Pages

Thursday, October 18, 2012

Zulhijjah Menjenguk Lagi




Bismillahirrahmanirahim,

Assalamualaikum wbt,

Sedar tak sedar, 10 zulhijjah menjengah lagi. Tersenyum saya. Teringat dialog dengan seorang sahabat,

 "Jom puasa nak esok??"

Saya terkebil-kebil. "Puasa apa hari rabu?? Puasa ganti ke?? "

"Taklah, tak tahu ke esok 1 zulhijjah?". Saya menggeleng.

***

Kita selalu diwar-warkan tentang kelebihan berpuasa dan beramal kebaikan pada bulan ramadhan, lebih-lebih lagi pada 10 akhir ramadhan. Dan apabila bulan Muharam bakal menjelang, di sana-sini terdapat tazkirah tentang fadilat berbuat kebajikan pada 10 awal Muharram. 

Tapi, sejak saya sampai di Mesir, pertama sekali mendengar akan kehebatan 10 awal Zulhijjah. Tak pernah saya sangka yang rupa-rupanya di sebalik Hari Raya Eid Adha yang terkandung dalam bulan Zulhijjah, rupa-rupanya Allah sediakan lagi ganjaran yang tidak ternilai.

Allah bersumpah dalam Surah Al-Fajr:

 وَالْفَجْرِ . وَلَيَالٍ عَشْرٍ . وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ

“Demi fajar. Dan malam yang sepuluh. Dan yang genap dan yang ganjil”. (Al-Fajr: 1-3)


Sesetengah tafsir mengatakan bahawa sepuluh malam tersebut adalah 10 akhir Ramadhan. Ada yang mengatakan 10 awal Muharam. Dan ada juga yang mengatakan 10 awal Zulhijjah.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Nabi SAW telah bersabda :
ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام (يعني العشر)، قالوا: “يا رسول الله، ولا الجهاد في سبيل الله؟” قال -صلى الله عليه وسلم-: “ولا الجهاد في سبيل الله، إلا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك بشيء”.
Yang bermaksud :
Tidak ada amalan soleh yang lebih disukai oleh Allah SWT lebih daripada (amalan) pada hari-hari ini (iaitu sepuluh hari bulan zulhijjah). 
Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, sekalipun dengan jihad di jalan Allah?”. Rasulullah SAW menjawab, ”Sekalipun dengan jihad. Kecuali jika seseorang keluar dengan dirinya dan hartanya dan tidak kembali lagi (mati syahid)”

Ada pendapat yang mengatakan bahawa 10 awal Zulhijjah lebih disukai Allah daripada 10 akhir ramadhan. Mungkin kerana bulan Zulhijjah merupakan antara bulan-bulan haram. Juga pada bulan Zulhijjah, tiada biah (environment) yang menggalakkan umat Islam untuk berpuasa dan beribadah. Lain sungguh dengan suasana di akhir ramadhan, di mana kebanyakan orang berlumba-lumba untuk mengejar Lailatul Qadr. 

Malah, untuk mengerjakan Solat tahajud sungguh mudah. Alang-alang nak bangun sahur tu, boleh ditunaikan 2 rakaat solat sunat.  Budaya bersedekah juga tidak asing sepanjang bulan ramadhan.

Tetapi, dapatkah kita temui suasana tersebut sekarang? Pada awal zulhijjah ini? Sejujurnya saya melihat semua orang kepenatan. Penat berulang-alik ke kuliah, mengejar kuliah yang baru bermula. Program-program semakin rancak. Kelas-kelas tambahan baru membuka tirai. Peperiksaan dan ujian sedang menanti, dan sebagainya. Penat dan ekxosted. Ini perasaan saya yang dapat saya simpulkan.

Nah, tiba-tiba ingin berpuasa 10 hari? Hehe..memang cabaran besar menanti. 
Tapi, rupa-rupanya Allah sangat mendengar bisikan hati saya. Didatangkan bersamanya hadis-hadis yang membakar semangat untuk terus berjuang.

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
 Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai Allah daripada hari-hari sepuluh ini (1 - 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda. (HR Al-Baihaqi)

Menurut satu lagi hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda:
Pada 1 Zulhijjah, 
Pada Hari itu kesalahan Nabi Adam telah diampunkan oleh Allah Taala. Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu, diperkenankan oleh Allah akan doanya.
Pada 2 Zulhijjah, 
pada hari itu, doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah. Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu, seolah-olah dia berpuasa setahun dan tidak pernah membuat maksiat sedikit pun. 
Pada 3 Zulhijjah, 
Pada hari itu doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah.  Barangsiapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala dosa-dosanya.
Pada 4 Zulhijjah, 
pada Hari itu Nabi Isa dilahirkan. Barangsiapa berpuasa pada hari itu, terhindar ia daripada kefakiran dan kemelaratan. Dan pada hari kiamat kelak, ia akan tergolong bersama-sama dengan orang-orang terhormat.
Pada 5 Zulhijjah,  
Pada hari ini Nabi Musa AS dilahirkan. Barangsiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik dan seksa kubur.
Pada 6 Zulhijjah, 
Pada hari itu Allah membuka pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya,  Barangsiapa berpuasa pada hari itu akan dipandang Allah dengan pandangan rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.
Pada 7 Zulhijjah, 
Pada hari itu, pintu neraka jahanam akan dikunci dan dibuka semula selepas 10 Zulhijjah.  Barangsiapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah 30 pintu kesulitan dan dibukankan Allah 30 pintu kesenangan.
Pada 8 Zulhijjah, 
Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah darpada Allah supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail. Seharian beliau berfikir adakah ini arahan daripada Allah atau bisikan syaitan. Hari ini dinamakan Hari Tarwiya (hari berfikir).  Barangsiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan memberikannya pahala yang tidak terhitung jumlahnya dan hanya Allah yang mengetahui nilainya.
Pada 9 Zulhijjah,
pada hari itu, Allah memberitakan bahawa perintah menyembelih itu sememangnya perintah daripadaNya dan bukanlah bisikan syaitan. (Justeru hari ini dinamakan Hari Arafah-Hari Tahu) .  Barangsiapa berpuasa pada hari itu, akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
Dan pada 10 zulhijjah, 
hari ini dinamakan Hari Nahar (Hari penyembelihan). Barangsiapa yang berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher binatang itu akan diampunkan Allah dosa-dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barangsiapa yang bersedekah dengan memberi makan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka dia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal kebaikannya lebih berat daripada Bukit Uhud"
*Hadis ini adalah Hadis Hassan.
***
Apakah Amalan yang digalakkan??
Solat
 Thauban RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu.” [HR Muslim].
Puasa 
Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari setengah isteri-isteri Rasulullah r berkata: “Rasulullah  berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.” [HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei]

Kata Imam An-Nawawi :: Berpuasa pada hari-hari sepuluh adalah sunat yang sangat digalakkan.

Banyakkan berselawat, takbir, tahmid, dan tahlil

 Ibnu Umar yang di atas mengatakan: “Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).”

Antara lafaz-lafaz takbir yang diriwayatkan oleh para sahabat dan tabiin:

الله أَكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر كَبِيْراً.

الله أكْبَر. الله أكْبَر. لا إِلهَ إِلا الله وَالله أكْبَر.

الله أكْبَر. وَلِلّهِ الْحَمْد.

الله أكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر.

 لا إِلهَ إلا الله وَالله أكْبَر.

الله أكْبَر. الله أكْبَر . وَلله الْحَمْد.


Bersedekah

(^.^)

Betapa sayangnya Allah kepada kira semua, Dia tak tinggalkan kita terkapai-kapai macam tu sahaja. Dalam kita kepenatan mengharungi kehidupan, Dia datangkan lagi bekalan untuk kita. Bekalan ibadah dan bekalan cintaNya.
Indahnya hidup menjadi orang muslim, buat apa-apa sahaja sudah mendapat pahala. 

pembaca sekalian, Kullu sanah wa antum bikhair~ (^.^)


musyirahanan,
bait SQ, kaherah
10.25pm. 1 zulhijjah 1433H

Saturday, October 13, 2012

Beginning of 5th year...


قريبا سنصلى في القدس
(Tidak lama lagi, kita akan solat di Al-Quds..InsyaAllah, Ameen)

Assalamualaikum wbt..


Selamat kembali ke sekolah!!! Sekolah perubatan. A long journey, but then just leave 2 years and half.

Pejam celik pejam celik. Tak sangka. Taat sungguh makhluk bernama MASA menunaikan tanggungjawabnya kepada Tuhan Cengkerawala.

Sudah 4 tahun aku merantau. Mencari erti kehidupan di rantau orang.

Kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan... Dan aku sangat setuju~

Semalam sembang-sembang dengan adik bongsu, melalui Viber.

"Hakim ikut ke mami dan ayah melancong, masa cuti sekolah nanti??"

"Takkan Akim tak ikut kot, time tu kan besdey Akim. Mami buat untuk Akim, Akim tak ikut pulak.."

"Mana aci...hakim kecik-kecik lagi dah dapat hadiah best..Angah dah besar ni pun tak dapat hadiah best-best"

"Mesir tu hadiah angah la. Hari jadi angah sehari je, tapi angah duduk Mesir berapa lama??"

Aku terdiam. Dalam hati, tipulah kalau tak cemburu dengan Hakim yang kecik-kecik lagi Allah bagi rezeki melancong ke luar negara.

Dan selepas mendapat jawapan dari Hakim, buat aku terdiam. Dan terfikir mungkin kami saling mencemburui dalam diam. Mencemburui rezeki masing-masing.

juga terfikir kesahihan kata-katanya... "Mesir tu hadiah angah la. Hari jadi angah sehari je, tapi angah duduk Mesir berapa lama??"

MESIR.

Tipulah kalau aku tak menchentainya.

Teringat lagi sewaktu aku mendapat SMS diterima masuk ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Aku ingatkan ada orang yang nak Wakenabeb aku. Yelah, masa tu aku dah seronok belajar di KMJ, Tangkak. Dah dapat kawan baru. Dapat roomate yang kamceng. Tiba-tiba dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Mesir. Bila masa aku apply aku pun tak tahu. Rupa-rupanya ini semua komplot mami dan ayah. Mereka mahukan salah seorang anak-anak mereka belajar dan graduate dari Timur Tengah.

Aku terfikir, kenapa aku yang terpilih?? Kan ada lagi anak mami ayah lain yang pandai2??

Dan tanpa persiapan yang mengujakan. Cukup-cukup hidup. Aku akhirnya sudah menjejakkan kakiku di mesir, Bumi brakah ini. Mujurkah alongku belajar di Rusia, kiranya pernah la aku melihat beliau mengemas beg pakaian untuk ke sana. Beg penuh dengan rempah kari, kunyit, sup bunjut, stok tomyam, ikan sardin dalam tin, maggi dan sebagainya. Aku pun mengikut jejak langkah beliau.

Tup tup....dah nak masuk ke tahun 5 aku dalam dunia perubatan ni. Masa berlalu pantas. Banyak sangat pengalaman pahit manis yang tak dapat nak diabadikan dengan tulisan.

Biasanya aku suka menulis pengalaman aku suka duka di sini. Untuk tatapan anak cucu cicit kelak.  Untuk mengabadikan kenangan detik-detik kehidupan. Dan kebanyakan gaya penulisan aku berkaitan dengan peristiwa yang aku sendiri alami.

Bila tengok balik muka kawan-kawan seorang-seorang. Nampak sangat perubahan dari Tahun 1 dahulu. Semua pun dah makin matang dan bergaya. Dulu masing-masing kecik je rasa nak mengharungi hidup di bumi Mesir ni. Dengan nak bertembung dengan pak dan mak arab yang besar-besar. nak rebut-rebut naik bas atau tremco. Nak bercakap pun macam ayam itik. Bahasa arab yang cukup-cukup makan. Jadual kuliah yang sangat pack sampaikan nak solat zohor pun kena curi-curi masa in between lectures. Jadual makan tak payah cakap la. Biasanya kami makan dinner sahaja, qada` sekali lunch yang hanya sempat kulum gula-gula. Itu pun jika terjumpa dalam beg kuliah.

Dan kehidupan mencabar macam ni lah yang mendewasakan kami. Sampaikan sekarang, kami masih boleh tersenyum jika tersesat jalan.

"Alaa, ape susah. Tanya je Pak or Mak Arab di sekeliling. Mereka pasti sudi menolong.."

Dan aku hanya tersenyum mendengar keluhan adik-adik junior yang katanya jadual kuliah pack. Cuti hanya sehari. Tak reti berbahasa arab. Rumah sewa tak chantek. Selalu kene tipu dll....Sebab aku pernah merasai keperitan semuanya itu~

Dan aku tahu dengan cara ini sahaja dapat mematangkan mereka~

Selamat datang ke Tahun 5. (Walaupun dah seminggu kuliah bermula)

Subjek2 yang belajar, macam tengok dalam movie-movie medic..

Macam diri sendiri dalam cerita House tu. Now, I`m practicing to be a Safe Doctor. Means, doctor yang boleh buat decision yang tepat, pada waktu-waktu yang gawat. Doktor yang boleh merawat simptom2 penyakit, malah merawat puncanya sekali. doktor yang hidupnya untuk berbakti kepada ummat, tanpa jemu dan letih.

InsyaAllah. Doakan..it is a long journey..

Kata my Professor, "Kita ni merawat manusia. Ibarat merawat mak awak, kakak awak, nenek awak...dan bukannya merawat kayu.."

Ye, aku faham cabaran yang bakal menunggu, tak mungkin sesenang memasak megi. Tapi InsyaAllah aku sangat yakin yang Allah sentiasa di sisi..

Buat junior2, selamat datang ke Mesir. Ini bumi barakah. dan aku sangat terhutang budi dengan Mesir ini. Bukalah hati untuk menerima setiap cabaran yang mendatang.

Kata orang, duduk di Mesir ni, Allah memang sengaja nak bagi pahala lebih dekat kita. Pahala SABAR.


MESIR. 
مصر
 م - Musibah
ص - Sabar
ر - Redha

Yok, JOM kaut banyak-banyak permata di sebalik debu-debu Mesir ni.. (ayat klise senior-senior..hehe)


dan, sahaja aku belajar perubatan ini, untukMu Ya Allah...mudahkanlah setiap urusanku, dan semoga ijazahku ini akan menyumbang kepada kebangkitan Islam kelak. Ameen~


قريبا سنصلى في القدس
(Tidak lama lagi, kita akan solat di Al-Quds..InsyaAllah, Ameen)
(^.^)



p/s: I LOve u... Mr. Medic ;)


yg semakin dewasa,
musyirahanan
2.02 am
bait Saifuddin Qutuz, Kaherah, Mesir terchenta

Monday, October 8, 2012

6 October


Alhamdulillah....

6 October datang lagi...

Ape yg best sangat tarikh ni?? Jika ditanyakan kepada rakyat Mesir, mereka sangat berbangga dengan tarikh ini. Malah, dinamakan jambatan, kawasan perumahan, jalan raya, dan banggunan dengan tarikh ini.

Pada tarikh ini, berlaku Peperangan 6 October 1973 di antara Mesir-Israel. Dan, kemenangan ini mengambil masa 5-6 jam sahaja. Juga peperangan ini berlaku pada bulan ramadhan. Sewaktu panas terik, selepas zohor. Betapa haibat dan gagahnya tentera Mesir. Terbukti, mereka memang tentera yang terbaik.

and apa yg best sangat tarikh ni untuk saya?? Hehe, it is my Birthday.

Malam sebelum tidur tu, elok2 je lepas cabut gigi, dengan tengah kulum lagi kapas untuk elakkan pendarahan, datangla housemate and BFF buat suprise dengan kek ais krim. Thanks a lot semua. Terharu, dah tua-tua pun dapat potong kek lagi. *uhuk-uhuk*

Then, bangun pagi-pagi, terus call mami ayah... "Ayah, Mami, terima kasih sebab lahirkan dan susah-payah besarkan angah, sampai angah dah jadi angah yg sekarang ni..."

Ayah: Angah harini tak kuliah ke?
Saya: Eyh, kan harini memang cuti. Best la, tiap-tiap tahun, besdey angah mesti cuti.
Ayah: Untungla dapat cuti... ;)
Saya: Hehe. cakap Terima Kasih la dekat mami sebab pilih tarikh ni. Angah lahir lewat sikit je, melepas la...hehe
Mami: Hehe, untung la angah duduk di Mesir. Kalau dekat Malaysia, tarikh ni tak special mana pun... (mami menyampuk tiba-tiba)

dan gelak kami pecah beramai-ramai. Alhamdulillah, anyway, thanx to Allah yang memilih aku untuk dilahirkan ke bumi ini, untuk memegang tanggungjawab menyebarkan syiarNya. InsyaAllah..

Then, saya dan kawan-kawan bersiap2, pergi ramai-ramai mengeluarkan peluh dekat court. Pergh, puas hati dapat main bola sejam. Lepas dah elok-elok semua kurus, jalan kaki 10 minit dari situ, terus kami pekena 'Asir (Air Jus). Asir dekat Mesir memang terbaik dan harganya boleh tahan. Bayangkan kalau minta Asir Peach, macam minum air peach original yang baru lepas perah. Tanpa gula dan memang sangat sihat!! Terbaik la~ hehe

Petang tu sepatutnya ada kelas Arab, tapi ustaz kami kata nak pergi ke stadium Kaherah untuk berjumpa dengan Dr Muhammad Morsy, yang akan mengadakan perjumpaan dengan rakyatnya.

"Minta Maaf, kelas terpaksa dibatalkan. Dr Morsy nak bercakap dengan saya. Saya nak pergi mendengar ucapan Dr Morsy esok.." 

hamboiii, kemain jawapan Ust Syerif bila tanya ada kelas Arab tak esok hari.

Haish, takkan nak lepaskan peluang sekali sekala ni, kami pun siap-siap lepas zohor tu dan join sekaki~

Bila sampai je di Stadium Kaherah (Istat Kaherah), Subhanallah, ramai sangat manusia. Masing-masing datang bersama keluarga, dengan muka girang dan bersama bendera Mesir di tangan. Dengan bangganya bendera terkibar. Ada juga yang semangat sangat, sampai mewarnakan bendera Mesir di pipi masing-masing. Tak kalah jugak dengan yang memakai NameTag yang terpampang wajah Dr Morsy.

dgn Ust Syerif, Bakri dan Ustazah Isra'
Aku senyum dalam hati. Seriusly, kagum dengan semangat cintakan negara mereka. Betapa bangganya dan Izzahnya mereka dengan negara terchenta, dengan pemimpin mereka, Dr Morsy. Dan aku tercari2 jawapan dalam hati, kenapa aku tak rase macam ni dekat Malaysia?? hurmm...

Dan lepas menunggu beberapa jam, akhirnya Dr Morsy datang...lewat daripada masa yang dijangka. Tapi, kagumya aku rakyat Mesir ni tak marah-marah pun. Malah mereka masih mengibarkan bendera Mesir, dan ramai2 menyanyi lagu negara mereka sambil diiringi muzik yang dimainkan sementara menunggu ketibaan Dr Morsy. Yang paling best, semua orang dekat stadium ni, buat ombak tangan ramai2, meriah satu stadium dengan ombak dari kanan ke kiri. Dan bila waktu solat masuk, kedengaran Azan dari speaker. Dan ramai-ramai lelaki yang tengan berada di padang sama-sama untuk menunaikan solat. Subhanallah...!! *Errr, dekat Malaysiaku terchenta ade ke scene mcm ni??*

"Wallahi (Demi Allah), ini kali pertama Azan berkumandang di Stadium ini. Ini satu keajaiban selepas tumbangnya Husni Mubarak", kata Ustaz Syerif, yang juga teruja dengan scene ini.

Dr Morsy, datang dengan machonya menaiki kereta, diiringi bodyguard2 beliau. sambil melambai2 ke arah rakyant yang setia meyokong beliau. Tepukan gemuruh kedengaran dan laungan beramai2..." Bahibbak ya Morsy. Nahya Misr" (Kami sayangkan kau Morsy. Hidup mesir)

untungla bodyguard tu, dapat jumpa Morsy hari-hari..hehe
Hampir 7 minit kebingitan ini melanda stadium Kaherah. Semua orang teruja dan gembira. Dan apabila Dr Morsy duduk mengambil tempat di atas pentas, bagi memulakan ucapan, tepukan gemuruh masih lagi tidak surut. Bila Dr Morsy memberikan salam, bergegar stadium dengan sambutan salam tersebut.

"Assalamualaikum wbt. Kepada semua rakyat Mesir yg dihormati. Saudara lelakiku, dan saudara Perempuanku sekalian.......Rakyat Mesir, atau rakyat bukan mesir....."

Ucapan pembukaan yang mebuatkan semua orang merasa dekat dengan beliau. Mana ada pemimpin yang akan mengaku rakyat-rakyat beliau adalah saudara beliau?? *dengan ikhlas hati*

Dan ucapan diteruskan hampir sejam lebih.Kesimpulan daripada ini. Saya rumuskan apa yang terlintas di hati...:

1- Betapa bangganya rakyat Mesir dan excited nye mereka untuk berjumpa pemimpin negara yang mereka hormati. Tak perlu di sogokkan dengan apa-apa. Rasanya kalau di Malaysia, kalau takde jamuan makanan, takkan ade ramai yang nak hadir. Dan tak memasal tambah dalam bajet negara, makanan untuk rakyat.

2- Masa menanti ketibaan Dr Morsy, saya cuba membayangkan suasana ketika Rasulullah tiba di Madinah selepas berhijrah dari Mekah. Betapa excited dan tak sabarnya mereka. Betapa girangnya mereka untuk bertemu pemimpin yang dikasihi. Tanpa jemu, walaupun lewat daripada masa yang dijanjikan. Memang takkan sama la perasaan ini, dengan perasaan excited para sahabat untuk bertemu Rasulullah, tapi nak kata Pemimpin kalau dihormati dan menunjukkan akhlak yang mulia, memang akan disayangi rakyat. betul x?

3- Apakah perasaan apabila melihat semua orang bersatu??? Haaa!! itulah perasaan melihat kesatuan rakyat Mesir ini. Mereka melaungkan lagu beramai2. Sorakan beramai2. Satu hati. Satu nada. Excited. Ala-ala sorakan masa sukan sekolah dulu. Saya pun join sekali, sampai rasa nk jd orang mesir je. huu

"ouh, ada satu lagu tu, mereka nyanyi...


.....ارفع راسك فوق انت مصري
....ارفع راسك فوق مع مرسي

(Angkat kepalamu keatas..kamu orang Mesir..
Angkat kepalamu keatas.. dengan Morsy...)

dan ustaz Syerif terus pandang kami, "Tunduk. tunduk..orang Mesir je boleh angkat kepala..."

Sedih gila~~~!

4- Nampak satu banner tertulis SINAI 1973. GAZA SOON...! Subhanallah, saya sangat yakin dengan naiknya pemimpin seperti Dr Morsy, ummat islam akan dapat solat di Masjid Al-Aqsa tak lama lagi. InsyaAllah!! Allahumma Ameen.. Tapi, dengan syarat kita pun kene la bekerja bersama-sama beliau. Bukan hanya melihat dan menunggu. Macam mana agaknya bila Islam menjadi World Order suatu hari nanti?

Teringat kata-kata seorang ukhti,


sedar atau tidak, MEREKA, KITA dan AKU! berada dalam lipatan sejarah ini..

hari ini juga, AKU HANYA mampu bersorak gembira, share news di FB, tangkap 
gambar sebanyak yg boleh dan upload..itu tidak memadai..
x sekali2 mampu merasai kepuasan mereka, kesyukuran mereka!

Allah!
biarlah pada hari Islam mencatatkan sejarahnya pula utk KEMBALI memerintah dunia, 
AKU adalah salah seorg drpd mereka yg gembira, lantas SUJUD tanda syukur x terhingga,
 menangis, mengangkat tangan dan berdoa, melaungkan takbir dan tahmid kepadaNya..

BUKAN semata2 bersorak bertepuk dan terkinja2, 
TANPA SATU AMAL dan penat lelah pun yang Engkau kira!

T_________________T


Pembaca sekalian, macam mana nak meyumbang kepada kebangkitan Islam nanti?? Masing-masing tepuk dada, tanya Iman.

bagi saya, Dakwah adalah jalan terbaik. Perbaiki diri dan menyeru orang lain (^.^)


5- Dalam ucapan beliau, Dr Morsy selalu mengingatkan supaya Ikhlas dalam setiap perbuatan. Dengan ikhlas sahaja setiap amalan akan mengikut acuan Allah. Dan beliau berkata, bekerja dengan jujur, dan takkan ada lagi riba selepas 25 januari...

6- Antara simple dakwah yang saya nampak selama duduk menunggu, ada seorang pemuda, menulis sesuatu atas kertas dan pas dkt crowd yg ada dekat situ. Dan kertas kecik tu ter pas ke orang sebelah dan seterusnya. Bila sampai di depan saya, Subhanallah...tertulis..." Sollu ala Nabi... (selawat atas Nabi)"..

Simple bukan?? dengan hanya menulis beberapa seruan berzikir, selawat, istightar dan pas kepada orang sekeliling, dibaca oleh seberapa ramai manusia, anda boleh bayangkan berapa banyak pahala yg tengah masuk dalam akaun pemuda tersebut???  Wallayeh~ Jom try~


** Satu laungan yang paling saya suka.... "جيش وشعب يد واحدا" maksudnya, Tentera dan Orang awam, dalam satu tangan.

** Saya dapat rasakan saya akan merindui detik-detik seperti ini, bila saya balik ke Malaysia nanti. Dan saya sangat-sangat berharap rakyat Malaysia akan menjadi seperti ini juga. Akan bersatu hati, ameen!!


p/s: Thanx a lot kepada mereka-mereka yang wish besdey saya, dan yang mendoakan saya. Terharu. and also, hepi birthday to Aisyah Fitriah, Rasyidah siddek dan Annisa farihin :) Saya kalian kerana Allah~


bait saifuddin Qutuz (SQ),
1.52 am
22 zulkaedah 1433H

Sunday, September 23, 2012

of Matrouh


Matruh memang terbaik~



ammu said: nah, awak semua boleh petik sendiri kurma dengan tangan sendiri. Macam dekat syurga nanti~
ammu idris: Betul.. Jika kita tinggalkan perkara2 maksiat, masuklah kita ke dalam Syurga dengan mana-mana pintu yang kita sukai.

tersentuh hatiku dan birai mataku terus bergenang!

Subhanallah!! Best sangat kalau dapat masuk syurga kan?? terbayang keseronokannya berada di tempat yang sangat dihajati.

Siapa je yang tak nak tu, hai, mmg laaa........ T___T

*********************************************************************

Alhamdulillah 3 hari lepas, Allah berikan nikmat yang tak dapat nak diucapkan..
Dapat merehatkan diri dan refresh semula Iman dan Hamasah (semangat) di Matrouh..

Betul sangat, jauh perjalanan..luas pemandangan..dan Semakin dekat diri kita dengan alam, sepatutnya semakin dekat diri kita dengan pencipta alam ini...Allah Taala~

Subhanallah...Chantek sangat pantai2 dekat Matruh ni, beraneka warna dan lapisan. First time tengok warna laut yang sangat jernih, terus rasa nak terjun je...huu... Alhamdulillah, Allah mudahkan semua urusan. Dengan penginapan yang walk-in, baru nak cari bila dah smpai sana. Alhamdulillah dapat satu apertmen yg chantek dan luas. Muat untuk kami semua dengan selesa. Perjalanan memakan masa 6 jam daripada Kaherah. Menaiki Tremco bersama 15 orang lagi (termasuk driver kami, Ammu Said yang sangat baik hati dan sabar melayan karenah kami semua), memang sangat teruja~ Berjalan makan angin dengan akhawat memang OSEM!!! Di samping berehat tetap mengingatkan diri kita kepada Allah. *siap dalam hati nyanyi lagu One Big Family Maher Zain..ehe*

Pantai yang chantek. Air yang jernih bersih. Apartment yang luas selesa. Akhwat yang Osem dan macam keluarga sendiri. Makanan yg kami semua masak bersama-sama yang penuh dengan resipi kasih-sayang. Ditemani dan di guide oleh Ammu Said dan Ammu idris yang baik dan sabar melayan kami yang nakal (tak sangka dekat dunia ni ada lagi manusia yang tulus). Dapat ziarah kebun kurma dan makan sepuas-puasnya hasil kurma yng dipetik. Sambil tadabbur alam dalan laut, berenang2 sampai kecut. Perasaan dapat berkelah, sarapan lunch di tepi pantai. Dapat mandi manda pantai, terjun dan belajar menyelam yang sampai muka pun jadi macam anak negro sebab gelap.

Subhanallah dan Alhamdulillah. Tak terkata perasaan ini. Masyuk sangat! Yelah, cuti musim panas yang dihabiskan di Malaysia, rasa tak puas sebab tak dapat pergi berjumpa alam (macam air terjun, laut, hutan etc). Kesedihan tu dah terbalas. Allah Maha Mendengar, Thanks Allah!! Thanks soooo much!! *tak sia-sia balik ke mesir awal.

Ni baru satu nikmat yang dapat dekat dunia ni. Tak terbayang macam mana dekat Syurga nanti. Dapat duduk dengan orang-orang muda dan bidadari yang chantek jelita. Dapat makan apa-apa yang dihajati. Tidur atas katil dan singgahsana yang empuk. Dapat minum air sungai yang penuh dengan susu, madu, dan arak yang tak memabukkan. Di sekeliling kita hanya orang-orang yang baik dan perkataan yang baik sahaja wujud di Syurga sana. Masing-masing sibuk membilang keseronokan dan hidup mewah dalam istana mahligai masing2. *Berangan nak minta dekat Allah sungai yang penuh dengan coklat. dan almari penuh dengan baju chantek2*

Tak dapat nak bayangkan perasaan tu. Even bila kita gambarkan, tak mungkin sama dengan gambaran yang di dunia ni. Tak mungkin sama, walaupun sekelumit. Hakikatnya, Syurga tu sangat Indah dan takkan dapat kita bayangkan.

memula sampai. Geram tengok kejernihan air dia~

Teluk Agiba

Hamam Cleopatra

Ammu Idris (kiri) dan Ammu Said (kanan) yang setia bersama kami~ Semoga Allah memberkati mereka

nak masuk ke kebun kurma *Mulakan misi memetik kurma*

evening shoot! Terbenam je matahari, terus nampak bulan sabit. Subhanallah~


****************************************************************

Semua orang Islam insyaAllah akan masuk ke Syurga. Pasti. Sama ada directly masuk tanpa dihisab. atau pun selepas dihisab. Ataupun selepas "dibersihkan" oleh neraka.

Tapi kita elakkan la pilihan yang ketiga tu T___T

Dan semua orang akan masuk ke Syurga dengan pintu masing2..

Orang yang kuat bersedekah, akan masuk ke pintu Sedekah.
Orang yang berilmu dan saling mangajar dan mengamalkan ilmunya akan masuk ke dalam Pintu Ilmu.
Orang yang kuat beribadah akan masuk ke pintu Solat.
Orang yang rajin berpuasa akan masuk melalui pintu puasa.
dan begitulah seterusnya...

Tapi, kita boleh claim ke yang kita ni kuat beribadah? kuat puasa etc..
Rasanya...orang yang ikhlas takkan mengaku yang dia Ikhlas....ye tak??

So, Keep on moving..Keep on doing great deeds...

Teruskan membuat kebaikan. Dan semakin hari semakin banyak kebaikan yang kita cuba hasilkan. InsyaAllah.. Sebabnya kita tak tahu dari pintu mana kita akan masuk ke Syurga nanti.

Dan kita tak tahu di tingkat berapa Syurga kita nanti.
Mesti la kita nak masuk ke Syurga yang tertinggi kan?? Bersama dengan para Nabi dan sahabat sekalian.
Hanya Syurga yang tertinggi kita dapat melihat wajah Allah.
Takkan la kita tak nak tengok wajah kekasih kita kan?? Yang selama ni mencintai kita dan akan terus mencintai dan menyayangi kita~

Yok, jangan cepat lelah. jangan cepat penat. sebab Syurga bukan untuk orang yang malas dan cepat berputus asa. SYURGA TEMPAT ORANG HAIBAT-HAIBAT JE...! Jom kejar Syurga!!!


p/s: Akhawat yang sangat saya kasihi...
yang sudi bercuti bersama2. Saya tak dapat nak describe macam mana perasan saya yang berbunga-bunga ni. Seronok sangat dengan nikmat Ukhwah yang Allah kurniakan. Alhamdulillah Allah ikatkan hati kita dengan jalan Islam ni. Jalan Dakwah dan tarbiah ni. Semoga Allah tetap teguhkan hati kita dan permudahkan langkah-langkah kita mengejar redhaNya. Semoga jika langkah kita tersadung, Allah akan hadirkan semula kekuatan untuk kita bangun... Ameen...

khas utk semua.... " One Big Family, Maher Zain..." (",) dan selamat kembali ke sekolah! Tajdid niat kita semua~

kami~ (",) akhawati fillah~


Love from Bait SQ,
1.41 pm

Sunday, September 9, 2012

Refleks



“ Ya, ada apa yang boleh saya bantu??” 
“Doktor tolong check kan gigi saya, kot-kot ada yang berlubang. Tampalan gigi saya ok tak??”

“Ok, nanti saya tengokkan. Ada apa-apa ke lagi?”
“ermm, bila saya gosok gigi, kadang-kadang berdarah”

“ermm, biasa benda ni berlaku. Gingivitis (Radang Gusi). Sebabnya bila gigi awak ada infection bacteria disebabkan ada tinggalan makanan dan sebagainya, bacteria akan menyerang gusi awak. So, badan kita lawan balik dengan hantar banyak darah ke sana. Nampak tak gusi awak tu bengkak?? Lebih besar dari gusi yang bahagian lain??”, jawab dentist sambil menunjukkan gusi atas kanan saya. Saya hanya mengangguk2 sambil ternganga.

Saya terfikir," bukan ke hari-hari saya gosok gigi, 2 kali sehari lagi tu, takkan lah still ada makanan yang tersekat??”, bicara hatiku.

“ Kadang2, bila kita gosok gigi tu, dah jadi reflex. Kita dah gosok gigi dari kecil. Dah jadi tabiat. So, bila kita gosok gigi salah caranya, sampai ke besar la salah cara kita. Kita dah tak fikir dah bila kita tengah gosok gigi. Bangun-bangun tidur kita terus masuk tandas, capai berus terus gosok. Takde dah nak fikir2 kan betulk ke salah??”, jawab dentist itu, menyambung bicaranya . 

Hai, macam tahu-tahu je hati aku tengah membebel2. Ouch, rasa mcm kene perli.

Dan mulutku terus dibiarkan ternganga dan operasi mencuci mulut terus dilakukan.
…………………………………………………………………………………………………………

REFLEX.
Setiap hari, hampir separuh dalam kehidupan kita adalah reflex kan?? Bangun2 tidur je, tangan pantas je terus tekan butang off dekat alarm.
Masuk tandas tangan terus tekan suiz lampu. Tak payah nak pikir2 dah.
Bila nak makan , tangan kanan laju je menerkam pinggan makanan.
Bila nak buang air.
Bila nak bersembang, bergossip.
Bila nak berjalan ke kuliah.

Semua nya adalah rutin harian kita yang kita buat tiap2 hari, sampaikan kita dah lali buat benda yang sama setiap hari. Kan??

Ke ade je orang yang terpaksa fikir, nak makan tu macam mana?
Nak mandi tu nak mula dengan mana dulu?
Mungkin.

Tapi macam mana pulak dengan SOLAT kita??
Adakah juga satu reflex??
Satu hari saya terbca satu statement dari buku Hati Sebening Mata Air, Amru Khaled,

“ Kita haruslah sentiasa bertaubat. Adapun orang yang telah bertaubat, perlu sentiasa memperbaharui taubatnya.  Ada pun mungkin kita selalu melengah-lengahkan solat, tidak solat di awal waktu. Adapun apabila kepala kita sujud, hati kita tidak sujud. Adapun mungkin kita pernah membuatkan ibubapa kita marah dengan tingkah laku kita. Maka, haruslah sentiasa diperbaharui taubatnya”
**Ayat dlm buku tu lg puitis la, ni saya tulis dengan ringkasan sahaja.

Tersentap.

“Adapun apabila kepala kita sujud, hati kita tidak sujud”



Dan bawakan cerita tentang seorang lelaki, yang umurnya 60 tahun.  Beliau tidak pernah meninggalkan solatnya. Tetapi solatnya tidak lain hanya melepaskan batuk di tangga.
Oh sayangnya, bayangkan 60 tahun umurnya, solat 5 kali sehari…bayangkan 300 solat fardhunya dilakukan sia-sia. Badannya berdiri, rukuk dan sujud. Tetapi sebenarnya HATINYA tidak BERSUJUD.

Haila…sentap kot!!!!

Kita ni, tengah solat la nak fikir macam2. Time solat la benda yang hilang pun boleh ingat balik dekat mana letaknya. Time solat la boleh rancang lepas solat tu nak buat apa.
 Time solat la mak kita panggil nama kita, dan kita terus solat cepat-cepat untuk menyahutnya. Apa lagi bila handphone berbunyi. Haila~~

Kenapa bila kita tunaikan solat, tapi masih tak dapat cegah diri dari kemungkaran??
Kerana kita tidak menjaga solat kita, oleh itu SOLAT KITA JUGA TIDAK DAPAT MENJAGA KITA!!

"BEKERJA LAH KAMU SEOLAH-OLAH KAMU AKAN HIDUP SELAMA-LAMANYA, DAN BERIBADAH LAH KAMU SEOLAH-OLAH KAMU AKAN MATI ESOKNYA"

Mungkin kita harus betul2 ingat kata-kata ni, supaya kita boleh sentiasa bersungguh-sungguh dalam amalan kita. Jangan jadikan Solat itu REFLEKS, sampaikan kita turun bangun turun bangun, eyh sedar-sedar dah nak bg salam. Hati ke mana. Otak ke mana. Haila~ rugi maaa bertahun2 solat macam tu~

Sedangkan SOLAT adalah perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Kalau benda pertama ni tak settle, nak ke Allah tengok amalan2 kita yang lain?? T_______T



Macam gosok gigi tadi juga la, kalau lah kita menggosok gigi dengan cara yg salah..dan dari kecil lagi dh belajar salah, sampai ke besar la gosok gigi tu caranya salah dan tak dapat melindungi gigi kita.

Solat juga macam tu. Bila dari kecil kita solat dengan salah. Bacaan salah. Solat tergesa-gesa macam nak kejar bas. Sampai ke besar la kita akan solat macam tu. Dan sebab tu la Solat tak dapat melindungi diri kita.

Simple je analogi ni kan? Tapi kita kene la betulkan mana-mana yang silap tu... :)

Kita solat ni kita tengah doa dekat Allah..Agak-agak bila kita minta main2, ade ke orang nk bagi permintaan kita??

Contohnya kita nak minta duit belanja dengan ayah kita, tapi kita minta tak sungguh-sungguh dan sambil2 main sms...If saya la si ayah tu, tak ingin saya nk bagi, gaya minta pun macam tak ikhlas...

tapi Allah?? Dia bagi je kita oksigen dan nikmat2 lain..yang sangat tak terhitung...

tapi balasan kita?? T_____________T

Yok, jom kita improve solat kita!! Solat dengan HATI dan MINDA..bukan sekadar refleks...

Saya bercakap atas teguran utk diri sendiri, dan ingatan untuk pembaca semua.

Jom sama-sama jadi baik!! (^.^)




p/s: Alhamdulillah, dah selamat menjejakkan kaki di Bumi Anbia ni, Semoga Allah bantu dan mudahkan perjalanan mencari ilmu ini. 


"Barangsiapa yang keluar daripada rumahnya untuk menuntut ilmu, dia dikira berjuang di jalan Allah, sehingga dia pulang semula ke rumahnya..."

Semoga Allah terus mencatat setiap amalan kebaikanku..kebaikan kita semua...Ameen~


bait falah, cairo
4. 41 pm
22 syawal 1433H


Friday, August 17, 2012

Of Rumput

bercerita tentang RUMPUT.

rumput?? apa yg special sgt rumput ni??

Satu petang, semasa saya tengah berkebun, sambil-sambil tu saya call seorg kawan..sembang punya sembang,

" Macam tak clear je, ko tengah buat ape tu??"

" Aku tengah tanam rumput"

dan kawan saya tu ketawa besar. Lama dan yang memang tak dibuat-buat.

=.=  *dalam hati saya, kurang asam ini orang*

Tanam rumput?? takde keje lain ke nk buat?? rumput tu takde nilai komersial langsung...

Erm, pembaca-pembaca sekalian.. Tahu ke nilai komersial rumput??

untuk pengetahuan semua, rumput ni of course la akan keluarkan Oksigen, dan untuk siapa?? Siapa lagi kalau bukan untuk kita bernafas.

Plus, bukan takat nak keluarkan oksigen je, akar-akar rumput bila dia mencengkam tanah, akan menguatkan struktur tanah. Dan secara tak langsung tugasnya untuk mencengkam tanah dan elakkan berlaku gempa bumi or hakisan tanah. Kalau perasan, bila kita jalan atas rumput, kita akan rasa safe dan selesa. Tapi bila jalan atas tanah yang tokak dan kering, rasa kematu je kaki tu, tak pun bila tanah tu basah, licin je and berselut2.

Selain tu, kalau la tiada rumput ni, memang mengamuk la encik2 lembu, kerbau dan kambing..habis depa nak makan apa?? kangkung? sawi?? ayam??

Erm, rumput pun ade orang tanam untuk mencantikkan suasana. Dan rumput carpet guna utk buat padang Golf.

Even makhluk bernama rumput ni kecik je dan takde orang hargai pun kehadirannya, ada dia kesah?? Betapa taatnya rumput dengan arahan Allah. Beliau tetap berzikir dan bertasbih pagi dan petang. Cuma kita la yg tak faham bahasa mereka. Kita ada buat ke macam ni?? T______T



ni rumput yang bakal ditanam.. RM 1.40 satu piece, boleh beli dekat nursery bunga
fasa 1 *fasa menanam*


fasa 2 *fasa menanam and maintain*

** kene siram rumput ni hari2, supaya dia tak kering. Ada paip air kt sebelah tu..hehe

Sebelum *tanah kering and gondol*
Selepas. *serius ni bukan gambar edit ye!!*

Betapa even sekecik2 benda ada fungsinya bila Allah dah ciptakan dia dkt muka bumi ni.
Macam contoh lain,  bayang-bayang.

Bayang-bayang ni terhasil bila satu bahan legap disuluhkan cahaya. Apa gunanya??

Boleh la dibuat 'atap' supaya redup sikit bila kita menumpang. Bila nak parking kereta pun, seboleh-bolehnya nak cari port yang bawah pokok or apa2, nak elakkan kereta panas. huuu..

Tadi cakap pasal benda lain. Tapi kita ni, as manusia yang Allah sendiri nyatakan bahawa kita ni adalah ciptaan yang terbaik. Ciptaan yang agung, takkan la kita hidup atas muka bumi ni saja-saja?? takde fungsi ke kita hidup ni??

Macam tu baik Allah cipta ayam, bole buat jual, dapat duit..ehh!!

Nak tahu jawapan, kene la buka manual kita, Al-Quran.

" dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku.." (Az-zariat: 56)

" dan ketika Allah berfirman kepada malaikat "Aku ingin menciptakan khalifah di bumi" (Al-baqarah: 30)

So, dah terang dan nyata tujuan penciptaan kita. Suatu benda bila diciptakan, mestilah ada tujuan kan?? Even kita nak buat apa-apa pun, mesti ada tujuan. Benda simple, nak makan. Untuk apa?? Supaya kenyang dan lps tu boleh bekerja dan beribadah dgn tenang.

So, kita muhasabah semula diri kita. Dah betul-betul laksanakan ke tujuan penciptaan kita tu???

Satu analogi, ada satu office. Bos kat situ sediakan macam-macam- pantry, tandas, meja besar, komputer tercanggih, phone dan lain-lain. Semata-mata supaya pekerja dia selesa, so that boleh bekerja dengan efisyen dan kondusif. Tapi, bila ada seorang pekerja ni, dah selesa sangat sampai datang office tido atau gayut dekat phone lama-lama, hai..takkan bos ni nak tengok je kan?? memang cari nahas. Mesti la akan dipecat je pekerja tu.

Macam tu juga dengan penciptaan alam ni. Ketahuilah, Allah dan ciptakan alam ni lengkap dan sempurna tanpa cacat cela. Ada awan, hujan, sungai, ayam, itik, tumbuhan, sayuran, pokok, siang, malam dan macam2 lagi dan rasanya takkan abes disenaraikan, untuk apa semua ni??

" Semua itu diciptakan untuk kesenanganmu dan haiwan ternakmu" (An-Naziaat: 33)

Nampak tak yang Allah dah sediakan semua fasiliti yang lengkap, semuanya untuk KESENANGAN manusia. Supaya kita selesa dan boleh beribadah dengan tenang. Haiwan ternak tu pun nanti akan kita jadikan makanan atau tunggangan. Tapi, kita ni nak jadi macam pekerja tadi yang terlebih selesa sampai tak buat kerja??? Kita ni nak ke hanyut dengan keselesaan dunia ni sampai akhirnya lupa asal penciptaan kita untuk apa?? Nauzubillahminzalik...

So, Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang, lagi Maha Pengampun takkan terus 'pecat' kita. Allah takkan terus matikan kita bila kita buat satu kejahatan. Kalau macam tu memang pupus la manusia kat bumi ni. Semua orang pun dah mati. TAK TAK, Allah dengan pemurahnya malah sediakan macam-macam peluang supaya kita kembali kepada-Nya. Malah siap bagi lagi bonus tahunan kepada kita, iaitu bulan ramadhan. Di mana, satu kebaikan akan diganda-gandakan. Dan pintu rahmat, pengampunan dibuka seluas-luasnya untuk pendosa macam kita ni, yang dosa kita ni silih berganti T________T

Tapi dukacitanya, bonus tahunan ni dah nak habis. Tinggal satu je hari untuk kita kecapi. So, apa la salahnya dalam kita bersedia untuk menyambut Aidilfitri, kita pulun juga untuk ibadah kita. Supaya kita tak ralat bila ramadhan meninggalkan kita.

bak kata ustaz Mazlee Malik, "Apa la salahnya kita keluar dari comfort zone kita selama 355 hari tu, dan dekatkan diri kita kepada-Nya (taqarrub) dalam 10 akhir ramadhan ini."

Tapi untuk sekarang ni, boleh la saya cakap, ""Apa la salahnya kita keluar dari comfort zone kita selama 364 hari tu, dan dekatkan diri kita kepada-Nya (taqarrub), untuk hari ramadhan yang terakhir ini... T___T

So, jangan tunggu lama-lama......

Disamping ni, pesanan terakhir saya, buat pembaca yang dikasihi sekalian, "Manfaatkan Ramadhan yang masih berbaki beberapa jam ni, untuk berdoa memohon ampun dan pembebasan dari api neraka dariNya yang Maha Pemurah. Mungkin ini ramadhan kita yang terakhir. Banyakkan berdoa dari hati, dan bukan hanya membaca doa. SALAM PENGHUJUNG RAMADHAN & MOGA KITA LAYAK UNTUK MERAIKAN AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN." 

p/s: Maaf salah silap, terkasar bahasa dan bicara untuk sesiapa yang mengenali diri ini. Juga untuk pembaca sekalian. Sori kalau penulisan saya mengguris hati. Huk2.. and thanx a lot for da support.!

p/ssss: Raya nanti, elakkan PEMBAZIRAN. Apa2 la, juadah, persiapan, pakaian, masa dan sebagainya. Semoga kita tetap istiqamah dengan amalan kita sepanjang bulan ramadhan ini. Jangan la kita hapuskan Pahala ramadhan kita dengan benda-benda yang tak best dalam syawal nanti.. T____T

p/ssssssss: Semoga Allah menerima semua amalan kita dan sampaikan kita kepada Ramadhan yang akan datang. Ameen ya Rabb.. :)


taqaballallahu minna wa minkum,
Musyirahanan
11.36 pm
29 ramadhan 1433H
Sri saujana, Gombak.

Sunday, August 5, 2012

Ramadhan di Bumi Anbia~



Bila setiap kali balik Malaysia ketika cuti musim panas, saat berjumpa dengan kawan-kawan sekolah. Soalan common dari mereka, “Best ke Mesir??”
Sesaat. Kepala terus mengangguk-ngangguk. 

“Best!!! ” spontan jawapan kedengaran.

“Apa yang best nya??”

“Ramadhan di Mesir sangat-sangat hidup. Subhanallah!!”

Dan senyuman di bibir terus melirik panjang..
Mungkin. Mereka tak dapat nak membayangkan betapa seronoknya ramadhan. Best itu definisinya macam mana ya?? Saban tahun mereka melewati Ramadhan sama sahaja. Di Malaysia, mungkin suasana tu belum tersebar lagi, tapi insyaAllah sikit-sikit lama-lama akan jadi bukit.. InsyaAllah :)

Terbayangkan suasana ramadhan di bumi kinanah itu, terharu dan rindu. Apabila tiba 10 hari terakhir syaaban, masing-masing dah sibuk membuat persiapan. Apa sahaja dalil untuk mereka beramal, memang mereka berebut-rebut untuk mendapatkan. Selalunya masjid-masjid dan rumah-rumah akan memasang Fanus, sejenis pelita ala ala tanglong cina. Fungsi asalnya dahulu untuk menerangi jalan-jalan dan lorong-lorong ketika malam hari, gunanya ketika hendak keluar untuk ke masjid atau menziarahi kerabat. Tetapi sekarang, keadaan lampu sudah ada di merata-rata tempat, oleh itu fungsi asalnya sudah bertukar menjadi hiasan dan simbolik setibanya bulan ramadhan. Meriah. Cukup meriah (macam ala ala nak menyambut raya di Malaysia)
ni yg kecik2, ade je fanus yang tinggi sampai 1 meter, buat dgn besi
 Juga, rata-rata masjid didapati mula menukar karpet-karpet lama dengan yang baru. Ada juga masjid dicat dengan cat yang baru dan ditambah dengan peralatan-peralatan baru. Selipar-selipar tandas ditambah dan ditukar baru.

Di tepi-tepi jalan, di sudut-sudut hujung jalan, banyak khemah-khemah didirikan (maidatur rahman). Dijadikannya sebagai tempat berbuka puasa dan menyediakan makanan untuk fakir-fakir miskin. Suasana kota semakin indah dan ceria, membuatkan hati-hati tak sabar untuk menunggu tibanya bulan ramadhan yang dinanti. Seolah-olah ingin memeluk ramadhan supaya tidak terlepas dan berlalu pergi.

Apabila masuk sahaja malam pertama Ramadhan,kebanyakan orang Mesir saling mengucapkan “Ramadhan kareem, kullu sanah wa antum bikhoir” atau “kullu ‘aam wa antum bikhoir”.Saya tidak terkecuali diberikan ucapan itu sempena ketibaan Ramadhan oleh seorang pemandu teksi semasa saya berada di dalam teksinya. Dan saya pun mengucapkannya juga kepada jiran-jiran.

Satu hal unik yang patut kita contohi, sepanjang bulan Ramadhan, di mana-mana sahaja boleh didengari bacaan al-quran. Baik ketika berjalan kaki, mahupun di dalam bas dan tremko. Ammu (pakcik) di kedai-kedai khusyuk membaca Al-quran, bacaan Al-quran diperdengarkan di dalam kenderaan. Sambil-sambil menunggu bas untuk ke destinasi, ammu-ammu dan abang-abang di stesen bas membaca Al-quran. Sampaikan kalau di mulut kita tersiul lirik-lirik lagu, terasa malu pula. Al-quran sendiri sudah menjadi seperti handphone. Pergi mana-mana pun wajib dibawa. Mana la tahu sambil-sambil menunggu bas atau order makanan, boleh dibaca.  Benarlah, mereka memang menghargai bulan Ramadhan, bulan diturunkannya Al-quran.


Betapa masyarakat mesir, mereka sangat menghormati dan memuliakan bulan ramadan ini.
Selain mereka berebut-rebut untuk mengkhatamkan Al-quran, apabila bulan ramadhan datang sahaja, serta merta mereka berubah menjadi baik. Yang tak bertudung, terus bertudung. Yang selalu marah-marah, terus banyak bersabar dan berselawat. Yang selalu menipu pun sangat amanah. Ajaib bukan?? Mereka sangat-sangat menghormati bulan mulia ini, sehingga tak sudi untuk mencemarkannya dengan sesuatu yang buruk.

Berbeza dengan masyarakat kita, yang endah tak endah, eh perasan atau tak, sedar-sedar sahaja sudah hampir berakhirnya ramadhan.

Selain itu, apabila waktu berbuka puasa menjelang, biasanya di tengah-tengah jalan raya ada sahaja orang arab yang akan mengedarkan makanan berbuka puasa. Simple sahaja. Beberapa biji kurma, halawah (manisan), dan ashir (air jus) yang sejuk dan manis. Kereta-kereta yang melalui mereka memperlahankan kenderaan dan mengambil sedikit juadah. Sampaikan ada juga kereta yang tidak mahu mengambilnya lagi kerana sudah penuh seat di sebelah pemandu dengan makanan-makanan daripada pit pit stop sebelum itu. Dan, kadang-kadang sampai tangan penuh, tangan kanan memegang air tangan kiri memegang juadah. Tangan kawan pun pegang air lagi.

Jika waktu ini tiada duit untuk berbuka atau pun malas nak memasak, silakan keluar rumah dan berjalan menuju ke masjid dan anda akan dapat berbagai jamuan makanan!

Benarlah, bulan ramadhan, bulan rahmah dan barakah. Rasa persaudaraan sesama muslim begitu kuat dan dapat dilihat dengan adanya saling tolong-menolong, sesama yang kaya dan yang miskin.

Dan tradisi pelajar-pelajar Malaysia, masing-masing pun tak mahu ketinggalan pahala menjamu orang berbuka puasa, setiap hari ada sahaja jemputan berbuka puasa di rumah-rumah kawan. Hari ini berbuka di Beyt Amru, esok di beyt Tariq, lusa di beyt SQ, tulat di beyt Hunain. Penuh planner dengan undangan, So dapur pun kering lah tak berasap. Huu.

Selepas menjamu selera, terus bersiap-siap ke Masjid terdekat. Biasanya kami membuat Masjid Hoping. Masjid-masjid Top harus dimasukkan ke dalam senarai yang harus diserang!

Kalau di Masjid Salam, Hayyu Asyer. Solat tarawih hanya 8 rakaat. Tetapi penuh dengan linangan air mata. Begitu juga dengan Masjid Tantawi, Hayyu Sabiek. Bacaan Imam penuh penghayatan. Betapa khusyuknya beliau. Nada suara bertukar-tukar. Bila dibacakan ayat tentang neraka, terus bertukar nada sedih dan merintih. Bila dibacakan ayat tentang syaitan, nada bertukar keras. Sehinggakan sesiapa yang tak faham bahasa arab pun boleh menjiwainya. Bahkan, terasa bahu berhinjut-hinjut menahan esak tangis. Apanila al-fatihah ditamatkan, bergegar masjid dengan suara Ameen daripada makmum.  Mungkin suara imamnya tidaklah merdu, tetapi roh bacaan itu mengalir bersama-sama dengan makmunnya. Malah, satu rakaat yang dibacakan 2-3 mukasurat pun, tidak terasa lamanya berdiri. Juga mereka akan menutup Solat tarawih dangan 3 rakaat solat witir. Sebelum sujud terakhir, akan dibacakan doa qunut. Orang Mesir akan menangis teresak-esak. Doa qunut yang meminta supaya Allah membantu saudara-saudara kita di Syria, Burma< palestin dan dimana-mana sahaja. Satu keadaan yang sukar didapati di Malaysia. Di Mesir ini juga, tiada selawat yang dilakukan antara solat tarawih dan kebiasaannya akan diadakan tazkirah selama 5 atau 10 minit selepas 4 rakaat solat tarawih.Solat tarawih akan disambung semula selepas berakhirnya tazkirah tersebut.Subhanallah. Betapa berbezanya dengan solat tarawih di Malaysia. 8 rakaat yg sama panjang dengan  20 rakaat di Malaysia. Tetapi di Malaysia, bacaan surahnya pendek-pendek. Malah, ada yang tak sempat nak angkat takbir, imam sudah rukuk :( . Ada seorang kawan saya menggelarkan masjid di taman perumahannya sebagai Masjid Thalathah ayat (masjid 3 ayat)..huu

Tetapi bergantung kepada masjid-masjid dan imam-imamnya, ada juga yang menunaikan 8 rakaat dengan cepat.

Dan suasana yang tidak boleh dilupai, suasana Qiamullail mereka terutama di 10 malam terakhir ramadhan, sehingga membanjiri jalan raya disebabkan masjid sudah penuh dengan bilangan yg tak disangka-sangka. Subhanallah. Malam mereka semakin meriah, cerah dan sungguh hidup, seolah-olah siang sudah bertukar menjadi malam! Lagi-lagi malam 27 ramadhan, masing-masing berebut untuk mendapatkan saf hadapan. Sehinggakan selesai solat Asar, ada juga mereka yang tidak berganjak daripada saf hadapan. Untuk tidak kehilangan tempat jika mereka bangun. Dan kawan saya yang sampai di masjid seusai berbuka puasa, terpaksa solat di tangga. Tak tahu la untuk mereka yang datang selepas azan isyak dapat duduk di mana. Mungkin di bahu jalan?

Terasa manisnya nikmat ini. Jika dapat melihatnya dan menghargainya dengan mata hati. Jadi, kita pilih hendak menjadi yg mana? Typikal malaysian yang 'hooray' dengan pemergian ramadhan dan kedatangan syawal, atau 'new & branded, ghuraba' muslim' yang mahu menyahut 'grand sale' dari Rabbnya, dengan mengikut apa yg telah diajar oleh 'great teacher' kita, Ar-Rasul S.A.W..



Mungkinkah ini ramadhan terakhir buat kita??
Lagi2 sudah hampir separuh ramadhan berlalu pergi~
So, tunggu apa lagi ni???
 jangan biarkan kita tertinggal gerabak kereta api Ramadhan ni, kalau makan asap..hai, ruginya~

Jom semua!! kita pecuuuuuttt!!! (^.^)

Masa yang paling berharga di bumi ini adalah 10 terakhir ramadhan...- ust zaharuddin-

Allahumma balighna Lailatul Qadr~ Ameen..


17 ramadhan 1433H,
11.00pm,
sri saujana, gombak KL