasyaAllah. *Thumbs up!*


*****


Di Manakah Abi (sila TEKAN untuk mendengar rakaman)


dalam damai teratak sepi

menjelma pertanyaan menyentak hati

bermainlah pilu sang isteri
membelai pipi permata suci

umi dimanakah abi
bergetarlah bibir mencari
perlukah kukisahkan apa yang terjadi
pada si kecil yang ingin mengerti
sayang abi kekasih umi
pergi mencari cinta ilahi

tidurlah sayang
dodoikan bersama
zikir mendamaikan
bangunmu esok menjadi pejuang
mujahid sepanjang zaman

@ KONSERT OPICK4PALESTINA

may Allah bless the little angels among us with great Iman.


Boleh saya pinjam semangat anda, wahai anak kecil yang hebat??



****


Betul la seperti yang saya expect, Israel tak pernah makan saman. Mereka sudah berjanji untuk tidak menyerang lagi tanah bumi Gaza selepas genjatan senjata berikutan Perang Hijjaratul Sijjin 14 November lepas.


Tapi, dunia digemparkan lagi dengan serangan Israel beberapa hari lalu, yang mengakibatkan kehilangan nyawa.


Dan 2 hari semalam (7 april 2013), gempar pula mengenai kumpulan Anonymous. Mereka menggodam website-website Israel dan menyebabkan huru-hara di pihak Israel.  Malah menyebabkan Israel mengalami kerugian besar. Tapi macam biasa la, Israel akan menafikan perkara ni. * senyum sinis*


So, bukan point nye saya nak minta kita menjadi ahli Anonymous, bukan.


Saya ingin menyeru kalian semua, membuka mata hati, untuk terus membantu dan menderma untuk mereka-mereka saudara kita di Palestine. Terutama untuk anak-anak kecil mereka.


Personally, tanah bumi Gaza. adalah penjara terbesar di muka bumi, yang menempatkan paling ramai 'banduan' yang beriman dan berilmu. Mereka dikepong di dalam Gaza, tidak dibenarkan keluar masuk sesuka hati. Malah beberapa perkara asas disekat.


Walaubagaimanapun, mereka tegar ke sekolah walaupun dalam keadaan dan keselamatan negara yang tidak menentu.


Malah, 96.3% daripada penduduk bumi Gaza adalah celik huruf. Susah nak jumpa mereke-mereka yang buta huruf di sana. Ini serius benar dan tidak tipu! *Kalau nak bandingkan dengan Malaysia? errr...*


Sejak kecil lagi, anak-anak kecil di sana sudah diajar akan kepentingan ilmu. Biar lah miskin dan tiada duit untuk membayar yuran tadika, itu tiada masalah, yang penting anak-anak mereka dapat belajar.


Oleh itu, untuk mereka yang ragu-ragu untuk menyumbang, takut sampai atau tidak wang yang kita dermakan, InsyaAllah saya menjamin satu laluan untuk anda semua.


Plus, saya sendiri masuk ke Gaza tempoh hari, dan nampak dengan mata sendiri ke mana semua wang hasil sumbangan rakyat Malaysia disalurkan.


Melalui AQSA SYARIF MALAYSIA, InsyaAllah wang yang anda dermakan itu akan sampai ke orang yang sepatutnya. Selain itu, mereka juga membuat beberapa projek di Gaza, demi membantu ekonomi saudara-saudara kita di sana.



Kolam Ikan


Sumbangan lampu solar


Kilang roti


gedung di mana barang-barang sumbangan disimpan, sebelum diagihkan kepada penerima
* dibelakang kami ada guni beras*


Cattle Farrm *serius besar lembu2 dkt sini!*
Oleh itu, bagi sesiapa yang punya wang lebih dan ingin menabung untuk tabung akhirat,
 sila rujuk pada gambar bawah ini.


Tak rugi punya isi tabung akhirat ni (^.^)v



Saya bukanlah dari mana-mana agent yang ingin mempromote Aqsa Syarif ini, tapi saya adalah manusia yang mahu terus melihat senyuman di bibir anak-anak kecil yang hebat itu.


PLEASE HELP TO KEEP THEM SMILING. 

SMILE LIKE US.


:)

p/s: Ramadhan is coming. 3 months to go. Allahumma balighna Ramadhan~ Ameen.



bait SQ,
7.54 pm
29 jamadil awal 1433H

Wednesday, April 3, 2013

Kita Semua Adalah HERO!





Ketahuilah manusia,

Sesungguhnya nafsu yang memerintahkan kejahatan itu lebih memusuhimu daripada iblis. Iblis dan syaitan hanyalah faktor external dan mereka menggoda kita dari luar, mereka hanya akan berjaya masuk ke dalam diri kita melalui pintu-pintu mazmumah. Syaitan hanyalah memperalatkan nafsu untuk menguasai manusia.

Watak nafsu adalah sukakan permainan, berlengah-lengah, suka bermalasan, dan tidak suka merasa susah. Setiap rayuannya adalah batil dan palsu belaka. Jika kita menuruti rayuannya, maka hancurlah kita! Jika kita lambat melawannya, maka kita tentu akan tenggelam.

Nafsu tak pernah menuju ke arah kebaikan. Nafsu adalah sumber bencana. Dialah markas tempat Iblis bersarang dan menghasut kita. Maka, sesungguhnya,

Jika seorang hamba itu merenungi dan muhasabah semula umur-umurnya, dan berfikir untuk mencari akhirat, maka itu lagi baik daripada ibadah setahun.

" Berfikir sesaat lebih baik daripada ibadah setahun"

Maka, orang yang bijak akan segera bertaubat atas dosa yang lalu dan mencari keselamatan di akhirat. Orang yang berakal akan memutuskan angan-angan duniawi, segera bertaubat, mengingati Allah, sabar dari menuruti nafsu dan tidak menuruti hasutan syaitan.

Mari kita ambil banyak contoh daripada Rasul Saw, para sahabat dan tabiin terdahulu.

Diceritakan Malik Bin Dinar, seorang tabiin yang sangat thiqah (dipercayai). Beliau menahan nafsunya sampai ke saat akhir ajal beliau. Diceritakan ketika beliau sedang nazak menghadapi mautnya, dia teringinkan segelas madu, susu dan dimakan dengan roti panas. Maka, pelayannya segera menyiapkannya. Kemudian Malik mengambil gelas dan memandanginya seraya berkata " Wahai nafsu, engkau telah bersabar selama 30 tahun, padahal tinggal sesaat lagi umurmu". Maka dia membuang gelas itu daripada tangannya dan menahan nafsunya sehingga beliau meninggal dunia.

Nabi Sulaiman AS berkata:

"Sesungguhnya memerangi nafsu itu lebih sulit daripada membuka sebuah kota bersendirian"

Tengoklah betapa perumpamaan menjaga nafsu ini sangatlah rumit dan mujahadah.


Yahya b Muaz Ar Razi berkata:

Perangilah nafsumu dengan taat dan latihan rohani. Latihan itu adalah mengurangi tidur, makan dan bercakap. Sedikit tidur akan menyucikan hati, sedikit bercakap akan selamat daripada bencana. Bahkan sedikit makan dapat menundukkan syahwat. Dan cahaya hikmah adalah lapar. Serta kenyang dapat menjauhkan diri daripada Allah taala.


Sabda Rasulullah saw,

"Terangilah hatimu dengan berlapar. Perangilah nafsumu dengan lapar dan haus. Serta sentiasalah mengetuk pintu Syurga dengan lapar. Sesungguhnya pahala demikian ibarat pahala pahlawan yang membela agama Allah. Dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih disukai oleh Allah daripada lapar dan haus. Tidak akan masuk ke kerajaan langit orang yang memenuhi perutnya dan kehilangan lazatnya beribadah"

ouchhh!! sentap!! T_______T

Inilah antara hikmah berpuasa. Dengan berpuasa, kita mengurangi makan. Maka nafsu akan berjaya ditundukkan. So, hati akan lebih banyak mendengar nasihat daripada AKAL, berbanding arahan daripada Nafsu. Dengan syarat Akalnya waras dan dididik dengan ilmu agama.

Berpuasa mendekatkan diri kepada TAQWA



Selalunya,
bila terlambat bangun tidur untuk sahur, maka akhirnya aku terus tak puasa.
bila terlambat bangun subuh, then akan tertidur semula selepas solat subuh,
bila ada jamuan makan-makan dan aku makan semuanya dengan semangat,
bila selera makan memuncak dan aku membeli banyak jenis makanan untuk memuaskan nafsu makan,
bila sale 70% dan aku berbelanja macam nak rak..


I feel like a loser. L.O.S.E.R...!

Nafsu yang tak pernah puas ini pun aku turutkan?
hinanya aku kerana mencari dunia.

Nafsu adalah berhala. Ingat! barangsiapa yang menurutinya, bererti ia menyembah berhala. Orang yang menyembah Allah, dialah mampu menahan nafsunya.

Allah, mata pedih masuk habuk~ T___________________T



Abu bakar as-siddiq RA berkata,

"Aku tidak pernah semenjak aku masuk Islam agar ditemukan lazatnya beribadah kepada Allah. Dan aku tidak pernah minum puas semenjak masuk Islam kerana rindu bertemu dengan Tuhanku. Ini kerana banyak makan akan sedikit beribadah. Sesungguhnya jika orang banyak makan beratlah badannya, mengantuk dan lemahlah anggota badannya sehingga tidak membuahkan sesuatu. Dia tidur melulu bagaikan bangkai terbuang"

aduh, siapa yang potong bawang ni?? T______T


Dulu masa pertama kali aku mendengar perihal nasihat untuk menyikitkan makan, aku tak ambil peduli. sebab aku tahu perut manusia berbagai jenis. Ada yang metabolismanya tinggi, maka beliau perlu makan banyak. Ada yang memang metabolismanya rendah, so separuh pinggan sudah mengenyangkannya.

Tapi aku sedar sesuatu hari ini, YA, kalau kita banyak makan, maka badan akan malas dan susah untuk membuat kebaikan. Lagilah bila selepas makan, terus tidur, maka possibility untuk bangun qiam itu sangat rendah. Tapi tak mustahil.


Rasulullah pernah bersabda,

"Janganlah engkau membunuh hati dengan banyak makan dan tidur. Sesungguhnya hati akan mati bagaikan tanaman jika digenangi air."

Sesiapa yang pernah menanam pokok mesti tahu teori ini. Pokok memerlukan air untuk hidup. Dan baja untuk membesar dengan subur. Tetapi, jika berlebihan air dan baja itu. maka akan merosakkanya pula.

Begitu juga dengan badan manusia. Tak dinafikan kita perlu untuk makan, minum dan tidur, untuk kecerdasan aktiviti seharian kita. Tetapi jika makan berlebihan, akan gemuk dan obesiti. Jika tidur berlebihan akan malas dan kurang productivity.

Setiap benda ada pertengahannya. Perlukan keseimbangan.


Jadi, kesimpulannya, kita kena menjaga diri kita dari melakukan perkara-perkara mazmumah, even sekecil-kecil benda. Kerana daripadanya. syaitan dapat masuk ke dalam diri kita dan menggoda-goda nafsu kita.

Syaitan dan Iblis ni, depa dah hidup dari zaman Nabi Adam lagi, so nak dibandingkan dengan kita, pengalaman mereka sangat banyak. So, jangalah kita rasa kita dapat memperdayakan Iblis, takut-takut kita yang terpedaya.

Kita yang marhaen ni, better mencegah daripada merawat. kan?


Orang yang BERJAYA di mata Allah, bukanlah orang yang dapat Dean list setiap tahun, bukanlah orang yang dapat pingat daripada sultan. Tapi, orang yang BERJAYA di mata Allah adalah orang yang berjaya mengawal nafsunya dan dapat menjadi hamba yang patuh. Untuk mereka disediakan Syurga Firdausi. Maka, beruntunglah orang mukmin yang berjaya itu. ( Surah al-Mu'minun: 1-10) * Sila refer terjemahannya*

Tak cemburu ke??


Jom kita cuba mujahadah melawan nafsu kita, sebab kita pun nak merasa Syurga tertinggi tu kan? InsyaAllah~


Plus, kita semua manusia Allah bekalkan dengan Akal, Aqidah dan Hati untuk membuat perhitungan.

Antara kebaikan dan keburukan. Mesti kita dapat bezakan.


Sebab kita semua kan SUPERHERO? ('',) Mari melawan dengan cool dan bergaya. !


Take care people~ (^.^)v

p/s: Doakan kami nak exam 4, 7, dan 15 April ni. Cuak. Sebab kena exam time orang lain tak exam...~

=.=

p/ssss: Start counting. Ramadhan is just 99 days from now. Allahumma balighna Ramadhan~


** Sumber: Penenang Jiwa, Imam Ghazali.


bait SQ,
7.51 pm
22 jamadil awal 1434H

Wednesday, March 27, 2013

Kanak-Kanak Itu


Aku menoleh ke hadapan. Sesusuk tubuh kecil itu menggusik perhatianku. Kulihat dia berjalan lambat-lambat, keluar dari sebuah bilik. Paedatric Renal Dialysis Room. Aku membaca papan tanda di pintu.

Aku semakin tertarik melihat tubuh kecil itu. Dia berjalan hinjut-hinjut. Lagak penguin ketika berjalan. Kepalanya terteleng-teleng. Macam gaya orang yang pening." Haish, kot pun jangan la jalan pelik-pelik. Risau aku yang tengok budak ni", kata hati berbisik.

Lama aku mengamatinya. Kulihat kanak-kanak itu seolah-oleh berjalan kepadaku. Daripada saiz badannya, aku agak dia mungkin berumur sekitar 5-6 tahun.

Paedatric Renal Dialysis Room
Tiba-tiba kanak-kanak ini tersenyum. Aku senyum kembali. Tetapi ternyata sangkaanku meleset. Bukan kepada diriku senyuman manis itu. Kerana kepalanya langsung tidak tertoleh kepadaku.

Lalu, seorang doktor perempuan muda menuju ke arah kanak-kanak itu. Mereka berbalas senyuman.  "Mesti dah lama kenal ni", agakku sambil melihat mereka mesra bersembang.

"Mesyi, husy gowwa," (Baiklah, masuk semula ke sana)
" Aiwah dukturah" (baik doktor)

Dan perbualan doktor dan kanak-kanak itu berhenti. Kanak-kanak itu berpaling ke belakang dan melangkah semula masuk ke bilik itu. Aku cepat-cepat mengejar doktor perempuan tadi, perasaan ingin tahu menguasai diri.

" Dukturah, actually what happened to her? I mean what disease underlying her condition now?"

" Ouh, she is now in last stage of chronic renal disease. "

"Ooo. Whay her gait is like that? "

" Because in last stage of renal disease, there is hypocalcaemia and hyperphosphataemia. So, the calcium is transfering from bone to the circulation. In long standing, it will lead to this deformity. You can see that she is walking like ricket's patient"

" Ouh, so that you means that she has bow leg?"

"Yes!"

"Ok, syukran dukturah"

"Afwan"

Dan doktor itu berlalu pergi. Banyak tugasan menanti beliau barangkali.

" Padan la aku nampak budak tu jalan semacam je".

***

Ya Allah, umur 6 tahun dan sekarang dah last stage of renal disease.

MasyaAllah hebatnya budak itu. Mesti hebat orangnya, kanak-kanak yg diuji Allah dengan ujian seberat ini.
 Tanpa mengeluh dan menyalahkan takdir.

Nak dibandingkan dengan aku, alhamdulillah tika umur ini Allah masih meminjamkan kesihatan yang baik. Tiada mana-mana organ yang rosak. Cuma demam sekali sekala sahaja. Itu pun aku kadang-kadang masih mengeluh, dan merasakan kehidupan ini sangat penat dan letih.

Saya rasa cukup letih untuk berhadapan dengan buku-buku, ragam manusia, ragam doktor-doktor, karenah pesakit. Tidak termasuk hujung minggu dengan konferens riand dan sebagainya. Saya cukup stress bila tak dapat berbahasa arab dengan baik ketika mengambil history pesakit. Langguage barrier ni menyebabkan history taking saya tidak lengkap, malah menyusahkan saya untuk men-diagnose penyakit mereka. Kadang-kadang sakitnya simple je, tp disebabkan kelemahan saya, perkara ini terasa sangat susah bagi saya. Ditambah lagi dengan doktor dan professor yang menekan-nekan.

Pernah sampai satu tahap saya ingin drop study medic ni. Sedangkan hanya berbaki setahun lebih sebelum grad. Entah la, ditambah dengan 24 jam yang seperti tidak cukup tangan menanganinya. Kadang-kadang buat saya menangis dalam gembira. Dan pedihnya perasaan ini ibarat ditambah garam bila melihat kawan-kawan lain seronok sahaja dan punya banyak masa lapang untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran. Malah ada yang sempat menonton movie, marathon siap! Errk.

Aku tak nafikan kerja dakwah dan tarbiah ini tak pernah habis, dan takkan habis kerana banyak fasad yang perlu dibaiki. Kerehatan seorang daie itu umpama kerugian bagi ummat. Dan aku sangat yakin tempat rehat hanyalah di syurga sana.

Pasti aku tidak akan menyalahkan dakwah dan tarbiah atas kesibukan masa ini. Cuma khilafku yang tak pandai menyusun masa dengan baik.

Sampai aku lupa bahawa, ada lagi manusia yang lagi menderita daripadaku. Budak ini hampir setiap hari terpaksa berperang dengan ubat-ubatan, suntikan, renal dialysis, bau hospital yang menyengat dan mungkin banyak lagi penderitaan yang tidak tersenarai. Tapi beliau masih tabah dan gagah. Ikutkan logik akal, berapa lama lagi hayat beliau mampu bertahan. Jika bernasib baik, mungkin boleh bertahan 5 tahun. Tapi itupun hidup dengan ubat dan dialysis sampai mati. Jalan terbaik hanyalah renal transplantation, tapi pasti memakan belanja yang banyak.

" Untuk terus menjadi orang yang bersyukur, kita kena tengok susahnya orang di bawah kita"


T________T




teringt kata2 ISHAB: org yg bijak adalah orang yang mengolah seni kematiannya..

jom jadi org bijak!

* Oh Allah, Indahnya tarbiah Allah di depan mata ini.
* Moga aku sentiasa menjadi orang yang bersyukur dan memanifestasinya dengan amalan dan bekerja. (Surah Saba: 13)
* Lately banyak dengar khabar kematian. Genap 7 org. Mereka yang Allah panggil bukannya yg tua-tua. malah muda-muda belaka. cuma beza umur setahun daripada saya. Kalau la Allah jemput aku sekarang, cukup ke amalan yg nak dipersembahkan nanti? T_______T

bait SQ,
5.43 am


Saturday, March 16, 2013

Seiring Sehaluan




p/sss: Ini hanyalah luahan hati seseorang. Tiada kepentingan untuk dibaca. hanya sebagai kenangan di hari tua~ hehe  (",)v


Ukhti A: Ukhti, datang tak program Basal wa thum esok?
Ukhti B: Macam nama sayur je. Program apa tu?
Ukhti A: Alaaa.. tak tahu ke? program ala-ala girls day out. Bawang merah bawang putih :)
Ukhti B: oh, yang kena pakai warna pink tu. InsyaAllah, kita jumpa di sana!

 ******

Mari akhawat semua, jom kita menyanyi NASYID ini bersama-sama...

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar


Masing-masing mengambil tempat. Yang mulut masih mengunyah makanan tengahari, terus menghabiskan suapan terakhir. Yang sedang membasuh tangan, dipercepatkan pergerakannya supaya dapat turut serta menyanyikan bersama-sama lagu tema ini. Yang berada di luar dewan, terkocoh-kocoh memasuki dewan.


Hari yang indah
Senyuman pertama
Hulurkan salam ukhwah kita

Berpesan mengingati
Dituntut agama
Kita bagaikan satu keluarga

Silaturrahim ini tak akan terpisah
Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat


Ukhti A melihat ukhti B berdiri berseorangan. Terkial-kial Ukhti B menyanyi lagu ini, berserta lirik yang terpampang di hadapan. Ukhti A tersenyum sendiri. Dia berjalan menerpa ke arah ukhti B dari belakang. Tangannya disilangkan pada lengan ukhti B. Tertoleh ukhti B untuk melihat siapa gerangan di sebelahnya dan pandangan mereka berlaga. Spontan, senyuman mereka menguntum.



Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Demi satu kejayaan
Perlu pengorbanan
Keazaman juga ketabahan

Inilah kehidupan menuntut kesungguhan
Tak semudah indahnya khayalan
Silaturrahim ini tak akan terpisah
Berbahagia untuk selamanya InsyaAllah


Ukhti A: Sepanjang kita berada dalam jalan tarbiah ni, tak pernah sangka akan melihat daurah kita ada majlis pembukaan, ada persembahan, duduk dalam dewan yang charming ni dengan akhwat-akhwat yang comel-comel.

Ukhti B: Well, memang dakwah ni Allah yang punya. Dengan kuasa Dia kita merasai nikmatnya berada di jalan ni, dan manisnya ukhwah ini.


Ukhti A: Dan tak pernah sangka dakwah kita yang dulu yang bermula dengan beberapa bulatan kecil sahaja, tapi sekarang dah banyak muka-muka baru yang kita pun tak habis kenal lagi. Tak pernah sangka juga dahulu daurah kita, harus buat dalam keadaan tertutup. Tetapi sekarang dah boleh dibuat di tempat umum macam ni.


Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah
Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah



Pegangan tangan mereka semakin erat. Suasana syahdu terasa apabila menyanyikan lagu ini bersama-sama akhwat semua. Menariknya lagu ini bukan setakat pada lirik lagunya, tetapi juga dengan wajah tulus dan ceria akhwat di kiri dan kanan. 

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar

Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah


Dan genggaman tangan mereka semakin erat. Bergenang kelopak mata mengingati manisnya jalan yang Allah pertemukan mereka. Jika bukan kerana rahmat Allah, tak mungkin mereka semua akan bersama-sama di dalam dewan ini. Dan genggaman tangan itu akan bersama-sama sampai ke syurgaNya. InsyaAllah~






# Sebak. Macam mana jika mereka-mereka chenta hati sudah pulang?
# Pasti akan merindui jalan ini. Merindui akhawat solehah yang berada di sisi ini.
# Alhamdulillah atas semua nikmat ini. Maka nikmat apakah yang kau dustai??
# Basal wa Thum. Agar bidadari syurga mencemburuimu.. Sentiasa dalam ingatan. Moga Allah beri kekuatan untuk mempraktikkannya~ Ameen.



bait SQ,
11.50pm
15 Mac 2013


Wednesday, March 13, 2013

Orang Muslim dan Pohon Kurma





قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ الشَّجَرِ شَجَرَةً لَا يَسْقُطُ وَرَقُهَا وَإِنَّهَا مَثَلُ 

الْمُسْلِمِ فَحَدِّثُونِي مَا هِيَ فَوَقَعَ النَّاسُ فِي شَجَرِ الْبَوَادِي قَالَ عَبْدُ اللَّهِ وَوَقَعَ فِي نَفْسِي أَنَّهَا 

النَّخْلَةُ فَاسْتَحْيَيْتُ ثُمَّ قَالُوا حَدِّثْنَا مَا هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ هِيَ النَّخْلَةُ

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya ada di antara pepohonan, satu pohon yang tidak gugur daunnya. Pohon ini seperti seorang muslim, maka sebutkanlah kepadaku apa pohon tersebut?” Lalu orang menerka-nerka pepohonan wadhi. Abdullah Berkata: “Lalu terbesit dalam diriku, pohon itu adalah pohon kurma, namun aku malu mengungkapkannya.” Kemudian mereka berkata: “Wahai Rasulullah beri tahukanlah kami pohon apa itu?” Lalu beliau menjawab: “ia adalah pohon kurma.”


Pohon kurma dianggap sebagai pohon keimanan. Akarnya diumpamakan seperti Aqidah dan rukun iman. Buahnya merupakan kebahagiaan dunia dan akhirat. Pohon yang bagus akan menghasilkan buah.
Dan perumpamaan buah bagi orang muslim adalah amal-amal soleh yang dihasilkan.

Begitu juga IMAN. Jika seseorang itu beriman dengan sebenar-benarnya, imannya akan sentiasa mencambah di dalah hati dan menghasilkan amal-amal soleh. ( dan bukannya hanya iman mencanak naik tanpa penambahan amalan soleh).

Semakin tinggi sesuatu pokok itu, semakin dalam akarnya mencengkam tanah dan semakin kukuh tegaknya di muka bumi ini.

Iman juga, semakin dalam kepercayaan dan Taqwa nya kepada Allah, sepatutnya semakin banyak 'buah' nya. dan semakin tinggi pengantungannya kepada Ilahi.



1. Pohon kurma mempunyai barakah di setiap bahagiannya. ( Dahan, pelepah, buah, batang, akar dll)

Buah kurma boleh dimakan. menghilangkan penat dan lelah. Buahnya sedap dijamah ketika berbuka puasa. Pelepahnya boleh dijadikan atap, memberi teduhan kepada mereka yang memerlukan. Batangnya boleh dijadikan titi, tiang rumah dan juga boleh dijadikan sampan atau kapal. * kan?*

MasyaAllah, banyak sungguh manfaat yang boleh diperolehi. Malah, ini tidak terhad ketika pohon kurma tu masih hidup, malah setelah mati juga boleh dimanfaatkan lagi. *Teringat saya soalan karangan Bahasa Melayu UPSR. Senaraikan 50 kegunaan Pokok Kelapa??.* hehe


أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللهُ مَثَلاً كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَآءِ 

تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللهُ اْلأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Rabbnya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.” (Surah Ibrahim: 24-25)


Itulah perumpamaan untuk orang  muslim. Dari setiap bahagian dirinya boleh memberi kebaikan kepada orang ramai. Tidak kira dalam bentuk tenaga, pengajaran ilmu, harta dan lain-lain lagi.

Malah, ada antara bekal yang boleh membawa kita saham walaupun sudah tiada di muka bumi ini. Begitu juga pohon kurma yang sudah mati. Sudah layu daunnya tetapi batangnya masih boleh memberi kebaikan.

Itu sumbangan sebatang pohon kurma, apa pula sumbangan manusia seperti kita? Yang Allah naikkan darjat kita manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Tanya semula diri sendiri, apakah kelebihan yang boleh aku sumbangkan?

Harta boleh di infa' kan. Buat bekalan amalan jariah yang tidak terputus selepas mati. Ilmu boleh diajari kepada orang ramai, walaupun cuma sedikit. Kemahiran menulis, mengedit gambar, menangkap gambar, membuat video dan lain-lain boleh disumbangkan ke arah dakwah islam dan kebaikan. Biarlah karya kita mampu menyentuh hati-hati manusia walapun jasad kita sudah tiada di bumi yang fana ini.

Semangat! ya, jika tiada apa-apa yang boleh diberikan, sumbangkanlah semangat(hammasah) anda. Bagi menyemarakkan semangat orang di sekeliling kita. Pengalaman kita dapat membesarkan orang, kerana ramai manusia belajar daripada pengalaman hidup orang lain.

" Hidup kita di dunia ini, bukan untuk kepentingan peribadi sahaja, Kerana kita hidup di samping manusia. Maka hidup kita untuk meyumbang kepada orang lain."

2. Pohon kurma tidak tumbuh di semua jenis tanah.

Cuba kita lihat, banyak ke pohon kurma yang ditanam di Malaysia, bumi khatulistiwa? jika dibanding dengan tumbuh segarnya pohon itu di negara-negara arab? mengapa?

Kerana pohon kurma memerlukan tanah yang sesuai untuknya. Begitu juga denga iman, ia tidak tumbuh di semua jenis hati. Hanya hati yang lapang dan betul-betul bersedia untuk menerima kebaikan sahaja yang boleh menumbuhkan benih iman. Mana mungkin iman yang suci mampu tumbuh di hati yang gelap gelita?


3. Pohon kurma tidak bercampur dengan pohon-pohon asing yang lain.

Boleh anda bayangkan sebuah kebun pohon kurma. Ada ke di celah-celahnya pohon durian, rambutan atau manggis? tidak ada! kerana jika pokok lain tumbuh di sisinya, ia akan menganggu pertumbuhan dan melahirkan persaingan.

Begitu juga dengan orang mukmin, hati yang baik tidak boleh bercampur dengan anasir yang tidak baik. Positif jika bertembung dengan negatif, hasilnya hanya akan melemahkan iman. Daripada berniat baik untuk bersedekah, terus saja nafsu dan syitan menghasut untuk tidak mendermakan duit, takut menjadi miskin.

Muhasabah semula hati kita, jika kita dapati ada anasir-anasir negatif bermaharajalela di dalam hati, cabutkan terus, supaya dia tidak menganggu kebaikan positif untuk membuat kebaikan.


4. Pohon kurma akan menghasilkan buah kurma setiap masa dan keadaaan.

Ketahuilah bahawa pohon kurma menghasilkan buahnya setiap masa, bukan ketika musim panas sahaja, tetapi juga ketika musim sejuk. (dan bukan ketika ramadhan sahaja ye!!)

Amalan orang mukmin haruslah istiqamah dan berterusan setiap masa, bukannya bermusim-musim. Bukan ketika Ramadhan sahajan iman mencanak naik, tetapi dalam bulan lain iman merudum jatuh, bukan!!

Kerana buah iman itu harus terhasil setiap masa seperti terhasilnya buah kurma setiap masa dan keadaan. Dan juga amalan itu sepatutnya TERBAIK setiap masa.





InsyaAllah. Semoga kita mampu menjadi sebaik-baik 'pohon kurma' dan dapat menghasilkan 'kurma' yang terbaik setiap masa. Ameen Ya Allah.

" Apabila Allah memberikan kebaikan kepada seseorang, diberikan kepadanya kefahaman di dalam agama"

p/s: hati-hati di negara orang. :)

take care people~



bait amru,
9.15 pm

Saturday, February 23, 2013

Paediatrics


Sekarang saya tengah posting Paediatrics. Setiap hari ke hospital mesti akan terasa sesuatu.....

Erm, tabahnya melihat ibu-ibu di sini. Di samping mereka mesti ada anak mereka yang sakit. Sakit pun macam-macam. Ada yang sakit bronchial asthma, cerebral palsy, rickets, short stature, thalasemia dan macam-macam lagi penyakit pelik. 

Biasalah budak-budak sakit, ragam mesti macam-macam. Ada yang menangis la. Seorang tu tergolek-golek atas katil. Seorang pula tak mahu makan ubat dan sebagainya.

Ada seorang ibu di sini, dua orang anaknya sakit. Si abang berumur 13 tahun, tapi ketinggiannya hanyalah 132cm. Sekali pandang macam budak darjah 3 sahaja. Si abang disahkan menghidap G-6-PD disease. Dimana beliau tiada satu enzyme penting di dalam badan,ebzyme yang bertanggungjawab untuk menjaga kestabilan sel darah merah daripada pecah atau mati sebelum 'ajal' nya. Jadi, sel darah merah akan fragile dan cepat mati.

Si adik pula, berumur 5 tahun tapi kelihatan seperti kanak-kanak 3 tahun. Doktor mengkhabarkan bahawa injap jantung si adik lemah, jadi darah tidak dapat dipam dengan baik ke seluruh bahagian badan. 

Dan si ibu hanya tersenyum dan melayan karenah kami, budak baru belajar ni dengan baik. Si ibu menjawab semua soalan yang kami ajukan dengan baik. Tabahnya melihat beliau dikelilingi 2 orang anak yang sakit dan masih boleh melayan anak-anak itu dengan senyuman.


Tabahnya menjadi seorang ibu, anak buat macam mana pun, masih boleh tersenyum dan melayan karenah anak-anak dengan cool dan bergaya.

Kalau la ada budak-budak kecik menangis menjerit dekat tepi telinga saya, mesti saya dah emo.

Buat ibu-ibu di luar sana, dan juga bakal ibu, saya salute dengan anda semua. Pastikan didiklah anak-anak anda dengan didikan agama sejak kecil lagi. 


p/s: Padan la jodoh tak sampai lagi, sebab Allah tahu sebenarnya saya tak bersedia pun nak menggalas tanggungjawab besar ni. Moga Allah tetapkan yang terbaik~ Ameen.


bait SQ,
10.25pm