Pages

Monday, July 8, 2013

Power of The Voice




Shafrina dan Elina melepaskan pandangan mereka ke jalan raya. Aduh! Ni mesti sebab jalan raya kena tutup, semua jalan pun sesak. Orang dekat Mesir ni bukan boleh percaya, jalan sempit pun nak berasak-asak juga.

Mereka dah menunggu bas hampir 10 minit. Tapi bayang bas pun tak kelihatan.

" Kau tahu, satu benda yang aku baru realize. Aku tak tahu kenapa selama ni aku doubt pasal benda ni." , Shafrina memecahkan bisu antara mereka.

"Hurm??" Elina angkat kening. Terbayang muka kepenatan di wajah mereka berdua.

" Semalam, aku naik bas, bas tu lalu dekat Medan Rabaah, betul-betul dekat dengan tempat perhimpunan penyokong Morsy. Aku dah cuak, bas ni biar betul. Takkan dia nak ke Medan Rabaah yang tengah 'hot' tu. Alih-alih dekat simpang nak masuk rabaah tu, bas tu belok kanan. Dan ramai-ramai lelaki arab dan perempuan-perempuan yang pakai jubah hitam dan purdah turun bas, sambil bawak bendera Mesir . Semua semangat nak pergi join dekat Medan Rabaah tu."

" At that time, aku terasa! Naif nya aku selama ni. Aku ingat yang menyokong Morsy semua pakcik-pakcik arab yang thiqah je. Yang ada janggut bagai. Tapi rupa-rupanya yang bersama Morsy tu dari semua jenis manusia. Dari yang kita nampak biasa-biasa je,pakai jeans, T-shirt buruk-buruk,  rupanya dalam hati bersama haq"

"BEtul! aku pun pernah jumpa orang macam tu" Elina menyampuk.

"And peristiwa tu bagi aku tamparan besar. Aku selalu terfikir, diorang berkumpul ramai-ramai ni, ada hasil ke? Seolah-olah diorang menyerah diri kepada kematian. Kumpul ramai-ramai, maunya tentera bom kawasan tu, tak ke sia-sia nyawa semua?

Tapi aku sedar yang Suara tu membunuh! Ayah aku cakap, orang yang pandai ni, dia serang dengan psychology je. Serangan psychology tu lagi sakit dan menderita dari serangan physically", Shafrina menyambung.

" Betul! Emotional torture tu sakit", balas Elina sambil mengangguk.

" Aah.. Macam orang Ikhwan la bila pejabat IM dibakar. Diorang kata " fikrah kami bukan di pejabat-pejabat kami, tapi fikrah kami dalam dada kami, mengalir bersama-sama darah kami". Kan Osem!".

Shafrina nampak semangat bercerita. Mata dia bersinar-sinar.

" Tapi, satu yang ayah aku cakap buat aku tertusuk..Ayah cakap, Macam hafiz al-quran la. Diorang boleh cakap, bakar lah Al-quran kami, kerana isinya ada di dada-dada kami. "

" Hebat gile boleh cakap macam tu! Aku ni al-quran berapa kerat je dalam dada, errkk.. down giler!! Tak mampu lagi nak cakap macam tu "

T_______T

" Well, suara itu agen perubah. Memang kesan dia nampak lambat. Tapi dia bagi psychology torture kepada musuh. Macam lepas pilihanraya Malaysia dulu, kisah blackout semua. Ramai yang tak puas hati berkumpul dekat Stadium, tapi takde pun hasilnya. Tapi, kita tahu sebenarnya puak sana tu rasa terancam."

Hurm, betul. Serentak mereka berdua mengangguk.

" Aku harap Allah hantarkan awan dekat mereka yang tengah berkumpul dekat RAbaah tu. Panas-panas macam ni, hebat gile diorang semua!"

"Moga Allah akan memenangkan kebenaran. Ameen"

" Erm, tu ada teksi. Kita naik teksi je la. Bas macam takde harapan je ni", Elina mengajak.


****

Ramadhan is coming!!

RAmadhan Kareem. Allahumma ballighna Ramadhan.

Moga Allah pilih kita untuk sama-sama memasuki madrasah ramadhan dan dapat grad dengan cemerlang. Ameen.

*Excited2 (^.^)v*


p/s: Hari ni dah masuk hari ke-lapan mereka berjuang mempertahankan negara mereka! Bertahanlah! Allah bersamamu saudaraku~

2nd day to Hospital! Alhamdulillah setakat ni tak ada apa-apa masalah. Cuma jalan raya sesak, kena keluar awal dari rumah, Tak boleh lambat! hoho

They shot us with snipers. We'll shoot them with our du'as!


MHZ
Beyt SQ,
12.14am
8 July 2013.

Wednesday, July 3, 2013

of Kot Putih


I'm reading them now. Superb! 

p/s: Post ini panjang. dan ianya hanya bebelan. Tak nak baca pun takpe :) 

10.28 pm

Bunyi cengkerik dan kodok saling kedengaran. Masing-masing nak tunjuk power agaknya.
Sekali sekala kedengaran bunyi helikopter berterbangan di atas rumahku.

Aku duduk di tingkat 5. Ala-ala pent house, jadi bila jenggukkan kepala ke luar, mudah sahaja untuk melihat kelibat helikopter berterbangan. Kuat bunyinya.

Aku meneruskan pembacaan buku. KOT PUTIH. Sebuah novel medik yang menarik perhatianku. Aku bukanlah minah yang tangkap cintan baca novel. Aku baca selected writer je. Hlovate dan Ramlee Awang Mursyid. Bagi aku karya diorang ada kualiti dan ibrah. Tapi aku tak kata novel lain picisan okay? Depends on korang la nak amek ibrah macam mana.

Okay, aku akui zaman dulu-dulu aku memang orang tu. Baca novel lebih laju dari membaca Al-quran. Errk! T____T

 Ditambah pulak dengan adik perempuan yang satu geng. So makin menjadi-jadi lah kami.

Namun, sejak dah mula mengambil medic ni, nak dapat masa terluang membaca novel memang haram   harapan. Jadi hobi membaca novel tu dah tak valid nak letak dekat bahagian 'hobi di masa lapang'. Sebab masa lapang ni susah betul nak menjengah.

Ditambah dengan dakwah tarbiah yang menyapa, aku rasa membaca novel chenta, baca kisah chenta orang lain ni tak bawak ke mana pun. Memang la menarik untuk membaca pengalaman orang lain. Tapi masalahnya bila dah terbuai-buai perasaan tu, kan ke tak best. Ni yang kes semua perempuan nak kawen dengan anak raja. Atau pun berangan nak kawen dengan lelaki nerd, tetapi rupanye hensem gaban banyak harta. haila~

Okeh! bukan tu yang aku nak share.

Lately, aku rasa macam sangat kering. Ya kering kontang. Kurang kasih sayang mungkin. Aku pun musykil jugak, rasanya banyak sangat limpahan kasih sayang yang Allah berikan kepada aku setiap hari, tapi mungkin hati ini yang bermasalah. Penat mungkin. 

Entah.

Aku mula rasa berat dan bosan mengulangi rutin harianku. 

Setiap hari hidup macam robot. Takde perasaan. Rutin yang sama. Setiap pagi terkocoh-kocoh sarapan pagi yang of course aku takkan tinggal walaupun dah lewat macam mana pun. Berlari-lari anak melintas jalan. Menuggu bas merah panjang. Murah rezeki tak sampai 5 minit tunggu, dah sampai basnya. Tapi bila Allah nak uji tu, adalah sampai 20 minit pun bas masih tak menjelma. Nak naik teksi, aduh, dalam LE10. Parah jugak poket. Nak bandingkan dengan naik bas yang hanya LE1. Aku sanggup gagahkan diri menunggu walaupun hati dah rasa macam nak patah balik rumah sambung tidur.

Sampai hospital, terus dengar membe present case yang baru clerk tadi. Untung dapat Dukturah yang best, dia akan explain case yang kami dapat. Dapat case yang bosan, eyh maksud aku case yang dah berulang kali kami ambil, kadang-kadang boleh tersengguk-sengguk semasa dukturah mengajar.

Nasib budak medic. Orang kata doktor ni jahat! Periuk nasi dia daripada kesusahan dan penderitaan orang lain. Student clinical year macam aku ni mesti happy bila dapat case rare. Tapi kes rare ni memang meranapkan masa depan patient. Kebanyakannya lah. Tapi tak semua.

Tapi pesakit dan keluarganya memang sangat tabah. Satu benda yang aku takde.

Then, lepas dah habis 3 jam clinical round. Sepatutnya kami ada rehat setengah jam. Tapi biasanya 30 minit tu habis dengan berjalan ke banggunan sebelah, tunggu lif, berebut dengan arab, kena tolak sampai rase nak nangis. Alih-alih tengok jam dah habis 30 minit tu bila elok-elok je kami sampai di lecture hall. 

Then bersedia untuk 3 jam lecture seterusnya.

Sama juga, untung badan dapat dukturah best, tajuk best, Aku boleh bertahan 3 jam tu tanpa tidur. Tapi lately, aku selalu tewas. akan ada jugak at least 15 minit aku dah berada dalam alam mimpi. Mujur aku tak pernah mengigau dalam lecture hall. Huuu.

Tepat jam 2.30 petang. Lecture terakhir tamat. Semua orang pun macam anak ayam, terus je sambar lif untuk balik rumah.

Hospital aku jauh. terletak di Abbasiah. dan rumah aku di Hayyu sabiek, Madinah Nasr. Pagi-pagi tak jem, 30 minit dah boleh sampai. Tapi petang-petang peak hour macam ni, ajaib la nak sampai awal, melainkan tremco tu bawak macam racing kereta. Itu boleh sampai dalam masa 25 minit. Tapi biasanya dalam 45 minit ke sejam untuk aku dapat sampai ke pintu rumah.

Sampai-sampai di rumah, terus hempas badan atas katil. Mata tak boleh bukak dah. Tapi kena gagahkan diri solat Asar dulu, sebab kalau dah terlelap tu, confirm akan pengsan tak ingat dunia.

Kena pulak hari yang aku ada tusyen. Acara tidur rehat petang ni akan tergendala, sebab kuliah habis jam 2.30 petang dan tusyen start jam 4 petang. Gap masa tu sempat untuk bertolak dari hospital ke tempat tusyen dan solat asar. Kadang-kadang sempat jugak la berehat dalam 15 minit. Itu pun kalau doktor tusyen sampai lewat sikit.

Entah. 

Setiap hari macam ni la jadual hidup aku. Ini baru jadual setengah hari aku. Bab agenda petang dan malam, ini kena tulis dalam post lain.

Ramai orang suka tanya, apa jadual seharian aku? Kenapa pack sangat hidup aku? Atau medic memang macam ni? Best tak ambil medic? MEsti best kan dah clinical year, dah nak habis belajar?

Entah la. Aku tak tau nak respon apa. 

Kadang-kadang sampai aku dah sangat bosan dan penat nak teruskan medic aku. Panas telinga dah kawan-kawan nak dengar aku bebel yang aku nak quit medic. Berabuk nasihat dah aku dengar. 

" Kau dah more than half, takkan kau nak quit? Sayang la. At least ko dapatkan dulu ijazah ni, then kau nak sambung jadi doktor ke tak, itu cerita lain", dia yang selalu mempositifkan aku.

Terima kasih sahabat yang tak penat nak layan karenah aku.

Jangan risau kawan. Aku masih rasional. Aku takkan buat kerja gila tu, Habis kena kejar dengan ayah dan yayasan Terengganu if aku quit tiba-tiba. Huu.

Tapi korang yang minat medic ni, takkan faham perasaan aku. Rasa terpaksa. Berperang setiap hari nak teruskan medic ni. 

Kenapa?

Sebab aku rasa jiwa aku tak sesuai dengan kerja doktor ni. Aku bukannya penyabar nak layan karenah pesakit bagai. Aku bukannya iron lady yang takde perasaan nak inject orang sesuka hati.

Walaupun aku tahu jadi doktor ni nanti boleh menyumbang kepada ummah. etc etc

Ada seorang senior tu cakap " Pelik lah dengan orang yang taknak ambil medic ni, tapi boleh je perform?"

Errk! Aku pun pelik jugak.

Selama 4 tahun sebelum ni, tahun pre-clinical, kami hanya disogokkan dengan teori. Medan kami hanya membaca buku medic dan jawab exam. Maka hafal la dengan segala upaya.

Untuk mendapat Mumtaz tu senang untuk mereka yang pandai menghafal.

Tapi sekarang tahun 5. Tahun clinical. Medan kami berjumpa pesakit. PEsakit itu lah buku kami. Maka, kena harus selalu mendampingi pesakit. BAnyak belajar dari pengalaman orang lain dan doktor-doktor. Maka kepandaian menghafal tu tak menjami segalanya.

Entah. Aku minat je medic ni. Tapi untuk aku menjadi doktor cemerlang, aku kena bina kekuatan dulu.

Sebab aku jenis tak suka hidup aku buzy dengan benda-benda yang takde life. Hidup macam robot. Pergi balik hospital. Kena marah dengan pesakit atau doktor pakar. Takde masa nak spent dengan keluarga. Dengan orang yang kita sayang. Berebut masa nak pergi usrah, daurah program bagai.

Entah la. Ini fikiran naif aku sekarang. Aku tahu cara pemikiran ni salah. Tapi buat masa ni aku tak dapat nak keluarkan diri aku dari kemelut jiwa dan perasaan ni. Ditambah dengan masalah bahasa arab aku yang buatkan aku susah nak mesra dengan pesakit arab. Buat aku susah nak amek history dari pesakit. Selalu buat aku rasa takde keyakinan diri depan pesakit.

Aku down.

***

Dalam aku tengah serabut tu, mungkin Allah mendengar permintaan hatiku. Nak dijadikan cerita, berikutan 30 june di mesir ni. Disebabkan faktor keselamatan, kami tak dibenarkan ke hospital buat sementara waktu. So, dah dapat cuti 3 hari. Boleh lah aku waraskan semula fikiran aku. Jiwa aku.

Dan entah dari mana Allah datangkan malaikat, ada seorang ukhti yang baru datang dari Jordan share kan novel KOT PUTIH ni dekat aku.

Novel kisah budak medic di tanah seberang, Jordan.

Best. Ayat dia santai. Aku rasa dekat sangat dengan semua karakter dalam tu. Sebab seolah-olah aku tengah membaca diri aku. Aku rasa macam nak menulis dan buat buku sendiri. Huu.

Sofeya, seorang yang minat muzik dan seni.Tapi terpaksa mengambil medic demi harapan ummi, abang dan ayahnya. Hari-hari digagahkan untuk melawan jiwanya yang memberontak.

Aku faham perasaan tu, sebab aku tengah laluinya sekarang.

Amran, mamat hebat yang pandai masak. Tapi allergic gila dengan sek-sek persatuan- usrah bagai. Bagi dia orang macam ni bawah kaki je. Perwatakan kasar. Perli dia memang sakit. Serumah dengan Pit.

Orang macam ni best! aku suka baca minda diorang. Suatu masa dulu-dulu aku pernah jadi macam ni. Tapi takde lah tahap bawah kaki tu. Orang macam ni banyak sangat dalam generasi sekarang ni. Tapi orang macam ni la buat aku selalu muhasabah, jangan nak salahkan usrah tarbiah kalau kita gagal study. Salahkan diri sendiri yang tak bahagikan masa sebaiknya.

Pit. Budak batch diorang jugak. Tapi kena repeat year. Aku tahu dekat JUST memang nak score exam memang nangis lebih nak bandingkan dengan kitorg dekat Mesir ni. Tapi korang nanti clicical lagi hebat la dari kitorg dekat mesir ni. Pit, dia baru nak berjinak-jinak dalam usrah lepas rasa hati dia sangat kosong dan ditinggalkan rakan se-batch. Hebat main basketball. 

Nauzubillah, harapnya Allah tak uji aku macam Allah uji Pit. *Walaupun aku suka main basketball*

Imah. Nama panjang dia Iris ape tah. Nama moden yang aku pun tak reti nak tulis. Hidup dia pack dengan aktiviti persatuan-meeting-usrah bagai. Tapi rupa-rupanya dia minat fotografi.

Jadual Imah ni padat macam jadual aku. Aku suka baca macam mana dia manage masa dia.

Aki. Juga sek-sek usrah ni. Budak famous batch dia. Tapi Amran benci dia. kesian~


Bila baca kisah diorang ni. Aku dapat rasakan semua orang pun alami benda yang aku rasa. Cuma Allah uji semua orang dari sudut yang berlainan. 

Sama ada aku akan tewas dengan perasaan ni. Atau aku nak kena mujahadah lawan.

Alhamdulillah, Allah tak uji aku repeat year macam Pit. Allah still kasi markah cemerlang walaupun aku menangis macam Sofeya. Allah masih bukakan hati aku dengan dakwah tarbiah, keluar dari allergic macam Amran. 

Allah masih kurniakan kasih sayangnya yang tak terkira dekat aku. Sama ada aku bersyukur atau sebaliknya.

Selama ni berabuk cakap mujahadah ni Pahit, sebab syurga tu nanti manis.

Then sekarang aku tahu pahit tu macam mana. Sebab tu Allah kasi akal dan hati untuk maniskan pahit tu.

Allah kasi Iman. 

Untuk aku pegang selalu.

Allah juga kasi aku ukhwah. Untuk serikan hari-hari aku.

Dan Allah jugak ajar aku, hidup ni jangan bergantung kepada manusia, sebab akhirnya kau akan merana.

Gantungkan diri hanya kepadaNya. Dia yang memberikan segala-galanya. Sama ada yang baik, atau yang sebaliknya.

DAn aku tahu aku kena kuat. Dan perkara yang menguatkan aku untuk stay atas medic ni hanyalah Dakwah dan TArbiah.

InsyaAllah, ada rezeki aku nak jadi doktor yang boleh menyumbang kepada ummah.

Ummat sekarang tengah tenat. Perlukan bantuan segera. Dan kalam doktor ni macam magic je.

Entahlah, sebab kita hidup dalam masyarakat yang memandang kepada rupa dan jawatan.

Biarlah aku takde rupa, tapi aku perlu ada jawatan itu untuk berdakwah kepada masyarakat.

Readers, doakan aku kuat dan tabah okay! Thank you (^.^)v


Tuesday with Morrie pun sama.

Best. Baca pengalaman hidup Morrie. Seorang professor tua. Dia membesar dengan sangat susah. Tapi akhirnya dia belajar yang benda paling penting dan mahal di dalam dunia ini adalah KASIH SAYANG. Dan dia mati pun dikelilingi kasih sayang. Cuma sayang beliau tak mati dalam Islam.

Takpe, ada masa aku cerita lagi kisah Morrie ni.

Credit untuk penulis 2 buku hebat ni. 

***

11.42pm.

Mata aku dah mula mengantuk. Bunyi helikopter pun dah sekain kurang kedengaran. Kawan pun dah bentang selimut toto dekat sebelah.

Okay, banyak dah aku membebel hari ini.

Moga esok hari, semuanya akan lagi positif. Mesir akan jadi lagi positif. 

Selamat Malam Mesir dan Seisinya.

Mesir. Dalam jagaan dan perlindungan Allah selalu.

p/s: Take care people! Moga sudah bersedia untuk menerima tetamu istimewa 7 hari sahaja lagi.Allahumma balighna Ramadhan. 


MHZ,
My Harmonica Zine

beyt SQ,
mendapatsemangatbaru,
11.44pm
23 sya'ban 1434H



Monday, July 1, 2013

of 30 June 2013

30 june 2013.

Tarikh yang mendebarkan di Mesir. Kerana hari ini berlaku pertempuran antara Haq dan Batil. Antara Islam dan anti-Islam. Antara penyokong Morsy dan anti-Morsy.

Walaupun saya berada di Kaherah, Mesir. Dekat sahaja tempat perhimpunan itu dari kawasan rumah saya, tetapi kami student Malaysia diberi arahan berkurung daripada Kedutaan Malaysia di Mesir.

Aduh, ikutkan hasrat hati saya, mahu sahaja saya turun menyertai mereka penyokong Morsy di Masjid Rabaah. Osem sangat!! Mereka mulakan hari ini dengan qiamullail dan Solat Hajat. Beza sunggh dengan mereka yang bergasak, memekik menjerit di medan Tahrir. (anti-Morsy)

Beza mereka di Tahrir (kiri) dan di Masjid Rabaah (kanan)


Tak apa la, mendengar update life dari rumah pun sudah memuaskan hati, InsyaAllah doa kami bersama mereka di sana.

Teringat perbualan saya dan ayah dalam telefon 2 hari lepas,

Aku: Ayah, doakan keamanan mesir 30 june ni.
Ayah: InsyaAllah takde apa2 la angah. Orang-orang anti-morsy tu ingat dia ramai. Tapi diorang tak tengok lagi orang ikhwan turun jalan raya lagi. Mesti lagi ramai.

Ye. InsyaAllah mereka lagi ramai. Kalaupun mereka sikit, tapi mereka bersama Allah dan tentera Allah, yang kuasanya berganda-ganda lagi hebat.

Lagipun, sejarah dah membuktikan banyak peperangan yang jumlah umat islamnya lebih sikit daripada musuh Allah, tetapi diberi kemenangan. perang Badar, Khaibar, Tabuk etc.

Betul juga. Terketuk saya! Takkan lah saya tak percayakan janji Allah?

InsyaAllah Mesir sentiasa di bawah naungan dan jagaan Allah.

Penyokong Morsy ketika solat Zohor tadi. Ramai penuh jalan raya.


Dan saya?

Hehe. dah namanya berada di rumah, maka saya tak melepaskan peluang untuk menghapdate blog. Terinspirasi dari post penulis haibat INI dan juga atas desakan seorang ukhti. +.+ *Sarcastic*


***

Hati ibarat sebuah NEGARA. Dan syaitan itu adalah musuh yang hendak menyusup ke dalamnya, hingga dapat menguasai dan memerintahnya. Kita tak mampu untuk mempertahankan negara itu sehinggalah ada KUBU dan pertahanannya.

Menjaga hati dari godaan syaitan adalah wajib fardhu ain. Kita tak mampu menolak godaannya melainkan mengetahui lorong-lorong yang akan digunakan syaitan untuk menyerang kubu itu. Oleh itu, mengetahui lorong-lorong itu menjadi WAJIB.

Marah.

Syahwat.

Rakus.

Hasad.

Kenyang makan meskipun halal.

Suka berhias pada pakaian dan rumah ( Terutamanya wanita).

Tamak.

Tergesa-gesa.

Ringgit, wang, dan harta dunia.

Bakhil.

Takut fakir.

Fanatik kepada mazhab.

Syirik.

Bermusuhan.

Bersangka buruk kepada orang muslimin.

Semua ini lorong-lorong yang menjerumus kepada godaan syaitan. Saya nak senaraikan lagi. Tapi saya tak mampu. Macam semua yang tersenarai dia atas masih ada dalam diri saya. Allah T_____T

Kenyang makan meskipun ia halal. Kenapa?

Kerana apabila perut kenyang, syaitan akan memberatkan badan kita dari ibadah. Dari solat malam dan zikir.

Juga kerana kenyang akan menguatkan nafsu, dan menjadi pedang-pedang syaitan.

 Lagi-lagi la Malaysia ni terkenal dengan Syurga Makanan. Semua jenis makanan wujud. Dari makanan melayu, china, India, Jawa, western malah makanan segera pun banyak. huuu~

Tengok gambar cendol, otak-otak udang, cakoi, Kuey Tiau Basah, nasi lemak..Ohh dah cukup untuk merembes  HCl enzyme.

Allah tahu akan fitrah manusia, yang akan terus hanyut dengan nafsu dunia. Maka Allah hadirkan Ramadhan untuk kita kembali kepadaNya. Untuk kita menahan dan melatih nafsu dan jiwa kita.

Untuk kita melupakan keseronokan dunia ini buat seketika.

Jika 11 bulan lain kita sibuk dengan dunia, sibuk dengan harta, dengan kerjaya. Maka, hargailah 1 bulan ini dengan merebut rahmat dan redhaNya. Dengan mengintai keampunan dariNya.

9 days to go. Ahlan wasahlan ya Ramadhan.

Ingat, "Winner is a Planner". "Pemenang adalah Perancang".
Hitam putihkan matlamat anda untuk Ramadhan kali ini. 

Semoga semua orang pun sudah mula memanaskan badan. Supaya bermula sahaja tiupan wisel di garisan permulaan bulan Ramadhan, kita dapat memecut sampai ke garisan penamatnya. Dengan penuh stamina dan cool bergaya.

Sudah-sudah lah dengan dunia ini. Mari kita kurangkan facebooking, kurangkan mengumpat, kurangkan pembaziran masa, harta dan tenaga. *facepalm*

Mari kita mula focus memenuhkan poket kita, supaya dapat bersedekah di bulan ramadhan, yang pahalanya berganda-ganda.

InsyaAllah.

Syaitan kelak akan digari. Maka buat seketika tiada musuh yang akan menyerang Kubu hati kita. Tetapi jangan lupa kita masih punya nafsu anak didikan syaitan dan juga syaitan manusia yang akan terus menggoda.

Siapkan perisai Iman. Kuatkan kubu pertahanan hati.

Moga Allah redha.




p/s: Allahumma ballighna Ramadhan. Teruskan menembak doa buat pejuang-pejuang Islam di Masjid Rabaah. Itu jihad mereka. Jihad aku di medan belajar. Moga semakin tekun belajar! Uhuk!


MHZ,
My Harmonica Zine

Beyt SQ,
21 Syaa'ba 1434H
30 June 2013
6.26pm




Thursday, June 27, 2013

Mesir Hari Ini

Bismillahirrahmanirahim..

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar iman dan amal semua?



Today, just nak share something. Sekarang ni kecoh di Mesir pasal Perhimpunan 30 June (Tamarrud). Khabarnya akan dibuat besar-besaran, bersempena setahun sudah Dr Morsy memerintah Mesir.

Basically, perhimpunan ini dianjurkan oleh golongan anti-Morsy. Mereka bising dan claim yang Morsy tak buat apa-apa perubahan pun kepada Mesir ni. Mereka menuntut Morsy melepaskan kerusi Presidennya.

***

Saya duduk bersebelahan dia di dalam tremco. Seorang warganegara Nigeria, seorang yang prihatin dan boleh bercakap english dgn sangat fluent. Tiba-tiba...

" Please, call that guy.." Panggil wanita itu kepada seorang pakcik Arab di hadapannya. Kalut sungguh wanita itu.

" Ask that guy to take that Ipad, if fall on the ground", pinta beliau kpd lelaki itu, sambil jarinya menunjuk ke arah sebuah Ipad yang terdampar di atas jalan raya.

Segera lelaki itu mengambilnya, menyelamatkan Ipad tersebut dari digilis kereta yang laju.

" Bita'atik?" ( Kau punya ke?) Lelaki arab itu menghulurkan Ipad itu kepada wanita nigeria di sebelah saya.

" No. The baby play with it and it fall from a car that pass through this road", bersungguh wanita itu menerangkan situasi sebenar.

" Give that Ipad to the police there. Maybe the owner will return back here", sambung beliau lagi.

Tiba-tiba suasana gamat dengan ketawa. Aku terpingga-pingga. Dia pun sama.

" Why? just give the police. Kholas! (Settle)" Wanita itu menambah. Mungkin pelik mendengar gelak tawa sebentar tadi.

" Here is egypt. No one will be trusted. If you give to the police, the police will take it" sampuk seorang penumpang lain di dalam tremco itu.

Tersentak! Ouh, Okay. Baru aku paham.

Haila, mesir oh mesir. Bila la mentality rakyat mahu berubah??

Bila semua orang tak boleh dipercayai, termasuk polis yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat pun tidak jujur. Then memang la kehidupan kita tak selamat.

Tapi yang akan disalahkan kemudiannya adalah Pemerintah. Kesian la Dr Morsy menerima tohmahan bagai~


"dah dekat setahun mursi jd presiden,xde perubahan apa2 pun. cuba ko tengok sampah2 kat cairo ni pun dia x pandai urus!"

bebel seorang ammu driver teksi sambil membuang puntung rokok dan plastik ke luar tingkap.

susah nak ubah mentaliti orang2 macam ni =.='


-dari Fb seorang Ukhti-

Hari ni traffic light berhadapan jambatan universiti, yg baru berfungsi lebih kurg 3 hari lepas, kembali tidak berfungsi.
Hari pertama tanpa polis trafik mengawal seperti biasa. Betapa 'tak biasa' nya rkyt mesir dengan traffic light, bila kedua2 arah berebut nak jalan juga, sambil marah2 "lampu hijau ya 'am, xnmpk ke!"
Hari seterusnya, better.
Hari ketiga, polis trafik kembali wujud.

Dengan traffic light pun kucar-kacir, xkan nak expect Dr Mursi islah negara within less than one year?? 

Wake up egyptian. You dont need 30 June. You need patient.


- juga dari post FB seorang ukhti-


Haha. Aku rasa nak gelak. Kelakar la mereka ini.

Bila jadi macam ni, presiden jugak yang disalahkan. Sedangkan mereka tu sendiri yang tak berubah.

Bayangkan nak membetulkan kerosakan dan fasad yang sudah bertahun-tahun mendarah daging dalam diri rakyat Mesir bukannya boleh berubah sehari dua. Perlukan bertahun-bertahun, malah mungkin berabad.

Persoalannya adalah, mentaliti rakyat yang perlu berubah. Bukannya mereka perlu buat lagi rusuhan, paksa Morsy letakkan jawatan, kemudian ganti dengan calon pilihan mereka (yang mungkin sebenarnya lagi jahat dari Husni Mubarak) . Dan masalah akan selesai?

Its really funny!

Come on! Bagi la Morsy peluang. Dan sama-sama bantu mereka. Bukannya biarkan dia buat kerja seorang. Fasad yang sudah diternak beberapa dekad, masakan boleh diubah sekelip mata?

Itu namanya sihir atau magic!

Haish, saya geram betul dengan manusia bermentaliti sebegini.

At least tunggu 3 tahun lagi, dan mengundi baik-baik semasa pilihan raya akan datang.

Dr Morsy kata dia takkan melepaskan jawatannya, kerana dia tahu mungkin akan jadi lagi teruk bila orang baru yang naik.

" Aku takkan meletakkan jawatan biarpun aku terbunuh!" - Dr Morsy.

So, readers. Doakan kesejahteraan Mesir. Moga Mesir kembali aman dan dapat menjadi negara Islam yang haibat seperti suatu masa dahulu.

Doakan yang terbaik.. Ameen :)

Dan doakan juga 30 june ni tak jadi macam 25 januari dulu. Putus bekalan elektrik, komunikasi, makanan mahal , keselamatan terancam semua, kekecohan dibuat-buat di merata tempat. Nauzubillah min zalik.

Tak dapat nak jangka apa akan jadi selepas 30 june nanti. Harapnya yang baik-baik aja, InsyaAllah.

Embassy Malaysia pun larang kami mendekati kawasan perhimpunan dan tak dibenarkan keluar rumah pada hari kejadian.

Saya pun sepatutnya ada end round exam 2 julai. Tapi professor takut akan jadi apa-apa. So, mereka awalkan exam kepada esok. So funny. Short notice sehari!

Doakan kami. At least tak dapat jawab baik-baik esok, boleh hentam dengan baik. hehe~

Okay, moga masing-masing sibuk menyiapkan bekalan sebelum masuk kepada Ramadhan. Moga semua dah mula warm-up, supaya masuk sahaja ramadhan nanti, sudah boleh terus memecut.

May Allah bless you all, here and hereafter~

(^.^)v


MHZ,
My Harmonica Zine

27 June 2013,
bait SQ,
7.28pm



Saturday, June 15, 2013

Amar ma'ruf, nahi mungkar



A melepas pandangnya ke hadapan. Melihat si M sedang ber online.Sudah beberapa jam duduk di situ. Di sebelahnya so F pun sama. Tersenyum seorang diri. Cik adik H yang berdekatan dengan mereka sedang mendengar earphone, sambil mulutnya menyanyi-nyanyikan lagu entah apa-apa. Dia seorang sahaja yang mendengarnya. Di sofa bertentangan dengan mereka berdua, si A dan M sedang bersembang. Aduh, kencangnya sembang tentang sale di supermarket.

Di tengah-tengah ruang sederhana besar itu, kelihatan kesungguhan Cik M, N dan S sedang belajar bersama-sama. Tekun menatap buku-buku. Dan si A, sebenarnya sedang belajar sambil meng usha-usha.


Hati A tak sedap. Rasa semua orang tenggelam dalam dunia masing-masing. Walaupun jasad-jasad mereka berkumpul di ruang itu, tetapi sebenarnya hati mereka jauh.
Musim exam kah penyebabnya? Wallahua’lam

***

Engkau umat terbaik dikeluarkan untuk manusia, Kamu menyuruh yang makruf dan melarang yang mungkar serta beriman kepada Allah” (al-Imran: 110)


Tetapi Allah juga berfirman dalam satu hadis qudsi,

“ Hai cucu Adam! Janganlah engkau melambatkan taubat. Memanjangkan angan-angan, dan kembali ke khirat tanpa amal. Berkata bagai seorang abid namun berbuat seperti seorang munafik. Jika diberi tidak menerima. Jika tidak diberi tidak sabar. Suka orang soleh tetapi tidak termasuk mereka. Benci orang munafk tapi dia termasuk mereka. Dia perintahkan kebaikan tetapi tidak melakukannya. Dia melarang kemungkaran namun tidak meninggalkannya”

Aduuhh!! Sentap betul!!


Kemungkaran di depan mata, harus dicegah! Baik dengan tangan, lidah mahupun hati, walaupun itu selemah-lemah iman.


Tapi, walk your talk! Jangan hanya bercakap lebat!


“ Lately rasa akhawat rata-rata makin banyak main-main. Mungkin kerana suatu masa dulu kita disibukkan kan dengan kerja dakwah di medan masing-masing. Tetapi kini Allah uji dengan ujian dunia dan masa lapang. Kita telah kehilangan roh jihad yang kita laung-laungkan selama ini”

T________T

***

Allah memberikan wahyu kepada Yusa bin Nun AS, 
“ Aku hancurkan kaummu 40 000 yang baik dan 60 000 yang jahat.” 

Yusa berkata, “ Ya Tuhanku, yang jahat telah aku maklumi tetapi kenapa yang baik kau hancurkan?” 

Allah berkata,
 “ kerana mereka tidak marah di atas kemurkaanKu. Malah mereka makan dan minum bersama.


hati berasap! macam dipanah petir.


Amar ma'ruf, nahi mungkar.


Daripada Anas bin Malik berkata: Kami bertanya kepada Rasulullah, bolehkah kami memerintahkan kebaikan sedangkan kami tidak mengamalkan keseluruhannya?

Rasulullah bersabda, " Perintahlah kebaikan meskipu kamu tidak mengamalkannya dan larangkan kemungkaran walaupun kamu tidak menjauhi seluruhnya"


Tiada alasan untuk berdiam diri. Jangan hanya diam dan melihat. Tak ubah seperti syaitan bisu. Yang membenarkan kemungkaran berleluasa tanpa dihalang.

Arghh, perlu mencari kekuatan.

Perlu bantuan. SOS.

Moga Allah bantu. Moga Allah redha.


p/s: byk petikan di atas dari buku Penenang Jiwa, karya Imam Ghazali.

MHZ,
My Harmonica Zine

11.36pm
14 june 2013


Wednesday, June 12, 2013

GMJ 2013



GMJ 2013
7 June 2013


" Enti, ada orang tanya. Program ni nama Global March to Jerusalem, tapi kenapa buat bulan Jun. Bukannya bulan March?

" Eyh, March tu bukan bulan Mac la, March tu kawad. "

" Ouh, marching ke ~ ok2..patut la pelik kenapa buat bulan jun. "

=.=

***

Sekitar GMJ 2013. Pertama kali berjaya dilangsungkan di Kaherah, Mesir. Cubaan tahun lepas tidak diluluskan oleh kerajaan Mesir. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan untuk tahun ini.

Personally, sangat excited nak join program ni, join sekali dengan egyptian. 
Subhanallah, semangat mereka tak dapat nak lawan. 
Lagi-lagi bila mereka melaungkan kata-kata semangat, rasa bergegar bumi yang dipijak.

Disebabkan bahasa arab aku yang tak best sangat, maka aku hanya mengikut-ngikut sahaja laungan itu, hinggalah satu ayat-ayat yang betul-betul menusuk kalbu.

" خيبر- خيبر يا يهود, جيش محمد سوف يعود " 

"Khaibar-Khaibar, wahai orang-orang Yahudi, tentera Muhammad akan kembali"

Khaibar- merujuk kepada perang Khaibar (Perang Khandak) di mana Tentera muslimin berperang dengan orang Yahudi Bani Quraizah.

Pergghh!! Rasa macam satu kuasa elektrik menjalar memberikan semangat.

Selain itu, marching ni juga disertai oleh semua lapisan masyarakat, dari yang tua bertongkat sampai yang muda kanak-kanak 1 tahun yang didukung oleh ibu atau bapa masing-masing.

terharu sangat melihat semangat mereka. Aku yang muda ni baru je nak mengadu letih, terus rasa teruja nak sambung berjalan dari Masjid Rabiatul Adawiyah ke Stadium Kaherah.

Dan di Stadium Kaherah, kami dihidangkan dengan beberapa ucapan taujihat embakar semangat daripada beberapa wakil. Dan disertai dengan persembahan lagu jihad dari seorang artis tempatan.

Yang betul-betul mengagumkan aku, waktu itu sudah menunjukkan jam 3.30 petang. Beberapa minit sahaja lagi akan masuk waktu azan. Tup-tup nyanyian lagu beliau tamat, waktu azan masuk.

Tanpa berlengah, artis tersebut terus melaungkan azan Asar di situ. Di atas pentas persembahan beliau.
Pergh, tadi artis, sekelip mata sahaja sudah menjadi bilal. 

Subhanallah!! Waktu solat tidak diperlekehkan.

Okay, lets Picture talk more~

Muka excited lepas selamat sampai di Stadium Kaherah

Makcik yang bertongkat tu tengah di interview.

Us

bersama bendera Palestin 5 meter , dari akhawat Alexandria






" poyo la korang semua ni..

konon ikut marching la bagai.

ingat palestin akan terbebas ke macam tu?"


by the way, kami memang poyo.

poyo mengejar kebaikan.
menyokong palestin dari semua sudut.
pembebasan palestin itu kerja ALLAH.
kami hanya berusaha mana yang boleh.
sekurang-kurangnya kami buat sesuatu.
anda buat ape?
condemn orang sahaja?"


~ copy from FB seorang ukhti.

" Moga setiap titik peluh yang mengalir dapat menghapuskan dosa-dosa kami kerana lalai mendoakan kalian, 
Palestine dan Syria.

Moga Allah satukan hati-hati kita semua muslimin.

Ukhti A: Bezanya sambutan GMJ dekat Malaysia dengan dekat Mesir ni. Dekat Mesir banyak ucapan taujihat. Tapi dekat Malaysia banyak hiburan

Ukhti B: Aah la. Ada flashmob jugak.

Aku hanya tersenyum. Setiap tempat ada kelainan masing-masing.

Okay, 
Keep on praying for them.
Keep on boycotting ISRAEL Stuff.
even sekecik-kecik benda, even hanya memboikot air mineral Dasani(jenama under Coca-cola) tu.

Ini mujahadah kecil kita. Moga Allah redha. 

Mari menonton VIDEO GMJ di SINI dan 

tengok video OSEM di SINI.

Soon, We will pray in Masjidil Aqsa, InsyaAllah.

p/s: 27 days to go. Allahumma balighna Ramadhan.



MHZ, 
My Harmonica Zine

bait SQ,
11.16 pm

Wednesday, June 5, 2013

Hujung minggu


Al-Quds, Aku datang!


"Ain, para salafussoleh dulu takut kalau duduk kat rumah. Mereka takut mereka akan mati kat rumah. Dalam keadaan diorang sedang berehat-rehat.”



****

Ain menghela nafas. Berat kedengaran. Beban perasaan di hati seolah-olah terlepas. Dia melarikan pandangan ke arah 2 orang kanak-kanak arab dihadapannya. Mereka sedang ralit bermain anak patung.


" Seronoknya jadi kanak-kanak. Tak payah susah-susah fikir masalah ummat ni. Hidup bahagia je, boleh main tiap-tiap masa", monolog Ain.



Perbualan sebentar tadi menganggu fikirannya, membuatkan dia membuat keputusan untuk mengambil angin di taman di hadapan rumahnya. 


" Akak, tak cukup lagi ke dengan kehadiran saya dekat usrah ni. Daurah pun saya hadir. Apa lagi yang akak nak dari saya? Lagipun, sekarang ni kan musim exam, dengan study leave yang tinggal ni la saya nak spend untuk study. Please.."

Masih terbayang kejutan di wajah naqibahnya, Kak Julia. 


Kak Julia tersenyum kemudian.



" Ain, para salafussoleh dulu takut kalau duduk kat rumah. Mereka takut mereka akan mati kat 

rumah. Dalam keadaan diorang sedang berehat-rehat"


Ain tersentak! Erkkk, tajamnya panahan ayat tersebut. 



" Tapi kak, mereka salafussoleh. Tak boleh la nak bandingkan dengan kita yang marhaen ni. Beza langit dengan bumi."


" Tapi mereka tetap manusia juga kan? Kita membaca Al-quran, sama dengan Al-quran yang dibaca oleh mereka. Kita solat menghadap tuhan yang sama dengan mereka. Kita berselawat ke atas Nabi yang sama dengan mereka. Kenapa pula kita berbeza dengan mereka? " Julia menjawab kemas.



Julia menyambung lagi, " Cuma yang membezakan mereka dengan kita hanyalah semangat dan takutnya mereka kepada Allah. Ini yang membezakan kita dan mereka walaupun kita membaca ayat Al-quran yang sama dengan mereka".



Ain terdiam. Panjang akalnya memikirkan kebenaran ayat tersebut. Tapi hatinya masih memberontak.



" Akak, macam yang saya cakap tadi. Saya duduk di rumah bukannya golek-golek tengok movie. Saya study. Belajar bukannya perkara sia-sia. Akak keluarkan statement macam tu seolah-olah saya ni duduk goyang-goyang kaki je dekat rumah ni," Ain memprotes.



Julia membuka beg sandangnya. Dibawa keluar sekeping kertas, kemudian diserahkan kepada Ain.



" Nah, akak tak memaksa. Islam ini bukan agama paksaan. Akak yakin Ain tahu nak decide mana yang terbaik. Yup, akak tak cakap pun yang belajar tu perkara sia-sia, sebab kita belajar kan kerana Allah?".



" Cuma akak yakin yang Ain ni bukanlah manusia sellfish. Saudara kita di sana sudah bertahun menunggu kita. Spend ur time wisely.  If ada masa, akak yakin Ain akan ke sana kan? Akak mendoakan yang terbaik. Semoga Allah kurniakan keberkatan masa kepada Ain". 



Julia menjawab lembut sambil mengangkat kakinya dan berlalu pergi. Kedengaran pintu bilik Ain ditutup lembut.




Ain terpana. Tak pernah kakak naqibahnya berkelakuan sedemikian. Ditatap kertas di tangan.



GMJ. 7 June 2013. Save the date.


Ain bangkit dari duduknya. Kanak-kanak arab tadi sudah tiada di pandangan mata. Mungkin sudah pulang ke rumah barangkali. Matahari juga seolah-olah mahu membenamkan dirinya. Senja. Antara waktu yang digemarinya. Seolah-olah alam sedang berbisik dan mengingatkannya bahawa malam bakal menjelma.



***

Tet..Tet..Tet..


Bunyi getaran handphone menarik perhatian Julia. Dihentikan sebentar pembacaannya.


1 Message received.


Open.


From Beloved Ain.



"Akak, Exam ni hanya di mata manusia, sedangkan Allah melihat usaha dan pengorbanan kita. Masa itu kan Allah yang bagi, takkanlah kita nak kedekut dengan harta daripadaNya? InsyaAllah ada rezeki kita jumpa di sana "



p/s: Ayuh menjadi sebahagian dari jutaan umat manusia yang akan berkumpul di serata dunia untuk menunjukkan solidariti terhadap perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa!


Global March to Jerusalem Egypt. 


SAVE THE DATE: 7 JUNE 2013 | JUMAAT | 1:00 PM - 5:00 PM | DATARAN JUNDI MAJHUL


Yang berada di Malaysia, jumaat ini di Malam Kemuncak MyGMJ @ Dataran Kemerdekaan Shah Alam bermula 8 - 11 mlm.






sila layari SINI untuk penerangan lebih lanjut. 

Bitaufik wannajah imtihan semua.

And selamat Hari Isra; dan Mi'raj. 

(^.^) v Peace. Take care people~



MHZ
My Harmonica Zine

baiq SQ,

1.53 am
26 Rejab 1434h