Pages

Saturday, May 30, 2015

Selamat Hari Guru



Guru membina ilmu, menyempurnakan akhlak      

Inilah slogan sempena Sambutan Hari guru tahun ini.

Sejujurnya, selepas hampir sebulan saya menjadi guru ganti, saya akui bahawa tak mudah untuk merealisasikan slogan ini.

Lebih-lebih lagi dalam mendidik generasi Z hari ini tak semudah mendidik generasi X dan Y. saya sendiri tak boleh nak bayangkan bagaimana dengan generasi alpha.

Di dunia ini, terdapat 4 jenis guru;
1-      Mudarris (pengajar)
2-      Muallim 
3-      Mursyid (orang yang memberi penunjuk)
4-      Mutarabbi (orang yang mendidik) 

Mudarris adalah pengajar. Ie; guru yang mengajar mengikut silibus sahaja. Apabila silibus telah selesai diajar, dia seronok, tulis buku laporan dan pulang ke rumah dengan senang hati. 

Muallim adalah guru yang better sikit dari mudarris.

Mursyid adalah guru yang pakar dengan bidangnya. Tetapi dia better than muallim.

Dan kemuncaknya adalah murabbi, yang mana dia bukan sahaja mengajar jasad dan akal manusia, tetapi juga menyentuh hati anak-anak muridnya.

Dan Rasulullah merupakan sebaik-baik murabbi yang patut kita contohi. Di mana beliau berjaya mentarbiah dan mendidik para sahabat menjadi manusia yang sangat hebat.

Bagaimana untuk menghasilkan anak murid yang hebat?

Kuncinya pada guru yang hebat. Hanya guru yang hebat mampu melahirkan anak murid yang hebat!

Pepatah arab juga menyatakan, mana mungkin bayang-bayang itu lurus jika …nya bengkok.

Guru sebagai muaddib

Muaddib adalah orang yang mengajarkan adab, akhlak dan budi pekerti.

Buat para guru yang disayangi Allah, kita adalah contoh dan tauladan bagi pelajar. Mari kita cuba tanamkan sifat uswatul hasanah ke dalam diri kita, supaya tempiasnya akan terkena kepada anak -anak murid kita. 

Sesungguhnya Dakwah bil hal, acting is better than words. 

didiklah anak bangsa kita dengan kasih sayang dan kesabaran . Jangan lupa mendoakan kejayaan moral dan akademik anak-anak didikan kita.

Seperti mana Rasulullah mendoakan orang -orang thaif dan keturunannya selepas dakwah ditolak di Thaif.

Imam As-syahid Hasan Al-Banna berpesan :
"Jadilah kamu seperti sepohon pokok, mereka melemparimu dengan batu, lalu kamu gugurkan mereka dengan buah yang ranum"..


Tugas Guru Menurut Imam al-Ghazali rahimahullah :

1. Mencari iLmu
2. Beramal dengan iLmu
3. Menyayangi peLajar
4. Mengajar dengan niat menyelamatkan pelajar daripada kesengsaraan Akhirat.
5. Meneladani Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam
6. Jangan mengganggap dirinya orang yang paling berjasa kepada pelajar
7. Mengutamakan pahala daripada yang lain.
8. Memandang akibat yang buruk jika guru lalai dengan tanggungjawab.

Guru harus sedar bahawa menjadi guru bukan semudah yang disangkakan. Mereka merupakan pemegang amanah bagi memastikan generasi akan datang akan terus cemerlang sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Guru bukan sekadar mengajarkan mata pelajaran di sekolah, tetapi guru adalah manusia istimewa yang terpilih untuk menyambung tugas para rasul dan anbia dalam mendidik manusia. 



Saya sendiri sehingga kini menyanjungi mereka yang sanggup menjadi guru dan murabbi. Insan istimewa yang sanggup bekorban masa dan tenaga demi anak-anak bangsa.

Mereka korbankan masa tidur mereka untuk prepare bahan pengajaran esoknya.

Mereka korbankan hujung minggu mereka untuk ke kursus-kursus atau bengkel-bengkel menjawab peperiksaan.

Malah mereka mengorbankan cuti sekolah mereka untuk menanda kertas peperiksaan, di kala anak-anak murid sudah seronok bercuti sakan.

 Sedangkan guru sendiri sudah bertungkus lumus menyiapkan kertas peperiksaan, mengejar silibus peperiksaan, membuat ulangkaji dan sebagainya.

Sekalipun kita melihat guru yang mempunyai cuti yang terpanjang di dalam setahun, tetapi sebenarnya tugas guru tak pernah surut.

Pesanan bagi para guru sekalian, satu sahaja penawar untuk kelelahan ini, iaitu KESABARAN.

Bersabarlah menanam benih, kerana kita bukan sahaja ingin menanam satu pokok yang bagus sahaja, tetapi kita ingin menumbuhkan satu generasi yang berkualiti insyaAllah.

Teringat saya satu pesanan seorang ukhti,
“ Semua orang boleh mengajar, tetapi bukan semua orang mampu menanam benih." 

Jadilah kita guru yang mendidik jasmani, akal dan juga rohani anak-anak murid.
Kerana remaja kita ketika ini, mereka kehausan sentuhan rohani.  Sentuhan yang mampu membina diri mereka.

Semoga Allah memberkati kesabaran kalian dan mengganjari kalian dengan syurga tertinggi di surga kelak.


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan berjuta-juta penghargaan kepada guru-guru yang telah mengajar saya, baik secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih tak terhingga kepada muallim dan muallimah di Sek Ren Islam Al Amin Gombak. Guru-guru SMKA KL. Professor di Kolej Matrikulasi Johor. Doktor dan Dukturah di Universiti Al Azhar.

Terima kasih untuj setiap saat, titik peluh yang kalian telah korbankan.


Juga kepada murabbi-murabbi saya yang telah menyentuh jiwa saya, menjadikan saya manusia yang kembali kepada tujuan penciptaan saya.

Ni3mat ajrun amilin. 
Semoga Allah mengganjari kalian dengan syurga tertinggi di surga kelak.

Dan juga special thanks kepada guru-guru seperjuangan di SMIAA Gombak. Seronok berada di samping antum semua. 

P/s: Terima kasih kepada anak-anak murid yang bagi jadiah dekat cikgu. 

Masa sambutan hari guru semalam, beberapa kali air mata saya menitis. 

" La, kenapa menangis? Hari ni kita sepatutnya kita happy" seorang guru datang memujuk.

" Saya tak nak jadi doktor. saya nak jadi cikgu... ", dan air mata saya terus mengalir bila menyedari yang saya hanya tinggal sebulan lebih sahaja di sekolah itu. 


Jumpa di syurga insyaAllah,
MHZ
Musyirah Hanan Zulkarnain

Saya budak baru belajar~

Monday, May 18, 2015

Allahu ghayatuna





Allahu ghayatuna

Jika ditanyakan slogan ini kepada ikhwah dan akhawat, juga sesiapa pun yang pernah mendengar slogan ini, pasti slogan ini sangat familiar.

Kerana di dalam perjuangan yang suci ini, akhirnya inilah matlamat semua, iaitu mencari Redha Allah.

Tetapi timbul satu persoalan yang bermain-main di fikiran saya, sebenarnya apakah yang istimewa pada slogan ini?

Bila saat kita menyanyikan nasyid ini, terfikirkan anda sejauh manakah kita betul-betul yakin dengan slogan ini?


Allahu ghayatuna dalam setiap aspek kehidupan

Apabila kita beriman dengan slogan ini, maka kita seharusnya membuktikannya di dalam setiap amalan seharian kita. Bukan hanya ketika membuat dakwah sahaja.

A020
Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini). (Al-Hasyr : 20)

Jika diteliti ayat ini, kita dapati tidak sama kesudahan ahli syurga dan ahli neraka di akhirat kelak.

Dan jika tidak sama kesudahan mereka di akhirat, pasti permulaan kehidupan mereka di dunia juga berbeza. Pasti takkan sama walau sedikit.

Baik dari segi aqidah, akhlak, ibadah, cara bergaul, dll. Pasti tidak sama. Barulah adil pembalasan bagi dua golongan ini di akhirat kelak.

Ahli syurga pasti akan menjadikan Allahu ghayatuna sebagai matlamatnya. Dan matlamat ini takkan berubah selama-lamanya. Malah dipraktikkan di dalam setiap sudut kehidupannya. Baik ketika pagi, petang, siang, malam, ketika masih bujang, atau sudah berumah tangga, ketika sudah beranak-pinak, bermenantu, bercucu, sihat, dan sakit, semuanya masih di dalam berputar di bawah satu matlamat, Allahu ghayatuna.

Allahu ghayatuna fi kulli makan….
Allah matlamat kita pada setiap tempat.

Di tempat kerja, di jalan raya, di sekolah, di universiti, di restoran, di rumah even di tandas. Kesemuanya Allahu ghayatuna.

Wa fi kulli zaman….
Allah matlamat kita pada setiap masa…

Ketika sakit, Allahu ghayatuna.
Ketika sihat, Allahu ghayatuna.
Ketika memberi nasihat, Allahu ghayatuna.
Ketika mendengar nasihat, Allahu ghayatuna.
Ketika datang kerja/ kuliah, Allahu ghayatuna.
Ketika tidak hadir pun, Allahu ghayatuna.
Ketika rehat, Allahu ghayatuna.
Ketika marah pun, Allahu ghayatuna.
Ketika memandu, Allahu ghayatuna.

Allah matlamat kita pada setiap keadaan…

Ketika bersendirian,
Di hadapan rakan-rakan dan keluarga,
Di dalam kenderaan,
Di dalam negara, di luar negara,
Sebelum graduasi, selepas graduasi,
Sebelum bfg, selepas bfg,
Sebelum bekerja, ketika bekerja,
Ketika bersama ikhwah akhwat..

Kesemuanya masih berpaksikan Allahu ghayatuna dan semua perkara dibuat kerana sebab yang munasabah(di dalam redhaNya.)


Allahu ghayatuna di dalam pelajaran

Oleh itu, bersempena musim peperiksaan ini, maka mari kita refresh semula semangat Allahu ghayatuna di dalam study kita. Seorang mukmin seharusnya mengetahui priority mereka. Buat ketika ini, fokuskan diri pada study masing-masing.

Di samping, menguatkan hubungan dengan Allah tanpa meninggalkan hak sesama manusia. Jangan melengahkan solat subuh semata-mata kerana ingin stay up. Dan ini juga tak bermakna anda boleh tidak memasak untuk ahli beyt semata-mata kerana pulun belajar. Cuba untuk menstabilkan semua tanggungjawab anda.

Bila kepala anda sudah tepu, cuba ubah mood study. Jika perlu, cari rakan-rakan untuk belajar bersama-sama. Lakukanlah apa-apa sahaja, asalkan anda yang menguasai mood anda, dan bukan sebaliknya.

Don’t too stress. Stress is killing. Terus ceria mendepani imtihan ini. Kerana imtihan ini hanyalah salah satu fasa dalam kehidupan anda.

Kerugian besar menanti

Maka di dalam perjuangan kita, kekalkan matlamat ini. Jangan double standard dan jangan menukarkan slogan hidup ini.  

 Analoginya seperti orang yang bermain bola. Bola akan dihalakan ke arah gol.
Dan tiang gol itu tetap berada di tempatnya. Mana boleh memindahkan tiang gol sesuka hati.

Begitu juga untuk mendapatkan redha Allah, tetaplah matlamat itu di situ.

Satu perkara yang menarik tentang Allahu ghayatuna ini, ianya boleh dicapai oleh semua orang. Baik yang pandai, yang miskin, yang kurang pandai, yang kaya, yang cacat, orang yang kurang hafalan, yang sihat, yang sakit, yang bujang, yang sudah berkahwin dll semuanya mampu mencapai matlamat ini InsyaAllah.

Jika saya katakan, dalam masa 5 tahun semua orang mesti menjadi jutawan.
Adakah ianya rasional?

Saya rasa tak semua orang mampu untuk menjadi jutawan di dalam 5 tahun sahaja.

Tetapi, jika saya katakan semua kita perlu menjadikan Allahu ghayatuna sebagai matlamat, maka ianya rasional. Kerana Allah itu Maha Adil.

Semua mampu mencapai sorgaNya, walaupun dia bukanlah budak agama.
Medan apa-apapun kita, maltamat ini boleh dicapai insyaAllah.

Kesimpulannya, jika kita benar-benar beriman dengan slogan ini di dalam kehidupan kita. Kita seharusnya:

1-      Akan mengajak manusia kepada Allah mengikut cara yang disuruh oleh Allah
2-      Membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang
3-      Oleh kerana Allah matlamat kita, maka kita takkan berhenti berlari sampai saat kita bertemuNya. Ikhlas dan istiqamah sampai bertemu redha Allah
4-      Ikhlas. Kita tidak mengharapkan apa-apa ganjaran daripada manusia
5-      All out di dalam setiap perkara, termasuk di dalam study dan kerjaya.

Buat yang sedang menghadapi peperiksaan, Bitaufik wannajah imtihan dan teruskan mujahadah!
Allah melihat kepada effort dan bukannya effect!





Moga Allah redha,
Salam imtihan,


Musyirah Zulkarnain
Gombak, 6.40pm

Friday, May 8, 2015

Inspirasi: Dr Faizah 2.0




“ So, how was your attachment?” Dr Faizah bertanya ramah. Ketika itu kami berjumpa seketika di pantry PICU (Paedatric Intensive Care Unit), tempat Dr Faizah bertugas. Saya pula ketika itu sedang membuat attachment di bahagian Cardiothoracic surgery.

“ Haaa.. teruk kami kena belasah dengan Mr E. Dia tanya macam-macam medical questions. “ aku mula mengadu.

“ Tu la. I dengar jugak cerita you all kena marah dekat dalam operation room hari tu” (boleh bukak link ni utk baca peristiwa yang tak dilupakan tu)

Aduh, tak sangka sampai jugak berita itu di telinganya~

Aku terdiam. Kalau diingati pengalaman dimarahi teruk di OT tu, memang segannya terasa sampai ke hari ini.

“ Dah la.. you all jangan ambil hati sangat. Buat tak kisah aja. Bukannya sengaja nak marah-marah tu, untuk kebaikan you jugak. Sebenarnya, jujur saya cakap. Kami ni doktor-doktor pakar bukannya suka-suka nak marah-marah. Tapi untuk menjadikan you seorang doctor yang boleh berdiri sendiri, can stand by yourself, kami terpaksa tegas.


Let say kalau semasa HO, you buat salah, then kesalahan tu akan dipersoalkan kepada your MO. Sebab ketika HO, you masih lagi dalam tempoh pembelajaran. Tapi bila you dah MO nanti, semua kesilapan you dan anak-anak buah you, you yang kena tanggung.  Lebih-lebih lagi kalau kesilapan yang memudaratkan nyawa pesakit!

Biasa la.. jadi doctor ni, you kena marah dengan doctor pakar, dengan kawan-kawan doctor, kena marah dengan ibubapa pesakit, dengan pesakit itself and even you kena marah dengan nurse.

Tapi, semua tu bukan sengaja. Semuanya untuk menjadikan you seorang doctor yang boleh membuat keputusan sendiri di saat memerlukan. Takkan la setiap masa you nak tanya doctor pakar bila you nak treat patient?” Dr Faizah memberikan penjelasan. Yang mana ianya masih melekat di hati saya.

Cukup nasihat ini untuk mententeramkan hati saya yang dah rasa macam taknak sambung attachment ni sebab hari-hari kena marah.

***

“ Kenalkan ini Dr Musyirah, from Al-Azhar University”.

With proud, Dr Faizah akan memperkenalkan aku kepada doctor-doktor, rakan sekerjanya setiap kali aku mengikutinya di wad atau ICU. Selalunya aku akan attach dengan dia sehari dua setiap kali saya balik bercuti di Malaysia.

Aku hanya mampu tersenyum. 

'Jangan la tiba-tiba diorang tanya aku macam-macam. Karang tak dapat jawab, malu Al-Azhar disebabkan aku',  monolog hatiku.

Even ketika itu aku masih di bangku universiti, Dr Faizah akan memperkenalkan aku dengan title ‘ Doktor’ di hadapan namaku.

Segan aku dibuatnya.

“ Bestnya you belajar dekat Al-Azhar. The oldest university, I teringin sangat nak belajar dekat sana”

“ Bestnya boleh hafal al-quran sekali di Al-Azhar,” Ini komennya setiap kali nama Al-Azhar disebut.

Kekagumannya kepada Universiti Al-Azhar kadang-kadang membuatkan saya terfikir semula akan nikmat berpeluang belajar di gedung ilmu ini.

Kerana, seperti yang anda maklum dengan doktrin bahawa graduan perubatan Mesir kurang standard jika dibandingkan dengan lepasan dari UK, Ireland, Australia, dan Malaysia. Maka kebiasaannya saya akan inferior apabila memperkenalkan diriku adalah graduan medic dari Mesir.

But Dr Faizah is different. Dia mengajarkan aku erti menghargai dan bersyukur.

Mesir,

Bersyukur Tuhan campak aku ke bumi Mesir, bumi yang banyak mengajar aku erti kehidupan.

Bumi yang aku melihat orang-orang yang susah, bekerja keras membanting tulang.

Bumi yang tak pernah surut dengan perjuangan menuntut keadilan

Bumi barakah yang Ramadhannya tak pernah menghampakan, bagaikan berada di zaman sahabat. Masing-masing menghargai Ramadhan dan berlumba-lumba menambah amalan.

Bumi yang mengajar aku disiplin dan tak manjakan diri.

dan di Universiti Al Azhar khususnya, aku bersyukur Tuhan campak aku ke sana untuk bertemu lecturer yang sangat motherly dan suka memberi ilmu tanpa meminta balasan.

dan aku juga menghargai detik-detik mempelajari medic sambil menghafal Al-quran dan belajar subjek2 agama, yang menjadi tunjang kekuatan Al Azhar.


Terima kasih Allah.
 Terima kasih mami dan ayah.

dan terima kasih Dr Faizah


yang merindui Mesir,
MHZ

sri saujana, gombak,
8 Mei 2015
8.30 pm

Monday, April 27, 2015

Inspirasi: Dr Faizah 1.0





“ Hello Musyirah. How are you? Can you help me something?”

Satu hari Mr Hassan Nahla menelifonku. Ketika itu saya masih di tahun 2 pengajian. Mr Hassan ni kawan ayah saya. Egyptian yang menjadi tourist guide semasa family saya datang ke Mesir 6 tahun dahulu.

“ Hello Mr Hassan. Yes Alhamdulillah, I’m fine. Yes, surely I can InsyaAllah” saya membalas. Masih kehairanan kerana mendapat panggilan ini.

“ Actually, now I’m having a couple of Malaysian people, coming to Egypt for Conference at Alexandria. But for these few days, they’re visiting a few places in Cairo before going to Alexandria. “ Mr Hassan memulakan mukadimahnya.

“ Ouh I see” balasku ringkas. Masih menghadam butir-butir ayat tersebut.

“ So for now, they wanna go to Al-Azhar University. But I didn’t make any permission letter for it. And I was thinking about you. Mind if you help me to bring them inside? Visiting Al-Azhar University, your university” Mr Hassan sampai ke tajuknya yang sebenar.

“ Okay. When it is?”

“ Tomorrow”

Aku terdiam sejenak. Berfikir-fikir jadualku. Rasanya seperti tiada apa-apa perancangan keesokan hari.

“ Hello, Assalamualaikum. Musyirah ye. Saya Dr Faizah daripada IJN. Saya dan suami tengah ada di Kaherah ni dan saya nak sangat melawat ke University Al-Azhar, universiti tertua ni. Boleh bawakan kami?”

Sebelum saya sempat memberikan persetujuanku, tiba-tiba panggilan di sebelah sana sudah bertukar orang. Mendengar suara orang Melayu sebangsa denganku buat saya rasa tak sampai hati untuk menolak.

“ Okay, esok ye. Saya boleh InsyaAllah”, pantas terusku bersetuju.

“ Alhamdulillah.. Terima kasih banyak-banyak ye Musyirah”.


***

Itu saat pertama perkenalan kami. Masih terngiang-ngiang di telingaku akan panggilan telifon itu. Nak dijadikan cerita, keesokan harinya Mr Hassan menjemput saya di Hayyu Sabiek, Madinah Nasr. Kemudian, kami menuju ke Universiti Al-Azhar.

Sambil-sambil itu kami sempat bertaaruf ringkas di dalam van. Rupa-rupanya Dr Faizah merupakan seorang doctor pakar paediatric di IJN. Subspecialist in Paedatric ICU. Jarang-jarang saya menemukan pakar sebegini.  Dan lebih mengejutkan saya, Dr Faizah berumur hampir sebaya dengan mami saya. Logic pun, untuk menjadi seorang doctor pakar, pasti mengambil masa bertahun-tahun untuk mengambil master dan pHd.

“ Lama ke doctor di Mesir ni?”

“ Lebih kurang 5 hari. Tak payah panggil saya doctor. Panggil akak je.”

“Akak ke makcik?”

“ Makcik macam tua sangat. Akak pun boleh” dia merendah diri.

Demi menghormati permintaannya, saya memanggilnya dengan panggilan Akak sehingga sekarang. Even sebenarnya dia muda beberapa tahun sahaja dari mami.


Ketika kami sampai di pintu universiti, malangnya pakcik guard tak membenarkan kami masuk tanpa surat kebenaran.

Jadi, bagi mengubat kekecewaan kerana tidak dapat memenuhi hajat di hati, saya dan seorang rakan menemani pasangan ini membeli belah di Khan Khalili, yang terletak bersebelahan dengan Masjid Hussein dan Masjid Al-Azhar.

Alhamdulillah, puas hati kerana dapat membantu mereka. Untuk pengetahuan, jika anda tidak reti berbahasa arab dan membeli belah di sini menggunakan bahasa Inggeris, bersiap sedialah untuk diketuk. Pasti pak-pak Arab ni akan letakkan harga yang tinggi. Lebih-lebih lagi kepada mat-mat salleh! Harga boleh dinaikkan 5 kali ganda daripada harga asal!

Tapi bagi saya, ini lumrah jika membeli belah di mana-mana tempat pun. Lebih-lebih lagi jika membeli-belah tawar-menawar tanpa menggunakan bahasa tempatan di tempat yang tidak tetap harganya.


“ Terima kasih banyak-banyak Musyirah dan kawan sebab dah banyak membantu kami. Nanti kalau balik Malaysia, singgah la IJN tau. Boleh buat attachment sekali di sana.” Pelawanya kepada kami.

“ InsyaAllah. Lagipun IJN tu dekat aja dengan rumah saya”

Dan sejak itu, setiap kali saya pulang ke Malaysia, saya akan cuba menyempatkan diri menziarahinya di IJN. Malah saya sempat membuat attachment di IJN selama seminggu semasa pulang di akhir tahun 2 perubatan. 

***

“ So, how was your attachment?” Dr Faizah bertanya ramah. Ketika itu kami berjumpa seketika di pantry PICU (Paedatric Intensive Care Unit), tempat Dr Faizah bertugas. Saya pula ketika itu sedang membuat attachment di bahagian Cardiothoracic surgery.

“ Haaa.. teruk kami kena belasah dengan Mr Ezani. Dia tanya macam-macam medical questions. “ aku mula mengadu.

“ Tu la. I dengar jugak cerita you all kena marah dekat dalam operation room hari tu” 

Aduh, tak sangka sampai jugak berita itu di telinganya~


bersambung~


Sri Saujana,
MHZ,
27 April 2015

Monday, April 13, 2015

Contengan Kehidupan #3 : Jangan ambil risiko!




Edisi Pasca BFG


“ Erm, sebenarnya lama dah ayah nak cakap pasal ni. Dan Alhamdulillah malam ni ada kesempatan”, ayah memulakan bicara semasa dinner.

Aku hanya mengangguk.

‘Alamak, Ayah dah masuk tone serius. Harap-haraplah bukan bercerita tentang jodoh. Tak bersedia nak masuk bab ni lagi’, monologku seorang diri.

“ Ayah dah ceritakan perkara ni dengan Along dan Kak Tiqah. Sekarang turn Angah pulak.” Ayah memulakan mukaddimahnya.

Aku mula memasang telinga. Sambil-sambil itu menyuap laksa kegemaran ke dalam mulut. 

Kelihatan mami buat endah tak endah aja, laksa itu lebih menarik perhatiannya barangkali.

‘Hai, mami.. mami’.. hatiku tergelak kecil.

“ Ayah rasa perkara ni perlu dicakap, kerana Ayah observe, ramai anak muda sekarang ni kurang value ini. So, ayah nak mengingatkan angah. Lagi-lagi, nanti, profession angah sebagai doctor sentiasa memerlukannya”, mukaddimah ayah tak habis lagi.

‘Erm. nampak gaya macam bukan pasal jodoh. Okay, kena take serius ni’ hatiku tak habis-habis bersembang.

“ Dalam hidup ini, kita kena menjadi orang yang teliti. Jangan suka mengambil risiko!” Okay sampai ke point utama.

“ Apa yang ayah nak maksudkan di sini. Bila angah jadi doctor nanti. Jadilah orang yang cermat. Barulah kerja-kerja doctor nanti lebih teratur. Bila awak menjadi orang yang cermat, takkan ada kes tertinggal kapas ketika pembedahan, terlupa itu, terlupa ini.. indeed, bila awak tak tahu sesuatu, angah cakap je, saya tak tahu. Jangan mengambil risiko dengan bercakap sesuatu yang di luar ilmu kita...

“ Berbeza dengan orang yang suka mengambil risiko.. contohnya seperti football player. Pemain bola ni, especially attacker, bila dia dah di depan pintu gol. Dia kena sepak je. Masuk atau tak, itu rezeki. Sebabnya, kalau dia nak cermat sangat, ambil angle tertentu untuk gol, silap-silap bola itu akan ter passing kepada pihak lawan dan melayang peluang nak score. So, kerjaya football player tu memaksa dia menjadi seorang yang perlu mengambil risiko setiap kali menyepak bola”

“ Contoh mudah yang membezakan 2 jenis manusia ini, sama ada dia jenis yang cermat atau mengambil risiko ialah apabila awak menutup pintu pagar elektronik.

Seorang yang cermat, dia akan menekan butang tutup dan tunggu sehingga pintu tutup sebelum dia berlalu pergi.

Sebaliknya, orang yang mengambil risiko, dia akan menekan butang tutup pintu dan terus berlalu. Dalam hatinya terdetik, selamat dah tu. Tapi dia tak tahu, manalah tahu tiba-tiba pintu itu tersangkut dan sebenarnya tidak tertutup rapat! So, dia dah mengambil risiko terhadap keselamatan diri dan keluarganya.

Inilah yang ayah maksudkan tentang mengambil risiko dan tidak mengambil risiko. In my carrier, I’ve been trained by this. Kerja ayah dulu sebagai juru audit memerlukan ayah menjadi seorang yang sangat teliti. Check satu persatu laporan. Check setiap number, dari baris ke baris. Supaya tiada apa-apa kesilapan yang boleh dipersoalkan. And it develop this character in my life. “

Aku mengangguk. Setuju 200% dengan statement ayah. Dan mata aku sendiri melihat buktinya. 

Betapa Ayah sangat teliti dalam setiap perkara. Contohnya seperti ingin menggantungkan satu frame di dinding. Pada mata saya, frame itu sudah lurus. Tapi di mata ayah, ia masih tak lurus. Dan ayah akan betulkan walau dia hanya senget kurang seinci.

Matanya yang tajam membuatkan dirinya takkan duduk dia jika ada sahaja benda yang tak kena di matanya.

Even bila ayah berjalan di mana-mana, jika dia melihat sampah di kakinya, dia akan tunduk dan membuang sampah itu. Berbeza dengan aku yang hanya akan memandang sahaja sampah itu seolah-olah ia tiada, dengan harapan tiada siapa nampak kelibatnya. Atau berharap akan ada orang lain yang akan membuangnya. Haha

“ So, boleh setakat ini. Angah ada nak tambah apa-apa?”

“ Erm. Setuju semuanya. Perhaps, kalau kita bukan juru audit atau doctor pun, as muslim especially daie, kita memang perlu ada sikap ini. Contohnya bila kita disoal dengan sesuatu yang kita tidak tahu. Kita perlu bercakap, 'Aku tak tahu’. Mana boleh menghentam jawapan. Even Rasulullah pun tidak tahu semua perkara," aku menambah sedikit.

 ***

“ Tapi ayah, honestly, Angah mengaku Angah sukakan medic. Tetapi, angah tak suka kerjaya doctor.” Aku mengeluarkan statement. Berharap supaya Ayah faham dan tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

“ Yelah. Sebab angah tak jumpa lagi reason untuk angah mencintai kerjaya doctor tu,” Ayah membalas ringkas. 

'Mudahnya beliau bercakap, yang merasainya aku.' bebel hatiku.

“ Haritu, masa Ayah mukhayyam (camping), Dr M ajarkan kami pakcik-pakcik satu benda sahaja. CPR.

Bayangkan satu slot tu hanya belajar tentang CPR. Kerana, CPR ini sangat penting untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Basic life support.

Dr M ni pun dulu, menghadapi dilema yang sama seperti Angah. Hingga sampai suatu hari, dia perlu membuat CPR kepada seorang pesakit. Pesakit tu dah collapse, dan Dr M buat CPR almost 30 minit. (Berganti-ganti juga la dgn org lain).

Bayangkan, buat CPR tu sangat penat, dan dia berusaha sungguh-sungguh. Sehinggakan doktor pakar yang bersamanya meminta dia give up sahaja. 30 minit sudah terlalu lama untuk mencuba.

Tetapi dia tak mahu berhenti. Dia terus membuat CPR tersebut. Dan ditakdirkan Allah, finally pesakit itu bernyawa semula!

Subhanallah. Kalau difikirkan, kalau la Dr M sudah give up awal-awal, mesti pesakit itu sudah di liang kubur. Tetapi kerana tekadnya dan rezeki Allah, Allah ingin memberikan pengajaran yang mahal kepada Dr M. 

Starting from that, Dr M tak pernah give up di dalam medic. Beruntung menjadi seorang doctor ni, Dengan ilmu yang ada pada awak, awak boleh  menyelamatkan nyawa manusia. NYAWA. Bukan benda main-main. Bukan benda yang boleh di jual beli.

If ayah ada kesempatan untuk undurkan masa, of course Ayah akan ambil medic!”, ayah menyambung semangat. Ada sendu di hujung nadanya.

Kelopak mataku bertakung. Tak dapat menyembunyikan sebak di hati.

Terima kasih Allah. Kerana kau hadirkan sebuah cerita yang memberi semangat untuk aku melangkah di dalam bidang yang mencabar ini.

“ Soon, satu hari nanti, Angah akan jumpa kisah angah tersendiri” ayah menambah lembut.

“ InsyaAllah, angah tak dapat nak janji lebih-lebih dengan Ayah. Tapi, Angah berjanji dengan diri sendiri, at least habiskan HO 2 tahun tu. Lepas tu, depends kepada kemampuan diri. Maybe akan stay dlm medic ni, tapi boleh jadi angah akan ambil Master benda yang menyimpang dari medic ni”, balasku di akhir perbualan.

“ Tak apa. At least you finish your HO. Dah dapat license, then you nak sambung apa-apa, up to you." Ayah membalas janjiku.



“ Erm.. InsyaAllah, I’ll try my best. Tapi Ayah… Erm, boleh angah nak HO di Sabah?” innocently aku bertanya.


Terus Ayah menggeleng laju.


"Kalau iya pun,jangan lah jauh sangat.." sambungnya. 



*hampa*




Terus maju jaya semua :)





Take care people, 

MHZ,
13 April 2015
Sri Saujana, Gombak, KL

Friday, April 3, 2015

Rumah Islam Kita (RI)




"Memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepada Allah merupakan dua kewajipan asas di atas jalan dakwah dan wajib ke atas setiap muslim, lelaki dan wanita. 
Di samping dua kewajipan itu timbul lagi satu kewajipan yang tidak kurang pentingnya iaitu menegakkan rumahtangga muslim.


Individu muslim itu adalah seorang manusia akidah yang wajib disediakan untuk menjadi muslim yang sejati, yang menjadi contoh Islam yang sahih dan teladan pemimpin yang patut diikuti.

 Kita sangat memerlukan rumahtangga muslim yang menjadi contoh sebagai tiang yang kuat di dalam pembangunan masyarakat Islam." 
(Jalan Dakwah, Mustapha Mahsyur)



Maka disimpulkan di sini, terdapat 3 perkara asas di dalam dakwah:
1. Islah nafsak ( perbaiki dirimu) 
2. Wad'u ghairak ( menyeru orang lain) 
3. Menegakkan rumah tangga muslim.


Tetapi, sebelum mencapai fasa baitul muslim, terdapat satu fasa yang penting di antara Individu Muslim dan Baitul Muslim.


Iaitu RI. Rumah Islam.






Perumpamaan Rumah Islam

Rumah Islam seperti mengemudi sebuah feri. Yang dinaiki oleh penumpang-penumpang yang ingin menuju ke tujuan yang sama.


Islamnya rumah itu, bukan kerana namanya. Tetapi kerana Roh yang dibangunkan di dalamnya bersama-sama.


"Demi hidupmu, tidaklah negeri sempit kerana penduduknya. Tetapi yang menjadikannya sempit ialah akhlak pemimpin-pemimpinnya.” (As-Syahid Hassan Al Banna)

Saya melihat RI seperti sebuah negeri. Luas atau sempitnya rumah ini terletak kepada akhlak-akhlak penghuni di dalamnya. Tiada guna ruang tamu yang luas, bilik tidur yang banyak, tandas dan dapur yang selesa jika tiada roh islam di dalamnya.


Di dalam RI juga kita melatih 10 muwasafat tarbiah kita.

Namun tak dinafikan membina Rumah Islam adalah satu tarbiah yang sangat mencabar. Saya sendiri pernah melalui pelbagai adegan air mata sepanjang saya tinggal di RI.

Memilih dan mencari rumah yang selesa itu satu perkara. Kemudian membangunkannya dengan roh islam itu satu perkara pula.

Namun ketahuilah, di sebalik setiap mujahadah itu, terselit kemanisannya. Kerana kita tahu, kenapa kita bersusah payah membinanya.



1. Perbaharui niat. Menghidupkan RI adalah satu ibadah.

Seperti yang kita tahu, hidup di muka bumi ialah untuk beribadah. Baik kita belajar, bekerja, berkahwin malah harta dan masa kita adalah alat untuk beribadah. Maka, mendirikan rumah Islam itu termasuk di dalam salah satu ibadah.

Jika semua ikhwah akhwat merasakannya sebagai ibadah, maka semua mereka akan bersungguh-sungguh dan beriltizam untuk menjaga rumah itu sebaiknya. Bukan semata-mata RI itu kerana terpaksa atau kerana suka-suka.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., katanya, Rasulullah SAW bersabda, 

“Mudah-mudahan Allah merahmati seorang suami yang bangun pada tengah malam lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya sama-sama melakukan solat. Sekiranya dia enggan, maka dipercikkannya ke wajahnya. Mudah-mudahan Allah merahmati seorang isteri yang bangun tengah malam untuk mengerjakan solat dan juga membangunkan suaminya, jika dia enggan, maka dipercikkanlah air ke mukanya.” 
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Di dalam situasi RI ini, alangkah baiknya jika kita berkongsi masa beribadah. Berbahagi pahala bersama. Contohnya, seorang ukhti yang bangun awal, kemudian dia membangunkan ukhtinya yang lain, mengejut ukhtinya bangun sahur dll.

2. Kebahagiaan RI yang dicita-citakan.

Kebahagiaan ni sebenarnya datang dari dalam diri. Dari ketaqwaan kepada Allah. Bukannya bergantung kepada luaran: rumah yang besar, makanan yang mewah, perhiasan rumah yang cantik dan sebagainya.



Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui. (Al-Baqarah 2:103)

3. Iltizam dengan batas-batas Islam

Sudah nama pun Rumah Islam, maka haruslah ia selari dengan batas-batas Islam. Sayar teringat pesanan naqibah saya dahulu”

“ Seronoknya tarbiah di RI ni, bila awak nak tekan movie korea, dengar lagu-lagu lagha, calling2/sms lelaki ajnabi, awak akan terasa malu sendiri. Takkan la kamu sanggup membuat sesuatu yang bukan Islam di dalam Rumah Islam?”

*dush* Pesanan ini selalu terngiang-ngiang di telinga, especially bila saya tengah futur.

Selain itu, Elakkan boros di dalam berbelanja. Sekalipun kita ingin menghias rumah kita, pastikan ianya tidak membazir.

4.  Good communication dan saling menjaga ukhwah


Dalam kita berukhwah, terima kelemahan setiap ukhti dan sama-sama memperbaikinya. Banyak masalah yang timbul bila kita beranggapan bahawa ukhti-ukhti kita akan memahami kita. Padahal sebenarnya tidak.
Maka, seringkali berlaku kes-kes makan hati, kecil hati, sehingga terbawa-bawa kepada cakap-cakap belakang yang akhirnya merosakkan ukhwah sesama ukhti.

Hati-hati jika ini berlaku.

Sekalipun kita merasakan bahawa rumahku syurgaku, namun kita perlu sedar bahawa dunia RI ini bukanlah jannatun naim, syurga yang kekal. Tetaplah memiliki hati yang lapang dan sentiasa menjaga sensitivity hati ukhti-ukhti lain. Lebih-lebih lagi, perempuan ini terkenal dengan sifat emosionalnya.




5. RI adalah tanggungjawab dan amanah


Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.(At-Tahriim 66:6)  

Lazimnya, kita selalu caring bila ada ahli rumah yang sakit dan tidak sehat. Sebagai ukhti, kita berusaha untuk menjaga makan pakainya ketika itu. Sedaya upaya kita cuba memenuhi apa-apa keinginannya. Dimasakkan bubur sebelum ke kuliah dan ebagainya.

Namun, tidak pula kita prihatin dengan kesihatan iman ukhti-ukhti kita. Bila ada ahli rumah yang melambatkan solat, yang marathon drama korea, tidak pula kita terasa perlu menatang imannya dengan baik.


6. Rumah muslim sebagai pusat memancarnya cahaya

Kita mahukan rumah muslim yang menjadi rumah api yang memberi petunjuk kepada orang yang sesat di sekelilingnya. Menjadi 'penerang' kepada ummah. Menjadi qudwah. Api yg akan menghapuskan kegelapan di sekelilingnya.

Kemudian api-api ini akan bertambah dan bersambunglah daerah-daerah nur sehingga mampu menerangi masyarakat. Sehingga negara itu mampu menjadi negara islam yang kuat asas islamnya.


Maka, akhirnya Ustaziatul Alam itu pasti akan tercipta.

Buatlah visi dakwah, perancangan peribadi kita dalam meracang setiap perkara. 

Bagaimana kita akan menghalakan rumah islam ini, sebenarnya sedikit sebanyak begitu jugalah bagaimana kita menghalakan rumah tangga kita kelak. Jika kita letakkan mind set duniawi sahaja, maka kita akan menghalakannya kepada dunia sahaja dan sebaliknya.


Gravity RI

Menjadi tuntutan, para daie perlulah bekerja dan masuk ke dalam masyarakat. Jika para daie mengasingkan diri ke dalam kelompok mereka sahaja, bagaimana mahu memperbaiki masyarakat yang fasad?

Kemudian, selepas bergelumang bersama masyarakat.para daie memerlukan satu tempat yang menjadi recharge energy imannya. Dan di sinilah pentingnya RI kepada para duat. Di saat dia penat dan lelah menghadapi manusia seharian, dia perlu kepada biah solehah yang mampu menariknya semula kepada Tuhan.

Jika tidak, duat tersebut akan tersasar mengikut arus masyarakatnya yang kacau.


Oleh itu, marilah kita sama-sama membangunkan RI kita. Bak kata Muharikah,



Kita mengimpikan biah yang mampu menjadikan kita lebih melaju dan melonjak lebih kehadapan dalam dua aspek: hubungan dengan Allah dan amal dakwah.

Kita mahu hidup, tidur, makan, minum, gurau senda, dengan sahabat-sahabat yang melakukan semua perkara untuk Allah. Mempunyai rumah yang diinfakkan untuk dakwah. Rumah yang digunakan bukan sahaja dihiasi subuhnya dengan ma’thurat serta riyadus salihin, atau rumah yang memudahkan ahlinya untuk berqiyamullail, namun rumah yang intensif dan dinamik perbincangan dan praktikal amal dakwahnya.

Maka, lazimi membaca doa rabithah di dalam setiap doa kita. Supaya Allah sentiasa menyatukan hati-hati kita di dalam ketaatan dan ukhwah islamiah.

Saling support each other, dan saling menasihati dengan tutur kata yang baik. Hidupkan rumah kita, supaya ia mapu menjadi penerang kepada mad’u-mad’u kita, dan bukanlah sekadar sebuah rumah program.

Kerana sebenarnya masih ramai yang ingin tinggal di RI, tetapi tak berkesempatan kerana kekurangan RI dan sebagainya.


Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Anfaal 8:63)


Di sini saya juga ingin memohon maaf diatas mana-mana salah dan silap saya sepanjang saya berada di RI di Mesir. Terima kasih banyak-banyak kepada ahli beyt asrar, amru dan SQ kerana sudi menerima baik dan buruk saya sepanjang saya tinggal bersama kalian. Halalkan makan minum saya, atau ada terambil barang tanpa izin dan sebagainya. 

Moga Allah memberkati kehidupan kalian semua. (^.^) 
Selama-lamanya kalian tetap di hati.


** Sumber: Jalan Dakwah, Mustapha Mahsyur.


Uhubbukum fillah,

MHZ
3 April 2015, hari ketiga BFG,
10.40am

Gombak, KL